Selasa, Disember 15, 2009

merencana diri



melihatkan jam dinding, jarum saat itu berdetik detik.
dari angka 1 ke angka 2.
dari angka 2 ke angka 3.
dan seterusnya.
melihatkan jam tanganku, jarum minit itu bergerak sedikit demi sedikit.
dari angka 1 ke angka 2.
dari angka 2 ke angka 3.
dan seterusnya.

dari beberapa saat ia beralih ke beberapa minit.
kadang, bila aku menghadap komputer, masa itu semakin cepat berputar.
semakin cepat jarum minit dari angka 1 ke angka 1 semula.
angka yang sama tetapi nilainya beza.
ku tahu, minit sudah cukup 60.
maka aku kehilangan satu jam.
masa makanku, baru angka 4 minitnya.
selepas habis makan sudah angka 9 minitnya.
makin lama ia makin cepat berlalu.

jam berganti jam.
lenaku selama 6 jam pada sebelah malam.
kini diganti waktu siang.
maka berlalu sudah satu hari dalam hidupku.
ia berulang lagi.
detik ke saat ke minit ke jam dan ke hari.
hari berganti hari.
minggu berganti minggu.
hampanya aku bukan kepalang.
benda yang dirancang, kadang tersia2 dek kelalaian ku sendiri.
bulan berganti bulan.
semakin pantas ia meninggalkanku.
sehinggakan terasa semalam aku berpuasa ramadhan.
kini sudah beraya haji.
dan terus ke tahun baru.
masa berganti masa.
masa terus pergi, dan meninggalkan kita jauh ke belakang.
dengan penuh perasaan kehampaan dan kelalaian.
meratapi sesuatu masa, adalah sia2 belaka.
kerna ia tidak boleh kembali lagi.

memasang azam setiap tahun, umpama meletakkan pelampung di atas air di lautan.
pelampung dipukul ombak dan tenggelam timbul.
tanpa ada haluan dan hala tuju.
ia terus beralun dan pergi ke tengah.
semakin lama ia semakin pergi jauh, lantas hilang di mata kita.
azam yang dihasratkan itu hanya sia2.
sia2 apabila tidak diusahakan.
hanya penyedap hati pabila menjelang tahun baru.
penyedap hati agar tidak terus meratapi kepemergian masa yang lalu.
dan azam itu setiap tahun berganti azam baru.
hakikatnya, azam itu seperti pelampung ditengah lautan.

sesebuah syarikat televisyen, mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
yang percuma atau berbayar.
pasti akan siaran televisyen itu ditontoni masyarakat.
tanpa mengira, siaran itu diperhati orang, atau hanya dilihat sebab tiada siaran menarik.
siaran itu terus menerus menayangkan drama/berita/iklan/kartun dsb.
ada televisyen yang 24 jam, dan ada yang 20 jam sahaja.
tetapi yang pasti setiap hari ada cerita menarik menanti penonton.

aku mencemburui perencanaan syarikat televisyen.
yang begitu teliti dan rapi.
perencanaan halatuju dan matlamat diselarikan dengan pengisian rancangan yang berfaedah dan menarik minat penonton.
setiap hari/bulan/tahun, pasti ada rancangan2 baru muncul di kaca televisyen.
penonton hanya belek surat khabar dan lihat iklan.
natijahnya, syarikat ini berjaya menyusun dan mencapai matlamatnya di setiap tahun.

apakah kita merencana diri kita seperti syarikat televisyen itu?

jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah rancangan untuk bulan julai tahun depan.
pasti ada jawapan yang telah tersedia.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah drama lain selepas drama ini tamat.
pasti ada penerusan untuk slot tersebut.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah iklan yang akan muncul pada minggu hadapan jam 8.15 malam.
pasti ada iklan untuk masa itu.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, siapakah yang akan membaca berita untuk hujung minggu ini.
pasti ada orang yang akan bersedia untuk membaca berita.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah tema untuk ulangtahun tahun hadapan.
pasti ada tema terbaik yang disusun untuk kemajuan syarikat ini.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah siapakah bilakah bagaimanakah dimanakah.
pasti ada jawapan untuk itu semua.

perencanaan ini adalah langkah terbaik untuk kita melakar diri kita di masa akan datang.
apakah tujuan hidup anda?
apakah halatuju anda dalam masa 10 tahun?
apakah yang anda ingin capai dalam jangka masa pendek?
apakah yang anda ingin capai dalam jangka masa panjang?
apakah usaha anda untuk capai semua ini?
apakah plan back up jika usaha itu tidak berjaya?
apakah persiapan anda jika anda kesempitan kewangan?
bilakah hari lahir sahabat anda?
bilakah anda mahu bersama keluarga anda?
berapakah perbelanjaan setiap minggu anda?
berapa hari untuk anda studi lebih masa?
di manakah tempat belajar yang sesuai?
bagaimanakah cara nak memperbaiki kesilapan tahun lepas?
bagaimanakah kita mahu menjadi lebih baik dari sebelum ini?
bagaimanakah kita nak mengelak kehilangan masa seperti dulu?
dan sebagainya (dsb.)



perencanaan ini perlu jelas dan lengkap.
ia perlu diperhati setiap hari dan diperbaiki jika tidak munasabah dengan diri.
memang benar, ia hanya perancangan diri.
dan sukar untuk berjaya 100% seperti yang kita kehendaki.
tetapi sekurang2nya kita nampak halatuju dan matlamat yang ingin kita capai.
malahan, kita dapat perbaiki kesilapan lalu dan menjadi insan yang lebih baik.
tidak salah jika kita belajar dari kesilapan.
kerana itulah konsep muhasabah diri.
agar kita tak mengulangi kesalahan yang sama.

perencanaan diriku masih berjalan.
diari 2010 telah ku beli dan memang kewajipan untuk diriku.
pelik? lelaki ada diari bagiku hal utama.
kerana lelaki pemimpin dan khalifah, seharusnya dia mampu untuk memimpin diri dia terlebih dahulu.
cara terbaik dengan menulis diari.
perencanaan diriku masih berjalan.
merencana diriku agar kesilapan lalu tidak berulang.
untuk menjadi seorang insan yang lebih berakhlak dan bertaqwa.
perencanaan diri masih berjalan.
perencanaan ini perlu selesai sebelum 18hb ini.
menjelang tahun baru islam.
perangkaan yang lebih mendalam.
agar ia tidak sehangat2 azam tahun baru.
yang hanya panas di awal tahun.
tetapi pertengahan tahun dan akhir, ia sejuk dan beku.
biarlah rencanaku ini hangat sampai bila2.

semoga kalian merencana diri kalian juga.
semoga kita bersama menjadi insan yang lebih bertaqwa kepada Allah.
ingatlah " perencanaan/pengaturan terbaik di alam ini adalah DIA"
kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.
tetapi tidak salah kita merancang, kerana itu juga usaha dan doa kita.

[salam maal hijrah]

Tiada ulasan: