Jumaat, Julai 31, 2009

selesema menyerang

"dulu aku gelak, kini aku kelu"

masa awal tahun memang aku agak terkejkut dengar selesema babi.
dan masa tu agak gelak, sebab mereka yang kejam dan zalim ni, dilanda serangan yang tak disangka dari Allah.
manakan tidak negara mexico dan amerika kena wabak ini dengan begitu cepat dan genting sekali.
amerika yang membenarkan israel menyerang palestin, kini dia pula diserang oleh penyakit yang tak boleh dihalang.
memang ini adalah bala dari Allah kepada mereka.

kini aku tidak berani nak gelak.
sebab wabak ini kembali lagi dengan lebih dahsyat.
selesema babi datang ke malaysia.
apakah ini bala juga untuk kita?
apakah mesej yang disampaikan oleh Allah ini?
mungkinkah kita zalim juga kepada Allah?
jadi, ni amaran dari DIA untuk kita.
supaya kita sedar akan kesilapan kita.

kelu ku bertambah, sebab selesema babi ni bukan untuk orang yang makan babi je.
tapi orang yang tak makan pun terbabit sama.
setakat ni sudah 4 yang meninggal.
aku tersentak apabila ada seorang yang meninggal dunia, kerana tak berjumpa dr. dan menjangka bahawa ia adalah demam biasa.
kebetulan, aku pun selesema secara tiba2.
apakah aku?
hampir 2 hari. bila aku bersin, aku bertambah risau.
teringat sahabat yang mati itu, adakah aku hanya ada lagi seminggu?
terus petang tu aku berjumpa dr. jawha di pusat kesihatan ukm.
lega aku, alhamdulillah.
ia adalah selesema biasa.
jika selesema babi, dikaitkan dengan demam.
tetapi aku masih perlu berhati2.

ramai yang demam dan selesema sekarang.
aku pun khuatir, jika berjangkit.
amat besar amaran Allah ini.
cuma kita perlu sedar akan signal ini.

[maha suci Allah]

4 ulasan:

Unknown berkata...

janan risau, insyaallah aku tak selesema babi.
harap korang pun begitu.
moga kita dipelihara Allah

hakam berkata...

salam.
kalau robe nak tau, kdg kala dengan wabak penyakit spt demam dan selesema ni Allah boleh musnahkan mana2 kaum yang Dia tak suka. oleh itu, jangan ambil mudah wabak spt ini. marilah berdoa supaya diselamatkan. pernah Allah hapuskan kaum2 sebelum kta dengan wabak spt ini.

Tanpa Nama berkata...

tp beck, setahu aq virus swine flu x akan berjangkit dr memakan daging babi..

bukan kah nama babi itu cuma dtg dr virus yg xsebelum inokulasi berlaku...

bkn aper ramai org yg salah pham sekarang nich...

hal H1N1 di kaitkan dgn pertenrnakkan khizir.. sebenarnya tiada kena mengena...

p/s:aq pon x suka per\nternakkan khinzir.. tp hal H1N1 aq cuma beritahu maklumat sebenar..

Unknown berkata...

aku tengok malysia hari ni pagi semalam kot. dr yang tunjuk.
memang mungkin bukan dari makan. tetapi dari vektor pembawa pun boleh jadi..