setiap detik dan masa yang sedang dilalui adalah untuk kita manfaatkan. sentiasalah mencari peluang dan ruang untuk menambah bakti diri. paling mudah, amalkan senyuman di wajah, pasti tersinggah di mata, lantas, ternukil di hati.
Sabtu, Mac 13, 2010
bicara ummah TG Fuad Kamaluddin Al Rembawi
kutitipkan kembali segala pendengaranku pada malam itu ke atas tulisan. dan daripada tulisan itu, ku kongsi untuk peringatan diriku berulang2 kali dan untuk kalian juga. ini hanya ingatanku kembali, dan ada perihal yang aku samar2 dan tidak pasti. yang tidak pasti aku tanda soalkan (?). mohon sahabat yang hadir, dapat menambah isian ini. selamat berkongsi dan beramal.
11 mac 2010 (khamis)
masjid UKM
selepas magrib - saf lelaki 3 baris (~ 150 orang)
maulid nabi oleh murid yayasan sofa, n9.
selepas isya' - saf lelaki 5 baris (~ 250 orang)
bicara ummah oleh TG Fuad Kamaluddin al Maliki Al Rembawi:
1. TG mengucapkan syukur kerana Allah telah membuka hati kita untuk datang ke masjid untuk mendengar ceramah ini di masjid UKM.
2. kerana, kalau nak ikut pandangan mata kasar, nilai ceramah ini tidak ada makna untuk diri kita. pandangan mata kasar ini langsung tak diangkat/dipandang oleh Allah swt.
3. kadang2 Allah hijab (tutup) pandangan mata hati kita untuk hadir ke majlis ini.
4. cth: dakwah awal makkah, kuffar (orang kafir) pandang nabi dengan mata kasar, melihat nabi tiada nilai apa ape. tak nampak sifat2 dalaman nabi, sebab nabi bagi mereka, nampak sama dengan mereka. kenapa mereka perlu menghormati nabi?
5. pandangan jahiliyah dianuti semula oleh umat sekarang. umat sekarang hanya pandang dengan mata kasar - ada yang mengatakan nabi sama taraf nabi dengan manusia biasa.
6. surah al-asr- allah bersumpah dengan masa sesudah nabi dilahirkan. masa itu dipuji dan dijadikan alat sumpah yang tinggi maksudnya
7. ada yang cakap kita tak perlu sambut maulid nabi (kelahiran nabi). hanya perlu sambut maulid risalah (turunnya alquran)
8. ahli sunnah wal jamaah (ASWJ) sambut kedua2nya sekali iaitu maulid nabi dan nuzul quran (sahih muslim)
9. sudah hafal sunan sittah- ?- aku tak faham cerita TG
10. hadis 40 pun tak hafal, inikan pula nak kata maulid nabi tak perlu sambut
11. alquran untuk muhammad bin abdullah, isnin nabi dilahirkan dan isnin juga alquran diturunkan. nuzul dan maulid nabi saling berkait rapat
12. firman Allah : "qad ja... nur wa kitabun nurun mubin" (aku tak sempat salin ayat berapa dalam quran.
istilah nur bermaksud nabi muhammad dan istilah kitabun adalah alquran. jadi jelas, nur itu dulu, baru kitab. jika nur itu kitab tak mungkin dalam segi tatabahasa arab. oleh itu nabi muhammad itu juga penting peranannya.
14. ulum quran, itqan, burhan kena belajar - ? - aku tak tahu apakah buku ini
15. alquran adalah pendek tetapi padat dengan maknanya
16. mereka ini tak menghargai nabi yang menyampaikan alquran. cth: nabi macam posmen. tiada makna
kita hanya ambil quran tapi tak mengiktiraf nabi apatah lagi sunnah dan hadis.
17. orang yang sudah terhijab hatinya, susah, bagi 100 hadis pun tak guna.
18. contoh lagi: TG telah berdosa besar selama 25 tahun. bukannya sebab berzina/ membunuh, tapi berdosa besar sebab membaca qunut. sebab bid'ah.
19. jika benarlah qunut itu bid'ah, maka ahli neraka lah imam syafii kerana berjuta2 orang yang mengikut mazhab syafii membaca qunut.
20.doktrin ini jangan diberikan masuk. ukm kena jaga anasir ini memecah belah umat.
21. pada pandangan mata hati mereka tetutup hati., takde makna buat maulid ini.
22. golongan mana yang membebaskan islam daripada kuffar dalam sejarah islam? siapa yang mencapai kejayaan mereka membina tamadun? golongan mana? i'tikad (niat hati) mana yang mampu menyatukan ummah?
23. i'tikad kepada Allah dan Muhammad.
24. imam2 dan ulama2 mana yang tak pergi maulid? ibn taimiyah pun xhukum maulid.
25. kitab maulid sapa tulis?
26. imam syafii 70 kali baca risalah (karya beliau) setiap kali semakan pasti ada sahaja yang salah - imam syafii geleng kepala- nampaknya "allah enggan bagi kitab lain yang sempurna selain alquran"
27. dalam poket anda ada berapa ringgit? adakah poket kita sama dengan poket muhaddis (orang yang menghafaz hadis)?
28. guru TG dulu pergi ke negeri yang kecil je. jabatan agama negeri ini tak pakai apa2 mazhab. ikut sunnah nabi je. ............panjang cerita........ ? yang aku faham jabatan negeri itu pun tak pakar bidang hadis, nak tolak mazhab.
29. perumpamaan: kita makan nestum jangan cuba2 makan cencalok, belacan dll. macam tu juga ilmu ulama - kita takmampu untuk mengalahkan ilmu imam ghazali
30. ilmu imam ghazali umpama lautan yang melemaskan
31. satu hari TG tak faham dengan satu kitab - TG ngadu kat guru - "kau tak sampai lagi tahap ilmu penulis tu-kamu akan faham apabila sampai level dia"
32. cth lain: para sahabat nabi dulu pun tak diizin semuanya pergi dakwah dan keluarkan fatwa. inikan pula kita yang serba kurang.
33. bala musibah skarang adalah disebabkan adanya pendakwah yang tak berketrampilan, takde kemahiran dan takde ilmu yang cukup.
34. abdurrahman dibai'e - khatam sahih bukhari 100 kali dan pernah tamat khatam dalam 6 hari untuk 7000 hadis.
35. di masjid azhar ada pelajar tanya pasal talak- imam ditanya - imam takkan jawab untuk fatwa pasal talak - meskipun 13 tahun hafal bukhari -?- aku tak ingat sangat cerita ni
36. orang yang ma'rifah(sedar) kepada nabi pasti akan membesarkan nabi seagung2nya
37. adakah nabi tak tahu apa kita cakap sekarang/dengar apa kita buat?
38. salah faham umat: hubungan nabi dengan kita adalah terpisah sebab nabi wafat.
39. hakikatnya. tugas nabi: shahidan (makna dalam BM = saksi) nabi susah hati menerima tugas sebagai saksi
40. cerita abdullah mas'ud dipinta nabi baca surah annisa - abdullah baca awal sampai ayat hujungnya shahidan (nabi sebagai saksi ummatnya) - nabi mohon abdullah berhenti. kerana ayat itu menerangkan tugasan yang dipikul nabi sebagai saksi umat (nabi sedih dan bimbang)
41. saksi - mestilah dia melihat /mengetahui sesuatu kejadian
42. rasul masih dengar ucapan umatnya sekarang.
43. kisah batu nilam, batu kerikil, dan batu delima... batu kerikil kalau jual ditukar di kedai emas tak sama dengan batu nilam yang lebih berharga.
44. muhammad adalah manusia tapi tak sama dengan manusia lain
45. kisah aisyah RA. tanya nabi muhammad - dah solat witir?- nabi berkata "2 mata tertutup tapi hatiku tak lelap"
46. nabi muhammad adalah manusia pada jasadnya dan kalau nabi muhamad adalah malaikat - jenuh manusia - sebab ikut sunnah nabi (jika nabi bukan manusia) kita takleh makan, takleh kawin dll.
47. boleh syair/ nasyid dalam masjid
48. nabi suka dipuji. cuma jangan sama kan macam kristian puji nabi isa sama dengan sifat tuhan.
49. kelebihan nabi takde had
50. kisah hasan tsabit puji nabi dengan syair:
"wahai rukun tiang tempat bersandar
tempat perlindungan orang yang -?-tak ingat
dan tempat larian orang susah
dan orang yang menjaga minta peliharaan"
51. kalau nak ikut syair hasan tsabit ni puji macam sifat2 tuhan. cth: tempat bergantung/bersandar. ini semua adalah majaz aqli dalam arab. atau metafora dalam bahasa melayu
52. contoh orang kenyang minum coca cola = adakah jatuh musyrik? kenapa?? sebab dia tak kata tuhan bagi kenyang? = majaz aqli.
kesimpulan: jagalah mata hati kita. dan jangan selalu menggunakan pandangan mata kasar. pastikanlah kita sentiasa yakin bahawa muhammad SAW, sentiasa berada di samping kita. sentiasa memperhati kita. selawatlah kepadanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Catat Ulasan