terlebih dahulu, aku memohon maaf kepada semua.
jangan terima 100% apa yang ku tulis.
kajilah dan analisa lah ia berdasarkan AlQuran dan Hadis.
jika salah tolaklah penyataanku dan nasihatkan diriku ini.
jika benar, terimalah ia untuk kemaslahatan kita bersama.
surah an nahl 16: 105
"sesungguhnya yang mengadakan kebohongan, hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat2 Allah, dan mereka itulah pembohong"
surah as-saff 61: 2 & 3
"wahai orang2 yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
"itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan"
terang lagi bersuluh, Allah tidak menyukai orang2 yang menipu.
dan kerap kali Allah mencela orang yang berdusta.
bohong dan dusta adalah dua perkara yang sama, mungkin dari hukum bahasa melayu terdapat sedikit perbezaannya.
dan selalunya bohong dusta dan tipu ini kerap kali menyebabkan kesusahan dan malapetaka pada diri individu itu dan orang di sekelilingnya.
juga tidak mustahil, jika orang yang berkuasa menipu, ia akan merosakkan seluruh manusia di dunia.
inilah sikap yang amat dibenci Allah kerana perbuatan ini hanya bersifat mementingkan diri dan memusnahkan diri kelak.
alahai bohong sunat.
bagiku, bohong sunat yang sering diperkatakan adalah bohong yang ringan2.
seperti hal2 kecik, contohnya nak mengelak datang mesyuarat.
aku teringat filem P.Ramlee - masam2 manis.
cikgu sering sakit perut bila nak mesyuarat, padahal nak "berdating".
jelas di situ, dia hanya mementingkan dirinya.
ingin menyelamatkan diri dan memuaskan nafsunya semata2.
yup, ia perkara kecik saja dan tidak memberi impak yang besar.
siakap senohong gelama ikan duri.
bercakap bohong, lama2 mencuri.
aku kagum dengan kata2 orang lama ini.
kerana ia realiti dan amat buruk kesannya.
mana kan tidak, lihatlah, mula2 bercakap bohong.
lama2, membuat fitnah.
setelah itu, mulai mencari helah untuk mendapatkan harta orang.
akhirnya hidup dalam kesesatan.
kawanku pernah bertanya:
boleh tak kalau, kawan cina tanya "kamu nak pergi mana?"
dengan rasa ingin menunjuk alim dan berniat mengajaknya masuk Islam,
dia pun memberitahu "saya mahu ke masjid"
hakikatnya, dia tak pergi situ pun! dia pergi cyber cafe.
aku bertanya semula:
niat kamu memang baik.
kalau dia memuji kamu dan tertarik dengan Islam akibat dari kata2mu itu.
bagaimana, jika Allah takdirkan, di cyber cafe, kamu bertemu dengan dia lagi?
kawanku kelu:
kemudian dia cadangkan untuk berkata begini "sekejap lagi saya pergi, saya nak cari bahan skit"
bukankah itu kantoi?
dan untuk cover kantoi atau malu itu, maka bohong itu berlaku buat kali kedua.
lama2 ia akan terus menipu orang dan dirinya sendiri!
bohong sunat tiada dalam Islam.
sekali lagi aku ulang, tiada bohong sunat dalam islam.
rujuklah AlQuran dan Hadis.
dan untuk memudahkan bacalah blog bawah ini:
masih belum terlambat untuk memperbetulkan istilah ini.
aku faham istilah bohong untuk kebaikan.
tetapi tidak patut digunakan istilah bohong sunat!
kerana apa?
bohong sunat, kalau nak dianalogikan seperti puasa sunat.
puasa sunat dengan puasa wajib mana lebih banyak pahala?
mestilah puasa wajib.
puasa sunat dengan puasa haram mana lebih banyak pahala?
mestilah puasa sunat.
kalau begitu, bohong tu amat ditegah dalam Islam, jadi dengan adanya istilah bohong sunat, bolehlah ia dilakukan dan makin banyak pahala yang kita dapat.
untuk mengelak kekeliruan yang teruk, jangan langsung guna istilah bohong sunat.
aku sarankan gunakan istilah cakap berlapik.
cakap berlapik adalah bukan bohong sunat.
cakap berlapik adalah satu kaedah bercakap benar yang kurang difahami orang.
meskipun ia bercakap benar yang tidak difahami, tetapi ia memuaskan hati orang.
sebagai contoh:
"akak, berapa pointer akak masa kat universiti?"
"oh, alhamdulillah dik, akak dapat keputusan yang setimpal dengan apa yang akak usaha kat universiti, bukan mudah untuk masuk universiti ni dik, tetapi sekali adik jejakkan kaki adik di universiti nanti, adik akan dapat lihat masa depan adik2 nanti"
"encik datang mesyuarat ta petang ni?"
"maaf, saya tak dapat hadir, saya ada hal di luar."
"jemputlah datang rumah petang ni"
"saya memang teringin nak pergi, tapi maaf sangat2, saya ada urusan lain petang ni."
ini sebagai contoh sahaja, dan adakala orang yang bertanya tak berpuas hati dengan jawapan kita. di situ renungkanlah, berkatalah benar, jika anda tidak sanggup berkata benar juga, alihkan perbualan itu.
memang sukar untuk tidak berbohong.
tetapi lagi sukar bila kita terikat dengan pelbagai pembohongan.
awas dengan bohong sunat ini.
elakkan dan hindarkan.
[maafkan aku, ada kala apa yang kita tak tahu, jangan beritahu orang apa yang kita tak tahu. sebab dari kata itu, takut akan menyebabkan kesalahfahaman yang sangat besar. maafkan aku, aku masih kurang ilmu, mohon bimbingan dan nasihat jika aku tersilap]
1 ulasan:
sy setuju dgn abg.
Catat Ulasan