Rabu, Disember 17, 2008

aku mencari buku

"membaca boleh menajamkan minda"

tahun 2009, aku sudah berazam untuk membeli buku sebanyak mungkin.
aku nak buat mini library dalam bilik aku.
ala.. macam pos yang lalu ni..
tapi masalah utama aku ialah $$$$$$

ada seorang hamba Allah ni, bagi petua.
camni petua dia. 
pastikan setiap hari, aku menyimpan sekurang-kurangnya RM2.
tapi bergantung pada kemampuan la.
kalau dah bergaji, RM10 atau lebih lagi baik.
dan jangan sesekali guna duit tu. 
kumpul kumpul dan kumpul..
sampai tiba pesta buku antarabangsa di PWTC.
selalunya bulan mac tiap2 tahun.
waktu ni, keluarkanlah duit yang kita kumpul tu untuk beli
.
andaikan aku kumpul RM2 sehari darab dengan 360 hari
aku boleh dapat RM720. dan aku boleh beli dalam 24 buku (anggaran 1 buku RM30)
wah.. banyak gak tu..

teringat seorang lagi kawan aku..
dia ajak aku pegi pesta buku tahun 2008 lepas.
dia siap bawa senarai buku yang dia nak beli.
wow.. memang aku kagum. jadi dia tak rambang mata untuk beli buku.
aku pun nak ikut langkah dia la...

jadi, sekarang, aku nak minta jasa baik semua untuk bantu aku pilih buku.
cadangkan buku yang best: tak kisah buku melayu atau inggeris.
tak kisah novel, ensiklopedia, motivasi, agama, ekonomi dll..
tolong sangat2 bagi nama penulis, tajuk dan penerbit ..
k.. kalau ada harga lagi baik..

[mengharap bantuan anda]

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
pasal buku ek?
hmm, sbelum tu, tahniah kerana menanamkan azam yang sgt bagus,
Pasal buku yang antara wajib dibeli yang aku ingin cadangkan adalah "La Tahzan" karangan Dr Aidh Qarni.
Tapi x pasti ko dh beli ke belum,
aku mencadangkan buku ni sebab menjauhkan manusia dari kesedihan dunia yang merugikan,
Insyaallah, kita akan termotivasi setiap saat.

Pasal ensiklopedia plak, sekarang dah banyak syarikat yang mengeluarkan ensiklopedia Islam, yang menarik minat aku waktu pegi book Fair dulu adalah Ensiklopedia pelajar Islam,
Harga pun berpatutan, Infonya pun amat bagus, nak tau nape aku cakap bagus? Sebab aku dah baca kat library KMNS dulu waktu lapang, Hahahaha,
Ok, Selamat membaca Rabe'

Unknown berkata...

ensiklopedia pelajar islam?
sapa penerbit dan penulis dia?

halim qittun berkata...

salam alaik..pasal buku? mnarik sgt..klu nk beli buku pasal harakah, pasal hati byk kt wisma yakin da ade hrganya spuluh ringgit shj dan ke bawah..buku yg mnarik stakat ni ana beli kt wisma yakin tajuknya jalan ke hati penulisnya abass assaisy (penulis bgaimana myentuh hati) dan pnerbitnya jasmin..buku ayyuhal walad dan bidayatul hidayah semua leh dpt kt wisma yakin dgn hrga rm10 ke bawah..buku ni lbih kpada da;wah fardiyah, tarbiyyah nafsiah..ana klu g pesta buku slalu xtahu nk cari bku..sebb tlalu rambang mata dan dlm kondisi yg xslesa(crowd..ana xsuke crowd)
so klu g pesta buku akn smbar je buku2 yg tebal2..cth cam saua alrazi gtau la tahzan bgus..dan alhikam dari pnulis yg same bgus gak..cume kitab (alhikam) kne lgi bgus klu dpt ikut kelasnye oleh syeikh fahmi zamzam..
klu novel manikam kalbu sgt bgus..advencer si pniup ney..tp sume ni buku lama, ana skang mnantikan detektif indigo yg tbaru (pnulis faisal tehrani)..ni pun bgus..lg buku asbab nuzul pun bgus, ana bli kt pesta buku dr 50 dpt 30..
apapun ana mmikir teknik yg same iaitu saving duit..utk buku..
tahniah..truskan dgn cara hdup yg baik

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt ya sahabat...
idea bernas,... ana mohon nak copy tntang ni yer...
hehehe....

tol tu... ikut pengalaman masa book fair 2008 tuh..
ana bawak duit around rm100 je...
adeh takpuas nak beli banyak2 buku...
dapat buku harun yahya n habiburrahman n sirah rasulullah...
takpe insyaAllah... setat skang ana wat collection money just for book fair insya Allah...
tntg cadangan buku...
insyaAllah t ana kongsikan...
hope leh exchange ek....

ana skang insyaAllah tanam niat nak beli tafsir AlQuran yang banyak jilid tu... not sure lagi nak pilih karya prof hamka ataupun ibn katsir....

alhamdulillah masa ikut senior that day p kedai buku kat ttdi ana beli riyadhus solihin... best bukunya... karya imam nawawi... should be hargenyer untuk 2 jilid ialah rm150... then sebab ade sdkit error dlm buku n walaupun kecil jer page yang hampir koyak... pakcik tu lesskan dgn 70% less.. jd ana beli dgn hnya rm45... subhanallah... ana kagum dgn cara perniagaan pakcik tuh...
walaupun sedikit kerosakan tp dia tak mahu pelanggannya tertipu... inilah yang sepatutnya diterap dalam diri peniaga islam...

ok tu je robe...
wallahualam....

Tanpa Nama berkata...

nta cri buku ni.. Quantum tarbiyah; penulisnya solikhin Abu 'Izzuddin; penerbitnya, bina insani press solo; boleh didpti d fajar ilmu baru, insya'Allah.

Unknown berkata...

la tahzan:
syukur ana dah beli. tak terhabis lagi. memang meruntunjiwa ni agar mensyukuri nikmatNYA

ens.pljr islam:
siapa penulis dan keluaran mana?
ingat tak?

wisma yakin:
dimana tu ?

jalan ke hati penulisnya abass assaisy (penulis bgaimana myentuh hati) dan pnerbitnya jasmin:
syukran..

buku ayyuhal walad dan bidayatul hidayah:
bidayatul hidayah dah ada. sahabat ana hadiahkan.

alhikam:
aidh qarni ke yang tulis

novel manikam kalbu
detektif indigo pnulis faisal tehrani:
ana risau bila orang kata dia syiah. buku dia bagus ke?

asbab nuzul:
haah.. nak beli..

riyadhus solihin.karya imam nawawi:
membicarakan tentang apa ye?

Quantum tarbiyah; penulisnya solikhin Abu 'Izzuddin; penerbitnya, bina insani press solo; boleh didpti d fajar ilmu baru

Tanpa Nama berkata...

salam...

Inilah yang menjadikan saya senang mencadangkan buku Men Are from Mars, Women Are from Venus oleh John Gray itu. Buku itu adalah hasil kaji selidik (survey) yang membabitkan jumlah manusia yang ribuan. Ia adalah kajian tentang tabiat manusia.

tajuk:Men Are from Mars, Women Are from Venus
penulis:John Gray
harga:(xtau sbb dia offer masa kwn kt jepon)

erm,,,lagi satu...
judul buku: AKU TERIMA NIKAHNYA
penulis: Ust.Hasrizal Abdul Jamil
harga:RM20.90 (pada Julai 2008)


(^_^)V
smile in peace!

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan abg arrabe bace buku 8 habits of highly effective people by stephen r.covey.

powerful lesson in personal change.

motivation book.sgt sesuai 4 abg..

Unknown berkata...

terima kasih aimuni dan adi.
saya akan listkan.

halim qittun berkata...

pasal buku alhikam tu ana silap, pnulisnya ibnu athoillah..
psl pnulis bku faisal tehrani ni nta perlu bce buku dia..
ttg akidah dan permikiran dia ana pernah tnye kenalan rapat dan dia sndiri pernah buat pgakuan bahawa dia bukanlah org yg dmaksudkan..
cuma dia mmperjuangkn ttg pyatuan umat islam biar blainan akidah..
bg ana xperlu rsau dlm pnulisan dia dan bku2 nya sbb xkan sesat pun..dia bawa bnde yg btol..pasal hedonisme mlalui buku advencer si pniup ney, pasal pluralisme dari TUhan manusia.. pasal fesyen islam dari manikam kalbu..

memang ramai yg cakp2 dia ni syiah..sbb nme pena dia tehrani dan byk mceritakan ttg ahlul bait, ulama2 syiah..
dari kita buang mse mmikirkan ape akidah dia smpai mrencatkan proses mdapatkan ilmu, baik kite bce buku dia..dan buat ptimbangan.. knpa perlu rsau klu buku2 pnulis yg terang2 kafir kita boleh bce tp buku dia yg ramai org ckp dia cam2..kite jd takut..npe ek?
wisma yakin kt CM..
ana bukan le fanaatik faisal tehrani..tp buku dia lain..sarat dgn sej..
lg 1 buku zaid akhtar yg bgus salju sakinah..xtau nta ade ke x..

Unknown berkata...

blom ada salju sakinah. syukran.
maaf, CM tu apa?
central market ke? huhu

Tanpa Nama berkata...

tautan hati
karya fatimah syarha
rm29.90

wajib beli robe'..
yg tafsir alquran tu aku rs beli karya ibnu katsir la.sbb kat rmh aku ada (tp....aku x baca.hehe...)

Unknown berkata...

terima kasih nim..

cadangan lain??

Tanpa Nama berkata...

salam...
buku yg adi suggest tu, blh di postpone kan sbb ada buku baru yg lg bgus...

DILEMA MELAYU-ISLAM:KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR
Penulis:Pahrol Mohamad Juoi

Buku Dilema Melayu-Islam memang merupakan sebuah buku yang menarik.Apatah lagi ia ditulis oleh seorang yang agak dikagumi pemikirannya iaitu Ustaz Pahrol.

Buku ini menjelaskan kelemahan bangsa Melayu yang sekaligus memberi gambaran kelemahan orang Islam kerana umumnya mengetahui ramai orang Melayu adalah beragama Islam.

Apakah kelemahannya?..kelemahan aqli(fikir) dan kelemahan naqli(zikir).Kelemahan dari segi teknologi dan kebersihan hati.

Ia juga menjelaskan nilai kepimpinan dan mematangkan politik orang Melayu yang sebenar berasaskan Islam.Antara pemimpin terpilih dan pemimpin dipilih.

Buku ini juga menyarankan pandangan untuk mengatasi kelemahan ini,berdasarkan apa? Berdasarkan dengan menyorot kembali apa yang telah dilakukan Rasulullah yang telah mengangkat bangsa `barbarian` Arab menjadi bangsa bermaruah.Rasulullah telah meletakkan asas tauhid sebagai teras kemajuan bangsa.

Buku yang berbaloi untuk dibaca...

p/s : erk, mcm biasa...

Unknown berkata...

wah adi..
terima kasih..
yang ps tu? insyaallah..