Khamis, Julai 16, 2009

insyaallah bukan penyedap janji

"saya insyaallah datang" (dengan muka yang tak yakin dan gelak2)

ini kali kedua aku menegur orang tentang insyaAllah.
mereka seolah-olah mempermainkan istilah itu.
apakah mereka tahu maksud sebenar insyaAllah tu?

kerap kali, aku dengar dan buruk sangka dnegan istilah insyaAllah ini.
entahlah, mereka sering berjanji dengan aku insyaAllah.
dan aku pun selalu menggunakan istilah ini.
insyaAllah, aku akan hadir.
insyaAllah aku akan buat benda ni.
insyaAllah saya akan mengubah diri.
tapi seringkali bila, insyaAllah ini digunakan dalam sesuatu janji
pasti ia tidak akan menjadi janji itu.

aku direntap dari lamunan kata insyaAllah.
dari prof EAL, yangs sering membuka minda aku.
berbincang dengannya akan hal tesis.
aku berjanji insyaAllah dengannya.
dia menegurku.
jangan insyaAllah tanpa usaha.
sebab insyaAllah itu dengan keizinan Allah.
jika kita tidak berusaha untuk menunaikan janji itu, Allah tak mungkin akan mengizinkan janji itu berlaku.
tersentap aku.
AlQuran membenarkan itu.
"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum, jika dia tidak mengubah kaumnya sendiri" (Ra'd 13: 11)
benarlah, hanya berjanji, dengan berharap Allah akan mengizinkan.
tetapi, bagaimana Allah mahu mengizinkan?
jika, kita sendiri yang tak berusaha sendiri untuk menunaikan janji itu?
lebih baik guna insyaArrabe'.

aku bermenung berkali-kali.
kenapa aku tidak terfikir akan perkara ini.
mungkir janji kan ciri-ciri munafik.
aku tidak mahu menjadi munafik.
aku mesti menunaikan janji yang dibuat.
sebab aku adalah seorang muslim!

aku mengajak 2 orang ini untuk masuk mendengar ceramah kerjaya.
mereka enggan, dan cuba melepaskan diri.
aku jemput lagi, masuklah dengar ceramah kerjaya.
dia kata nak pergi kafe kejap, insyaAllah datang balik.
hati aku panas sebab gaya dia cakap seolah2 mempermainkan insyaAllah.
aku cuba kawal nada aku dan emosi aku.
"jangan main2 dengan istilah insyaAllah tu"
diorang tergamam kot, aku pun jadi serba salah.
terus aku terangkan.
"kalau tak boleh cakap tak boleh"
jangan sebut insyaAllah.
pastu dia menggangguk dan berlalu pergi.

kan mudah begitu.
takde lah aku menanti dengan penuh harap.
dan dia takdelah rasa serba salah membuat janji.
janji yang dibuat perlulah dilaksanakan.
jangan hanya untuk menyedapkan hati orang lain.
kerana bila tak ditunai janji itu, pasti luka orang yang menanti janji itu, terguris dan terluka.
sesungguhnya Allah itu maha perkasa.
jika kita berusaha untuk menunaikan janji, pasti Allah akan mengizinkan janji itu tertunai!

subhanallah, indahnya islam.
insyaAllah penyebab untuk semua janji tertunai jika dilafaz dengan betul dan iltizam.

[aku pun mulai sedar. dan berhati2]

3 ulasan:

Unknown berkata...

insyaAllah kembali mengupdate

ruhul syaheedah berkata...

jika biiznillah pula?
same tak konssepnye dgn insyaAllah?
bi iznillah maksudnye pun dengan izin Allah

shahrul hafizi (nama sebenar) berkata...

arrabe',
betul tu
aku tahu pasal ni tahun lepas
insyaAllah tu mengizinkan semua janji melainkan sakit, ajal dan perkara yang sememangnya tak dapat dielakkan :)

macam syarat wajib haji plak
mestilah 'berkuasa'
hehehe