Isnin, Ogos 31, 2009

bendera bukan erti merdeka

"di jalanan tak ramai yang meletakkan bendera pada kenderaan masing2"

bendera bukan erti merdeka.
alhamdulillah genap 52 tahun, negara sudah merdeka.
sejak 20 tahun aku hidup, ini kali pertama.
kali pertama melihat bendera malaysia kurang berkibar di sana sini.
di televisyen, banyak iklan kibarkan jalur gemilang.
seolah2 iklan ini hanya sia-sia.
iklan ini tidak mampu menarik minat masyarakat untuk mengibarkan bendera.
apakah kibarkan bendera begitu signifikan kepada erti merdeka kepada kita?

bendera bukan erti merdeka.
aku terlihat berita di TV1 pada 30 ogos jam 8 lebih.
aku tidak pasti lokasi berita, tetapi aku tertarik, apabila ada rombongan manusia, menyebarkan bendera malaysia untuk digantung.
tetapi pakcik di situ, menolaknya.
dengan alasan dia dah ada.
bagi aku... tidak sepatutnya, view video tersebut ditayangkan.

bendera bukan erti merdeka.
sewaktu pulang terawih sekitar jam 11 malam.
4 orang pelajar sekolah rendah melilau di jalan raya dengan membawa bendera di basikalnya.
sambil berbasikal dengan satu tayar (aku tak tahu apa gayanya).
bahaya betul. kalau bendera tu kecil tak pe jugak.
tapi bendera yang dibawanya besar.

bilangan bendera yang digantung bagi aku bukan perkara utama.
1000 bendera di kereta tak berguna jika merdeka itu tidak difahami.
semua faham merdeka itu, bebas dari penjajah.
tapi bukan itu sebenarnya erti merdeka.
erti merdeka juga bukan dengan melanguk tengok jam besar di dataran merdeka.
detik jam 12 hanya bunyi dentuman meriam dan bunga api.
tapi jika merdeka tak difahami, sia-sia sahaja sambutan itu.


bendera bukan erti merdeka.
jika dalam pilihanraya pun, ada je yang memegang bendera parti ini, tapi hati nya pada yang lain.
bukan bendera yang penting.
tapi erti merdeka itu perlu ditanam di dalam jiwa setiap masyarakat.
bagaimana?
usaha sesetengah pihak memapar sejarah malaysia, amat baik.
tapi apakah ia memberi kesan pada hati belia2?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kibar bendera penting apa!
kalau kita mengibar,maknanya kita beli bendera.
banyak yang beli bendera akan naikkan ekonomi negara.
itulah tujuan kibaran itu menjadi sesuatu yang penting.
namun,hakikat sesebuah kemerdekaan itu sendiri benar benar tidak difahami oleh masyarakat sekarang.
tak boleh salahkan mereka sepenuhnya...sebab mereka sendiri pun tak tahu..
kita la yang harus bertindak untuk memberitahu..
mengkhabarkan dengan cara yang bijak!
huhu...maaf, selalu menyibuk bagi komen dekat blog orang.

Unknown berkata...

eh.. itulah aku suka.. komen tu bagus untuk perbaiki pandangan yang silap. hehe..
yup, dalam usaha untuk mengkhabarkan dengan cara bijak. insyaallah..