Sabtu, Ogos 29, 2009

merdeka untuk pelajar

"menyambung kembali persoalan di pos yang lepas"

merdeka untuk pelajar.
apa peranan kita sebagai pelajar?
syukran prof husaini "Kita sedang dijajah pemikiran kita. Lihatlah bagaimana mundurnya bangsa kita dalam pemikiran mereka.."
melihatkan daripada pengaruh barat yang sangat besar pada masa kini...
pelajar haruslah bangkit dari lamunannya.
bukan setakat bangun sahaja, malah perlu mengangkat senjata sekali, dan bergegas ke lembah peperangan.

tidak kira pelajar apakah kita.
pelajar IPT, poli, matriks, STAM, STPM, form 4, form 1, sekolah rendah dan apatah lagi pelajar tadika.
jangan menganggap ilmu ini untuk kita bekerja sahaja bila dah besar.
hakikat ilmu bukan untuk memberi duit kepada kita.
tetapi ilmu ini berfungsi untuk kita mengenal pencipta kita dan sekaligus menambah nilai tambah dalam diri kita.
rata-rata, setelah tamatnya pembelajaran, ramai sahabat2 kita yang terus berkerja.
malang pula, bagi kawan-kawan kita yang menganggur.
manakan tidak dikatakan malang. belajar punyalah lama. hampir 13 tahun.
sia-sia sahaja dia belajar, jika matlamatnya belajar untuk berkerja.
kerana.. berkerja untuk duit, tidak bawa kita ke mana-mana.
sebab duit itu, hanya untuk memenuhi keperluan hidup kita sahaja.
bahkan, ia tidak dapat dimanfaatkan kepada orang lain.

jadi apakah belajar untuk berkerja salah?

pengertian merdeka dalam diri pelajar.
memang sukar untuk dinyatakan secara tepat.
bagi diriku...
apalah kuasa yang ada pada tangan kita.
siapalah kita di mata masyarakat dan pemimpin?
pelajar diperguna dan diguna-guna oleh orang-orang tua yang jahat untuk kita menyelesaikan agenda jahatnya.
mengapa kita perlu mengikut telunjuk mereka? kita adalah pelajar yang mampu berfikir dan berdiri sendiri.
kita adalah bangsa yang sudah merdeka. bukannya hamba untuk mengikut membuta tuli.
akal fikiran yang ada pada diri pelajar perlu diguna sebaiknya.
tahu menilai yang mana baik dan yang buruk.
yang mana baik kita ikut.
sedarlah, kuasa yang kita ada terletak kepada pemikiran kita.
kerana kita adalah pelajar berjiwa muda dan berakal segar.

apakah akal ini untuk menentang pemimpin?

tidak... akal ini bukan untuk menentang semata-mata.
akal ini banyak fungsinya.
dalam erti merdeka untuk pelajar.
aku melihat kita sebagai pelajar, hal kepimpinan (politik) biarlah orang-orang tua yang menguruskan dan melayannya.
kita hanya pergi mengundi dan senyap-senyap sudah.
akal pelajar bukan selayaknya pergi ke jalanan untuk menentang.
tetapi akal pelajar selayaknya pergi ke makmal dan perpustakaan.
akal pelajar perlu berfungsi seperti mesin, mesin pengimbas, mesin pembaca, mesin penterjemah, mesin penafsir, mesin pengolah, mesin pemikir, mesin pengubah, mesin pencetak, mesin pereka.
hasil daripada gabungan mesin-mesin ini, akan menghasilkan satu produk yang bermutu untuk kesejahteraan umat dan negara kita.

mari kita fikirkan bersama...
bagaimanakah hiroshima yang termusnah, mampu berdiri gah dalam tempoh yang singkat?
belum seabad. tetapi dunia memandangnya jepun yang seperti semut segah negara amerika bak gajah buncit.
negara kita yang seperti pisang ini, sudah merdeka 52 tahun masih seperti pisang.
sekali terpijak kulit pisang, jatuh bangun semula.
sekali makan pisang, senyum seketika.

meskipun hal politik yang mencaturkan gerak bangun negara ini.
tetapi kita tidak perlu bergantung 100% kepada politik.
pelajar harus bersih pemikirannya.
Jepun melatih generasi mudanya untuk menuntut ilmu.
aktiviti penterjemahan buku-buku rujukan ke dalam bahasa mereka amat cepat dan pantas.
pelajar2 mereka, sentiasa memikirkan secara berterusan akan ilmunya.
berfikir apakah yang mampu dia olah ilmu yang telah dipelajari.
lihatlah, dalam pelbagai bidang mereka berjaya.
mampu mempunyai teknologi sendiri yang canggih.
itu semua adalah hasil pemikiran generasi mudanya.
dan natijahnya, Jepun negara yang sekecil itu, mampu menjadi kuasa besar dunia.
kini, adalah sukar untuk Jepun diserang dan dijajah semula.

apakah kita mampu menjadi seperti Jepun?
teknologi yang kita ada pun kita beli dari orang luar.
makanan pun kita import dari luar.
apakah produk kita?
produk kita hanya makanan2 ringan dan yang sukar dikomersilkan ke luar negara.
jadi, bagaimanakah kita mampu untuk menghadapi peperangan globalisasi ini?
pastilah, kita harus bersiap siaga dari sekarang.
apakah?
tidak mustahil, esok, kita menjadi sasaran negara rakus untuk menjadikan kita hamba kembali.
awaslah kita sebagai pelajar.
pemikiran kita amat diperlukan pada masa kini.
buka pemikiran kita. fikirlah untuk apakah ilmu yang kita belajar ini?
bukan untuk mencari duit semata-mata.
tetapi ilmu yang kita belajar ini adalah untuk kita memajukan dan terus mengekalkan kemerdekaan negara kita.

apakah kita sudah bersedia untuk berperang?