Rabu, April 15, 2009

jangan lemah !

"exam...exam datang."

andaikan kita di medan perang.
kita di tanah Gaza.
akhir tahun lepas.
muhammad Arrabe' berada di bumi Gaza.
dibelakangku rumahku.
di dalamnya mak aku.
ayahku di sempadan. 
mengawal kemaraan tentera Israel.
jadi, aku je kena lindungi mak aku.
hanya ada sebatang senapang, tergantung didinding rumah.
pelurunya ada. tapi aku tak reti pakai.
aku pernah belajar dulu, tapi aku lupa.
dan aku gugup.
aku dengar bunyi dentuman di merata2..
suara jeritan orang sana sini.
aku melihat sahabat2ku, sedang membawa senjata.
ada yang cuba menembak ke udara.
ada juga yang lari masuk rumah, dan berselimut.
aku tak tahu nak buat apa..
tercegat di depan pintu.
helikopter apachi datang melintasi rumah aku..
bom dilepas, 1km dibelakang aku.
hatiku berdentum, bila giliran aku dibom...
apa aku perlu buat??
aku dilemma..
aku lemah.. aku tak reti..
aku lihat ada sahabatku mati..
ada juga sahabatku asyik menangis...
aku??
mak aku asyik berdoa.
bagaimana ni??

bayangkan perkara dibawah: 
medan perang = bulan exam
tentera israel = paper exam
senapang= buku
sahabatku = kawanku sama course

jom bayangkan cerita tadi:(aku paste dan ubah)
andaikan kita di bulan exam.
kita di Malaysia.
pada masa sekarang.
muhammad Arrabe' berada di bulan exam.
dibelakangku rumahku.
di dalamnya mak aku.
ayahku di tempat kerja. sibuk mencari nafkah keluarga.
jadi, aku adalah harapan mak aku.
hanya buku, ada tersusun atas meja.
notanya ada. tapi aku takfaham.
aku pernah belajar dulu, tapi aku lupa.
dan aku gugup.
aku banyak dengar tips2 exam..
suara orang mengeluh dimerata2.
aku melihat sahabat2ku, ada yang ulang alik ke library.
ada yang menghafal dan membuat latihan.
ada juga yang main game, dan berselimut tidur dengan lena.
aku tak tahu nak buat apa..
tercegat di depan buku2.
paper exam sekarang melanda kat universiti2 lain..
ada juga kawan2 di u lain yang dah cuti.
hatiku berdentum, bila la nak habis exam ni
apa aku perlu buat??
aku dilemma..
aku lemah.. aku tak faham studi ni..
aku lihat ada sahabatku gembira dapat exam yang baik..
ada juga sahabatku asyik menangis sebab susah...
aku??
mak aku asyik berdoa untuk kejayaan ku.
bagaimana ni??

salam sahabat2..
aku saje je buat cerita camni..
sebab ada sorang adik aku ni, cakap dia lemah.
adikku...
anggaplah kita di medan peperangan.
apakah kita boleh berselimut lagi.
takut, takut dan takut...
apakah bom mengenal erti takut?
exam akan terus datang.
apakah kita sudah mahirkan penggunaan senjata?
persediaan kita dah cukup ke?
jangan lemah dik.
kita masih ada masa untuk melengkapkan senjata kita.
kita kena bergerak lebih pantas.
jangan leka dah!
sebab helikopter apachi terus mara.
andai kita berselubung.. habis lah..
jangan lemah dik.

[bacalah banner kat atas tu.]

4 ulasan:

Unknown berkata...

aku pun nak siapkan senjata aku.
jom..

MeaBerry berkata...

erm entry ni best. perumpamaan tu mmg betui. exam fever ni mmg macam tgh perang. rase nak nanges pun ade sbb fikir pasal mak n ayah kat umah tuh. ermmm anyway good luck for u okay!

AFIQ zainal berkata...

baguih la entry ni arrabe'

Unknown berkata...

thank.. semoga berjaya jugak mea..