Sabtu, Disember 12, 2009

kanak-kanak itu di masjid


kanak-kanak itu di masjid.
Allahuakbar.
imam senyap sebentar.
bismillahirahmanirrahim.
alhamdulillahirabbil alamin.
arrahmanirrahim.
malikiyau middin.
iyya kana'budu waiyya kanastai'n
ih dinassiratol mustaqim.
sirotol lazi na an am ta alaihim, ghairil maghdu bialaihim, waladdollin... aaamin..
seorang insan berlari di hadapan tempat sujudku.
melepasi makmum di sebelahku.
insan itu terpijak cermin mata di lantai.

kanak-kanak itu di masjid.
teringat lagi sewaktu aku kecil.
aku hanya seorang diri dalam keluarga.
berusia 10 tahun.
ayahku bawa ke masjid untuk solat berjemaah.
aku duduk di belakang masjid.

sambil diam seribu bahasa.
melihat kanak-kanak lain berlari-lari di dalam masjid.
aku hendak berlari sama, tapi aku pemalu.
segan sekali ingin bermain bersama.
seronok sekali aku melihat mereka.
aku terus diam dan kaku.

kanak-kanak itu di masjid.
berlari dan menuju ke tempat ayahnya bersembahyang.
berhenti dan memanggil ayahnya.
ayahnya tidak menyahut.
insan itu mengguling-gulingkan badannya.
Allahuakbar.
ayah itu membongkok untuk ruku'
sami Allah hu liman hamidah.
ayah itu bangun berdiri tegak.
kanak2 terus berguling.
Allahuakbar.
ayah terus duduk dan berhenti sebentar.
kanak2 itu tidak mengerti.
ayah itu cuba menguis2 tangan ke arah anaknya.
anak itu pun ke tepi.

kanak-kanak itu di masjid.
aku terlihat permaidani masjid.
yang belang hijau dan kuning.
aku tertarik dan melompat2 dari belang hijau ke belang hijau.
dari belakang masjid, aku melompat sampai ke saf belakang makmum.
aku hampir terlanggar, dan berpatah balik semula ke belakang.
sangat seronok meskipun bermain sendirian.
setelah selesai solat berjemaah, ayah menegurku.
aku senyap dan duduk diam.

kanak-kanak itu di masjid.
hiruk pikuk masjid dengan suara kanak2.
bermain2 berlari di sekeliling masjid yang luas dan lapang.
seakan-akan itulah gelanggang permainannya.
ada juga kanak2 yang di awal imam mengangkat takbir ia mengikut imam.
setelah ayahnya khusyuk solat, dia berpatah ke belakang, dan berlari2.
hampir salam, kanak2 ini terus kembali ke tempat solatnya.
dan menyahut salam imam.
ayahnya melihat anaknya masih bersolat.
alhamdulillah.

kanak-kanak itu di masjid.
kini aku semakin membesar dan mengerti.
kenapa ayahku mengajak ku solat bersama di waktu ku masih kecil.
ayahku marah jika aku asyik bermain dalam masjid.
rupanya ada sebab ayahku melarang.
ayahku yang baik tetapi tegas dalam hal-hal ibadatku.
dia tak memanjai aku seperti kanak-kanak lain.
sebab itu aku tidak berani mengganggu solat ayahku dan makmum lain.

kanak-kanak nakal di masjid.
aku tidak mengerti kenapa zaman kecilku dan zaman besarku, kanak2 itu berbeza.
zaman kecilku, kanak2 tidak berani melintasi lapisan saf.
zaman kecilku, kanak2 tidak berani mengganggu ayah2nya solat.
zaman besarku, kanak2 itu dengan sengaja melangkaui saf2 makmum.
zaman besarku, kanak2 itu dengan sengaja menjerit2 dalam masjid.
aku masih tidak mengerti.
aku pasti ini bukan salah kanak-kanak itu, kerana mereka masih kecil.
kanak-kanak ini memang wajar di bawa ke masjid untuk mendidik mereka dan melatih mereka rajin ke masjid.
akan tetapi ia juga perlu dididik oleh ibu bapa mereka dengan tegas, agar tidak mengganggu orang yang sedang bersolat.
tidak salah hendak bermesra dengan kanak2, tetapi mesra itu perlu ada ketegasannya.
dari didikan tentang adab2 di masjid ini kepada kanak2 ini, akan membuatkan mereka lebih menghormati masjid dan sentiasa memuliakan rumah Allah.

[jadilah ayah yang tegas bukan ayah yang garang dan lembut]

koleksi ~ www.apabilaituterjadi.blogspot.com

Tiada ulasan: