karya ku sendiri di kala sepi. Muhammad Arrabe'
masih mencari-cari....
mencari-cari sesuatu yang masih tersembunyi.
tersembunyi daripada penglihatanku.
penglihatanku mencari merata-rata.
merata-rata ku pandang sekeliling.
sekeliling ku cari ia.
ia terus bersembunyi dan aku terus mencari.
masih mencari-cari....
mencari-cari sesuatu yang ada di hadapanku.
di hadapanku pasti ia.
ia terus tidak ku temui.
temui ia sangat bererti.
bererti untuk diriku selamanya.
namun aku masih mencari.
masih mencari-cari....
mencari-cari sahabat lama.
sahabat lama yang sudah ku temui.
ku temui satu tika dulu.
tika dulu aku masih tiada jasad.
jasad itu belum tercipta untukku tempati.
tempati untuk aku kini diuji.
diuji di bumi yang sementara.
sementara untuk ke syurga.
syurga atau neraka.
neraka itu sangat ku takuti.
masih mencari-cari.
mecari-cari sahabat sejati.
sejati yang sentiasa menasihati.
menasihati sehingga ke saat rohku dicabut kembali.
kembali menghadap Ilahi.
Ilahi yang terus merahmati.
merahmati aku dan sahabat sejati.
sejati itu masih aku mencari.
mencari dan terus mencari.
masih mencari-cari.
mencari-cari Abu Bakr As-Siddiq
mencari-cari Umar Al Khattab
mencari-cari Uthman bin Affan
apakah aku seperti Ali bin Abi Talib?
layakkah aku mencari sesuatu yang tidak layak untukku?
padankah aku sahabat sejati seperti itu untukku?
sahabat sejati .....
masih mencari-cari...
sahabat sejati masih belum ku temui.
rupanya ia tersembunyi.
tersembunyi di sebalik hati ini.
hati ini belum menjadi sahabat sejati.
hati ini belum mampu menasihati diri sendiri.
hati ini belum layak menerima sahabat sejati.
masih mencari-cari?
perlukah aku terus mencari?
sedangkan sahabat sejati itu bermula dari hati ku ini.
jadikan hati ini sahabat sejati.
barulah datang sendiri sahabat sejati pada diriku.
yang akan terus membawaku ke mardhotillah.
sahabat sejati yang mengiringku ke syurga.
sahabat sejati yang terus saling mencintai.
mencintai kerana Tuhan yang Esa.
mencintai kerana Muhammad yang Mulia.
mencintai kerana Islam tercinta.
mencintai kerana Ummah sejahtera.
apakah sahabat itu akan datang kepadaku?
ya, setelah hati ini terlebih dahulu menjadi sejati.
sejati kepada Yang Maha Pencipta.
karya ku sendiri di kala sepi. Muhammad Arrabe'
2 ulasan:
^^
rajin abg robe' menulis...
hehe..
ilmu.
sukar untuk dicari, bila kita dapat, kena pelihara sebaiknya.
Catat Ulasan