Rabu, Julai 29, 2009

hensem tapi merokok

"merokok itu bagi orang biasa adalah perkara biasa"

sememangnya pada masa kini, kebanyakan lelaki merokok.
sehinggakan setiap langkah kaki ini memijak bumi, pasti mata ini tersaksi perokok dengan asapnya.
jika tidak kulihat perokoknya, asap pun tak terlepas dari lubang hidungku.
bolehlah aku katakan, ia sudah menjadi satu tabiat biasa bagi kebanyakan lelaki.

aku yang bergelar penunggang motorsikal, hidungku sarat dan letih nak menghidu asap kenderaan bermotor dan lori sebesar gajah.
lubang hidungku yang kecil dan dua ini, mana mampu nak menghidu asap hitam yang busuk dan mengandungi banyak toksik.
motorku yang kecil, sekecil tayar lori dan bas. tidak berdaya nak memecut si gajah itu.
malang lagi, bila terpaksa mengekor bontot gajah yang asyik kentut itu.
kadangkala aku pakai purdah dengan kain tutup kepala (apatah orang panggil?)
kalau aku nak cepat, terdedahlah lubang hidung.

kebelakangan ini kes jerebu melanda.
sekali lagi, aku bakal mati cepat (panjangkanlah umurku ya Allah, aku belum cukup amal)
menghirup udara kotor dan penuh PM10.
bila dah reda dan hujan asyik turun (syukur), asap kepul2 keluar dari bakaran orang.
ada yang rumah terbakar (harap bomba dapat selamatkan)
ada yang daun-2 kering dibakar (kenapalah tak faham pencemaran udara ini!)
nak tak nak, aku tetap kena bau semua asap2 ni.

sewaktu aku di restoran.
menjamu makan tengah hari dengan mak aku.
waktu aku nak basuh tangan.
aku terlihat sorang ni.
hensem dengan rambut belah tengah, tak pakai spek, dan kulit putih.
dia tengah makan dengan kawan lelaki dia.
memang aku tengok budak ni, fuh, muka baik dan warak la.
sebab nampak ketenangan di wajahnya.
aku dengan mak aku duduk kat meja lain.
lepas habis aku makan, nak basuh tangan lagi lah.
nampak lagi budak ni.
fuh, keluarlah kepulan asap dari mulutnya.
meleset sangkaan aku. ingatkan budak muda dan kemas pakaian dan penampilannya, takkan lah jadi naga.
rupanya aku tak boleh label begitu.
sebab orang merokok ni bukan untuk orang tensen je.
tapi orang merokok ni, orang alim, warak, tenang dan baik pun sebahagiannya merokok.

hidung aku yang kebal dengan asap ni, masih tak berdaya nak menghidu asap rokok.
kalau termasuk dalam hidung ku, pasti aku pening dan sistem badan aku lemah.
apatah lagi nak menyuruh aku merokok.
cukuplah naga itu dongengan. janganlah biarkan naga itu menjadi realiti.
jika ia menjadi realiti, habislah bumi ini terbakar dan rosak.

[hmm... tak penat ke asyik menyedut? aku tarik nafas pun dah letih, ni pulak nak sedut udara tambahan]

6 ulasan:

Unknown berkata...

kawan aku yang baik pun merokok. entahlah. mungkin sekali dah hisap takleh berhenti agaknya

Murni Farahin Musa berkata...

rmai je yg wat cm g tue..
bkn macho pn!!
lg nk lari ade la..nk bnuh org dekat2 die!!

pada Rab pukul 8.44 ptg ·

Hafiz Ikhram berkata...

aku ensem dn x mrokok..hehe
pada Rab pukul 8.04 ptg ·

Yufi Amran berkata...

btol3..sape yg nk bunuh diri tuh???
pada Rab pukul 11.12 ptg · Padam

uDean berkata...

try lepak kat blkg surau lpas solat maghrib time puasa.. brape org kat situ yg xmerokok (tak termasuk diri sendiri)..

sape mereka..nampak mcm pak imam? sblah dia mcm tok bilal? eyh..tok siak pon ade?

Unknown berkata...

hehe..
tula.. tak semua orang baik merokok.
dan tak semua orang jahat merokok.

tak semua merokok tu jahat
dan tak semua merokok tu baik.

jadi, jangan nilai orang dari luar. betul tak udean?