Selasa, Ogos 11, 2009

mencari masa yang hilang


"meraba-raba dalam kesibukan"


kesibukan itu sebenarnya satu keseronokan.
kerana apa?
kerana aku sudah mengalaminya untuk sekian yang ke 6 tahun.
kesibukan dapat mengurangkan masa untuk membuat benda yang tidak berfaedah.
aku bersyukur, kerana aku sibuk, sehinggakan aku tak ada masa untuk lepak-lepak dan membuang masa.


tapi hakikat sebenar, kesibukan itu memenatkan.
kerana sampai satu tahap yang maksimum, kita tidak menang tangan.
dan kita tiada masa untuk diri kita sendiri.
aku yang sekian 6 tahun sibuk, mengakui secara tulus.
inilah tahun yang memeritkan.
aku teraba-raba masa yang senggang.
teraba-raba masa yang lapang.
untuk aku sendiri untuk menyendiri.
tapi hakikat itu tidak aku dapat.
meraba-raba dalam kesibukan.
sehinggakan pabila masa luang sebentar pun, aku tidak mampu untuk merenung diri.
terlelap terus, dan terkujur kaku.

prioriti ku ada.
syukur alhamdulillah, dalam kesibukan aku, aku masih tidak melupakan NYA.
untuk ibu bapaku sendiri pun aku peruntukkan.
untuk organisasi, aku luangkan jua.
kesibukan aku, disebabkan yang 3 ini, NYA, ibubapa dan organisasi.
tapi kesibukan aku untuk diriku, dan pelajaranku adalah tiada.
ku robek-robek masa itu, mencari masa yang tersembunyi.
ku gali-gali, masa itu tetap tidak ku jumpa.

aku bertanyakan abang angkatku.
tidak salah untuk menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti tetapi bukan sebagai utama.
jadikan islam dan dakwah itu yang utama.
yang selebihnya itu, sebagai tambahan sahaja.
bila kita akui, islam yang diamalkan adalah utama.
tiada kerumitan dalam kita untuk menguruskan yang tambahan itu.

aku berfikir sejenak....
....
....
yup, aku menjadikan semua tanggungjawab aku itu utama.
sampai 6 atau lebih aku letakkan sebagai penting.
sehinggakan tidak terurus.
bila aku meletakkan Islam di hadapan sebagai teras utama aku.
aku akan secara automatik, akan meletakkan yang lain sebagai tambahanku.
contoh...
aku merasa terbeban sebelum ini kerana, aku tidak cukup masa.
dan aku terbeban dengan tanggungjawab yang bertubi-tubi datang.
tetapi jika aku landaskan ini adalah untuk Islam dan sebagai satu cabang dakwah.
insyaallah, Allah akan permudahkan aku.
kerana kita buat semua ini bukan kerana manusia, pointer atau lain2.
tetapi semua ini aku lakukan untuk Allah sahaja.

aku akan ulas lebih lanjut....

[begitu juga blog, makin lesu...]

6 ulasan:

Unknown berkata...

moga Allah permudahkan aku..

Siti Nurbaya berkata...

Rabe',

Akak nampak awak masa kongres ari tuh, tp x smpt nk g tegur.. Rabe' pun msti x cam akak sbb akak pakai mask spjg masa, batuk2. Lama dah akak tak jumpa adik2 kampus.

Akak doakan Rabe' dipermudahkan urusan. Akademik jaga juga ya Rabe'. Sebab itu core business seorg pelajar. Insya Allah, Rabe' boleh. Tuhan sedang berbicara ttg sabar, pastinya Rabe' ada potensi utk tangani semua ni, masakan Tuhan nak uji sesuatu yang Rabe' tak mampu.. Tuhan Maha Adil..

Teruskan usaha, mantapkan semua. Moga berjaya, ameen, ameen.

Unknown berkata...

oo...
maaf kak, sebab tak perasan.
syukran atas doa.
robe akan manfaatkan peluang dan ruang yang ada sebaiknya.
jemputlah datang kampus.. hubungi robe'..

aLiaFar berkata...

prbaiki niat dgn melakukan sesuatu prkara ikhlas kerana-Nya, insyaALLAH segala yg mndatang ALLAH permudahkan.. slmt berusaha rabe'..
>ak pun slalu cari mase ak..<

Tanpa Nama berkata...

memang dakwah itu yg utama..
tapi x bermakna pelajaran itu yg kedua..
sebab apa..
seab dgn plajaran la org msyrkt akan pndng kita..
msyrkt akan bg kita amanah..
skaligus teruskan prjuangan kita sbgai khalifah Allah dgn kuasa dan amanah yg diberi...

Unknown berkata...

syukran sahabat.
yup, niat teras utama.
niat kerana Allah itu yang utama.
benar, pelajaran itu pun penting.
tak dinafikan, tanpa nama.
tapi bila dakwah tu kita letak yang pertama, pelajaran sebagai alat untuk dakwah juga.
jadi, ia tetap utama. hehe.
kita bersama. syukran alaikum