aku sering kali kata, sehari mesti tulis satu cerita.
cerita untuk blog ini.
mampukah?
alhamdulillah sekarang ni aku mampu.
mungkin sebab studi week.
tetapi... hari2 lain? mampukah?
hmm...
ceritaku bukan cerita kosong.
ceritaku bukan setakat dari mulutku..
ceritaku bukan copy paste dari blog2 orang lain.
aku cuba sedaya mungkin untuk bercerita dari dalam diri aku sendiri.
aku cuba...
ceritaku ni aku cuba selarikan dengan suara hati aku.
aku cuba berkongsi apa yang aku tahu.
aku cuba berkongsi apa yang aku alami
aku cuba berkongsi suara hatiku.
mampukah aku setiap hari satu cerita?
mampu atau tidak?
hmm...
apa manfaatnya aku bercerita ni?
ada kawan aku cakap "lantak la aku nak tulis apa, blog aku"
aku taknak jadi sepertinya.
meskipun ni blog aku, aku taknak aku cakap sorang diri.
sedangkan ramai yang tak setuju dengan cara kita.
betul tak?
"hmm.. skang, aku tahu apa aku nak dengan blog ni!"
baiklah sahabat2ku,
bagi aku, blog ini bukan untuk aku sorang.
bukan untuk tontonan dan bacaan je.
tapi aku mengharap kita dapat berkongsi suara hati.
suara hatiku akan bercerita...
dan kalian membaca juga dengan suara hati kalian.
insyaAllah... hati2 kita akan melafazkan sesuatu.
dengan memberi rangsangan tertentu secara tersendiri tanpa kita sedari.
rangsangan tu akan terzahir bila anda memaklum balas ceritaku di blog atau di luar.
tika itu, aku akan menghargainya.
suara hati ni kadang malu untuk dizahirkan.
meskipun kadang kita tak pernah bertemu..
tapi hati ini akan mengikat kita.
meskipun kadang kita jarang bertemu..
tapi hati ini akan terasa bersama kalian.
sebab aku tahu kalian bersama aku.
inilah ukhuwah hati yang diikat kerana Allah.
jadi, sebagai penghargaan..
kepada hatiku ini dan ukhuwah hati2 yang membaca blogku ini.
aku berdoa kepada Allah, aku dilapangkan masa untuk berkongsi cerita.
aku berdoa juga, agar kalian akan dapat sesuatu daripada ceritaku.
aku juga berdoa, agar hati2 kita semua diikatkan dan disatukan kerana Allah.
[moga Allah memberkati kita semua =)]
1 ulasan:
hati-hati dengan hati.
kadang hati yang tak diluruskan dengan panduan.
akan terpesong juga.
pandulah hati ni dengan alquran dan sunnah
Catat Ulasan