Selasa, Disember 30, 2008

jangan sambut tahun baru !

"hati ni umpama memberontak"

memang membara hati bila mendengar diskusi dalam radio ikim jam 4 petang tadi.
mereka membincangkan tentang isu palestin.
pelbagai pandangan dan cara yang patut kita lakukan untuk membantu pihak islam.
bayangkan betapa ramai umat kita dibunuh oleh laknatullah.
tetapi apa tindakan kita?
ada seorang pendengar menelefon.
beliau merayu sangat pada kerajaan agar bantulah umat islam di palestin.
dengan apa cara sekalipun.
cadangan diberikan, JANGAN SAMBUT TAHUN BARU 2009
dengan rayuan seikhlas-ikhlasnya.
memang tersentuh hati aku.
benar kata beliau. apakah kita mahu sambut tahun baru dengan gembira.
tetapi sahabat kita di palestin, dibom dan dibunuh !
tolonglah kalian, simpatilah dan empatilah sahabat kita di palestin.
apakah kerna seorang sultan yang mangkat, kita sanggup membatalkan segala aktiviti, hanya untuk menghormatinya.
apakah untuk palestin untuk 350 orang dan lebih, kita tidak mampu untuk memberhentikan segala hiburan tahun baru??
ayuhal muslimin, bangkitlah.
jangan sambut tahun baru.
kita penuhkan di masjid, membuat solat hajat beramai2 untuk sahabat kita.
ayyuhal muslimin fil ardh !
berdoalah untuk kesejahteraan mereka sekalian.

[mahu sahaja memberontak, tapi apakah pemberontakan kita ini penyelesai segalanya??]

Isnin, Disember 29, 2008

hadiah tahun baru dari israel

“hadiah yang mengejutkan (surprise) dari laknatullah Israel sempena 1430hijrah”

Berita yang menggemparkan apabila Israel menghentam palestin.
Pada awalnya 250 terkorban.
Paling terburuk sejak 60 tahun serangan Israel kepada palestin.
Laknatullah ini memang melampau !Memang patutlah Allah mencela kaum yahudi di dalam AlQuran.
Meskipun mereka banyak yang berjasa kepada bidang sains dan teknologi
Namun, jasa semua ini hanya untuk mengkafirkan islam dan menakluk Negara islam.
Sesungguhnya mereka tahu, mereka dah takde jalan lain untuk ke syurga Allah.
Oleh itu, takde jalan lain, selain menyesatkan orang islam.
Jika tidak dapat sesatkan, musnahkan orang islam pun dah cukup bagi mereka.
Memang helah yang keji.
Apatah lagi serangan ini, umpama hadiah mereka kepada kita di tahun baru hijrah.
Hadiah yang amat keji.
Memang kita di Malaysia, terlalu jauh untuk berjihad bersama mereka.
Tetapi, apakah salah kita, bersama menyatakan bantahan kita kepada Israel melalui tulisan blog dan SMS.
Dan apakah salah kita berusaha menjana ummah kita dan dalam masa sama kita bersatu.
Bina kekuatan dalaman untuk menentang puak kafir.
Ayuh ummat, bangkitlah kalian.
Bersatulah kita, dan berusahalah meningkatkan iman dan ilmu.
Takde masa lagi nak berehat, atau berhibur. Ayuh, bangkit !

[29disember di 1 muharram 1430h]

pemergian canselor UKM

“setiap yang bernyawa, pasti akan mati”

Sesuatu yang kita sering terlupa, iaitu mati.
Sabtu petang, sewaktu aku memandu ke pengkalan balak, Melaka.
Terdengar berita di radio ikim, menyatakan kemangkatan yang dipertuan besar negri Sembilan.
Agak terkejut dengan berita ini.
Innalillahirajiun. Satu lagi nyawa pergi bertemu dengan Allah.
Pemergian bagi aku takdelah besar jika beliau bukan canselor UKM.
Tetapi, aku amat tertarik untuk menyatakan perkara ini dalam blog.
Sesungguhnya aku pernah bertemu dengan beliau tahun lepas.
Dalam majlis santapan diraja. (rujuk pos dulu)
Sebagai penyambut tetamu di majlis ini, aku bertemu dengan ramai tetamu kenamaan.
Dan yang paling mahsyur, canselor aku.
Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Tingkah laku dan geraknya, amat baik. Setiap langkah penuh dengan ketenangan.
Wajahnya manis, dan tersenyum sentiasa.
Memang aku syukur dapat jumpa dengan beliau.
(aku tak ingat, adakah aku sempat bersalam dengannya)

Kemangkatan beliau amat aku rasai juga kerna, aku pernah menjadi rakyat negri sembilan buat seketika.Apatah lagi menjadi warga UKM.
Meskipun, aku tak rapat dengan beliau. Tapi aku menghormatinya.Persoalan tentang yang dipertuan besar negri Sembilan, dah kita ketahui.
Salam tahniah kepada Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. berita lanjut
Tapi persoalan yang seterusnya, siapakah canselor UKM yang baru?
Adakah pro-canselor UKM akan naik?
Sama2 nantikan.
Setakat ni aku masih tak nampak fungsi canselor yang sebenar.
Yang jelas fungsi yang aku Nampak, menyampaikan skrol ijazah kepada graduan yang Berjaya.Selain itu?
Aku ternanti, siapa canselor yang baru. Terutama 2010 nanti.Aku bakal dapatkan ijazah dari beliau.
Dan yang paling aku impikan menerima ijazah berserta anugarah naib canselor.
Semoga aku terus berusaha untuk mencapainya.
Berbalik kepada isu tadi, aku terdengar mulut orang kata,
anak sultan ni, kecik2 dah ada gaji.
Eh, betul ke? Hmm…
Mungkin ada kebenarannya, almaklumlah, mereka kan kaya.Tapi, mereka tak pernah merasai susah, semuanya dah tersedia untuk mereka.
Hmm.. mungkin tak semua anak sultan macam tu. Masih ada yang prihatin hendaknya.
Selain tu, anak sultan ni membawa imej kepada seluruh rakyatnya.
Mereka kan paling di atas, mereka lah menjadi contoh kepada rakyatnya. Ye tak?
Macam tadi, hampir rata-rata, kenamaan yang hadir (kerabat diraja) tidak memakai tudung penuh.Patutlah ramai rakyat yang tidak memakai tudung penuh.
Kalaulah semua mereka menjadi contoh yang baik kepada rakyat. (macam sultanah zahirah).
Apakah mereka lupa menutup aurat tu wajib bagi semua muslim?
InsyaAllah, semoga hidayah Allah sampai kepada mereka kelak.

Sewaktu talkin (aku tak pasti apa istilah dia, tapi mufti baca ayat2 untuk memperingatkan si mati dan muslim tentang azab kubur) dibacakan.
Tersentuh hati aku, segala apa yang diperkata mufti itu benar dan menggerunkan.
Dalam bacaan tu, mufti kata tuanku jaafar sebagai sahabatku.
Istilah sultan dah takde.
Lebih gerun lagi, bila mufti baca, bahawa ulat2 akan makan tanpa mengira pangkat.
Fuh, gerun hati ni.
Semoga kita mati dalam iman kepada Allah.
Dan ingatah kita bersama, bahawa, setiap yang hidup pasti akan mati.
Innalillahirajiun.
Alfatihah.

[di atas sofa menghadap TV1, jam 6 petang 29disember 2008]

sambutan maal hijrah yang terbaik

“bersama menjana ummah gemilang”

Pagi ini aku bersama keluarga ke pusat konvensyen putrajaya (PICC).
Agak lengang putrajaya pagi ni, senang aku memandu =)
Memang setiap tahun, kami sekeluarga takkan lepaskan peluang meraikan tahun baru hijrah.
Tetapi bagi aku, inilah sambutan paling terbaik.
Meskipun, orang awam susah mendapat tempat duduk, tapi itu bukan perkara pokok.
Apa yang menyebabkan ia menarik?

Pertama, persembahan muzikal hijrah yang mempunyai mesej yang berkesan.
Dimulakan dengan pencerita. Nyanyian oleh rahimah rahim dengan anak2 kecil.
Nyanyian oleh akhil hay, ramli sarip dan m. nasir.
Bagi aku merekalah pembawa ikon islam.
Lagu2 mereka, banyak mesej islam.
Tarian oleh anak2 muda, menutup aurat dan islamik.Memang menarik. Cuba cari video di youtube.
Mungkin ada yang rakam.
Komedi juga agak bersahaja oleh eby yus dan ?? (xingat nama) tentang perpaduan.
Dan gendangan muzik oleh nata sutra.
Memang menkagumkan persembahan tahun ini.
Mesej yang cuba disampaikan, kesedaran untuk berubah.
Kita perlu bersatu padu, tingkatkan perpaduan ummah.
Tingkatkan keilmuan kita, tingkatkan produktiviti kerja.
Jangan malas2. Dalam menuntut ilmu perlu ikhlas kerna Allah.
Ayuh, hijrah !! menjana ummah gemilang.

Kedua, tokoh dari luar Negara.
Agak terkejut, bila tahun ini ada tokoh dari luar Negara.
Prof wahbah zuhaily. Meskipun beliau cakap arab, tapi raut wajah beliau amat menyenangkan aku.
Beliau datang dari Syria.
Tokoh kedua, sahibus samahah, mufti perak, dr harussani.
Memang dr harussaini aku amat kagum dengan keberanian mempertahankan islam.
Meskipun, ramai yang benci beliau kerana menyatakan kebenaran, tetapi aku memang puji tindakan beliau.
Subhanallah. Maha suci Allah.
Teringat kes dia, tentang ribuan orang melayu murtad dulu.
Nauzubillahiminzalik.
Apa keistimewaan mereka??
Jom kaji dan contohi.
berita lanjut
Tapi yang pasti, tokoh paling terbaik kita nabi Muhammad SAW.

Dua inilah yang menjadi sebab untuk aku mengatakan sambutan kali ni paling mantap dan terbaik.
Bagi yang tak berkesempatan datang ke sini.
Bacalah akhbar esok atau carilah dalam internet artikel tentang mereka.
Tokoh yang baik dicontohi.
Tapi yang aku pelik, kenapa agung tak datang??
Hmmm..
Apapepun, jom menjana ummah gemilang

[PICC, 1 muharram 1430h, 11.30 tengah hari, isnin]

Khamis, Disember 25, 2008

kesunyian phantom of the opera

“kesunyian yang menakutkan”

Lewat malam aku masih terjaga, tidak ku sangka ada drama menarik masa itu.
Jam 11.30 malam, TV1. Phantom of the Opera.
Aku suka cerita ni kerana, inilah novel pertama dalam bahasa inggeris yang terpaksa aku baca dulu.
Tingkatan 2 (kalau tak salah) aku paksa diri baca novel ni.
Meskipun agak terkial2 aku membacanya, tapi aku tertarik ceritanya.
Bila drama ini muncul, aku teringat kembali watak dalam novel itu.
Tak perlulah aku ceritakan sinopsisnya.
Tapi aku hanya nak berkongsi pengajarannya.
Phantom of the Opera (PO) menyembunyikan diri di bawah Opera.
Ini disebabkan mukanya yang cacat.
Sejak kecil, PO menyembunyikan di bawah tanah itu.
Dengan gelap dan sunyi.
Satu dia ni mencintai Daae, tapi daae da ada kekasih (biasalah cinta).
Akibat jiwa PO yang kesunyian yang tiada keimanan kepada tuhan.Sangguplah PO buat apa saja untuk mendapatkan Daae.
Memang bagi aku, jika aku berada di tempat PO memang aku berasa amat sunyi.
Aku pun akan buat sepertinya.
Tapi itu semua jika aku tak kenal penciptaku.

Sedarlah kalian, apakah kita di dunia ini keseorangan?
Apakah kita cacat, membataskan kita kepada segalanya?
Apakah kita tidak punya teman?
Sedarlah kalian, di mana pun kita berada, kita tak keseorangan.
Meskipun kita cacat seteruk mana pun, usah harapkan kasih sayang orang lain.
Yakinlah Allah amat menyayangi kita.
Kita tak pernah terpisah dariNya. Hanya kita tak mampu melihatnya.
Tapi rasailah kewujudan Tuhan yang maha esa.

kesunyian memang menakutkan
cacat memang mengasihankan
kegelapan memang menyeramkan.
Jika kita yakin wujudnya Allah, tiada apa yang dapat memisahkan kita denganNya.
Teguhkan iman kalian.
Yakinlah Allah sentiasa bersama kita.
Jangan biarkan nafsu syaitan menguasaimu.

[lewat 1.30 pagi, aku terlelap di katil ku, 24disember2008]

kucing pun hamba Allah jugak

“haiwan pun hamba Allah, hormatilah & sayangilah mereka”

Aku makan di restoran lengkuas.
Makan tengah hari kali ni, aku berlaukkan ikan.
Dah lama aku makan ayam je, muak jugak.
Alhamdulillah, umi dan abi belanja makan.
Sedang menikmati makanan, ada suara merdu di lantai.
Aku menoleh ke bawah, oh, si bulu cantik.
Mengiau, ngiau.
Dengan muka yang comel (macam puss dalam shrek 2).
Aku pun hulur kat kucing kepala ikan.
Badan dia macam kecik, susah je dia nak makan kepala ikan tu.
Tapi dia usaha jugak.
Syukur, ada jugak rezeki untuknya hari ni.

Aku teringat dulu, ada kawan cakap, jangan bagi kucing makan.
Aku tanya “ kenapa pulak?”
“Yela, tak elok kotorkan kedai orang….”
“….nanti pelanggan lari”
Niat aku terbantut ketika itu. Tapi memang lidah aku kelu.
Aku rasa pendapat tu tak benar.
Tapi, pendapat dia kadang2 cam betul jugak.
Yela, bila kucing makan kat lantai, mestilah ada sisa2 ikan yang tinggal.
Dan kotor lak lantai.

Tapi bila hari ni, aku dapat jawapannya.
Bagi aku, kucing pun makhluk ciptaan Allah jugak.
Dalam islam, diajar untuk mengasihani binatang.
Jika aku tak bagi hari ni, camne dia nak cari makan?
Terpaksa lah dia menyondol tong sampah.
Lagi la kotor dan berselerak.
Bagaimana pulak, kalau orang tendang2 dia?
Ataupun dia tak dapat makan langsung?
Apakah dia ni batu? Apakah kucing tak punya perasaan?

Bab kotor lantai, alah, sapulah lantai.
Susah ke? Kalau benar kedai yang jaga kebersihan, sapulah.
Tak hilang rezeki kita ni, jika kita bagi rezeki kat kucing.
Malahan, Allah limpahkan rezki kita nanti. insyaAllah.
Haiwan pun hamba Allah, hormati & sayangilah mereka.
Sejijik mana mereka sekalipun, mereka tetap hamba Allah.

P/s: konsep ni sama jugak dengan manusia. Tapi kalau dah dasar peminta sedekah, malas nak buat kerja, memang dah melampau !!
[aku di restoran lengkuas, seksyen 7 bangi jam 12.30 tengah hari]

berdakwah kepada pesakit

“jagalah kesihatan dan keselamatan dirimu. Sesungguhnya ia harta yang berharga buat dirimu”

Satu aktiviti yang amat mengujakan aku hari ni.Tak pernah aku buat dan memang aku teringin buat.
Syukur, aku diberi tanggungjawab untuk melawat pesakit2 di hospital serdang.
Aku mewakili PKPIM bersama Atiqah (UPM), SR dan ayahku.
Jam tepat 9.30 pagi, tapi aku masih tak nampak kelibat penganjur (JAIS)
Syukur, mereka sampai 10 minit kemudian.
Sejurus selepas taklimat, kami ke wad di tingkat 7.
Aku memang blur, nak buat apa ni??
Ada sorang makcik ni, dari JAIS agaknya. Suruh aku pergi masuk dan bagi beg.
Aduh blur… aku bagi je beg. “semoga cepat sembuh”
Pastu makcik tu tegur. Cakaplah kita dari mana. (aku tergaru kepala)
Aku tengok gelagat makcik tu dalam melayan pesakit.
Dia beritahu kami dari NGO-NGO Islam Selangor.
Dengan muka makcik yang tersenyum manis dan peramah, membuat pesakit non-muslim tu senyum juga.
Sekali lagi aku tergaru kepala.
SR pulak lagi blurr.. lawak juga. Ayah aku hilang mana (mungkin dia ikut kumpulan lagi satu)
Selepas tu kami ke bilik sebelah, kami yang bagi sendiri.
Agak kekok. Tapi bolehlah.
SR pulak asyik tanya je, camne nak bagi dan sebagainya.
Seronok tengok gelagat SR layan pesakit. Hehe..
Dalam bilik tu, subhanaallah. Gerun aku.
Kaki mereka digantung dan dihujung kaki mereka ada pemberat.
Aku tengok ke mana tali pemberat ni. Astaghfirullah.
Ada yang pada lutut mereka dan ada yang pada tumit mereka.
Wah, sakitnya kalau aku terlanggar.
Ada seorang anak muda ni (18 tahun), ada besi dicucuk antara tumit. Dengan pemberat.
Mahu saja aku menjerit sakit! Ada ternampak sikit isi tumit terkeluar.
Menangis aku dalam hati.
Adik ni kemalangan beberapa hari lalu. sedihnya.
Teringat aku dulu pernah kemalangan motor dengan kereta.
Syukur tangan aku saja yang retak. Takde yang patah.
Itupun dah azab, inikan pula adik ni.
Subhanallah, maha agungnya Engkau.
Banyak lagi kisah menarik, tapi tak mampu aku ceritakan.
Jika anda ada peluang, pergilah (ajak aku sekali)

Pengajaran untukku dan kalian.
Jagalah kesihatan dan keselamatan dirimu. Sesungguhnya ia harta yang berharga buat dirimu.
Andai Allah nak cabut harta ni, tak guna la sesal masa itu.
Untuk makluman, lawatan ini bertujuan untuk dakwah juga.
Kalau dilihat, agama lain kerap buat aktiviti semacam ni.
Bahaya, jika kita tak mendahului mereka.
Jadi, anda sebagai muslim, buatlah lawatan ke sini.
Pamerkan keindahan islam.
Semoga Allah merahmati usaha kita dalam berdakwah.


p/s: aku tak leh ambil gambar pesakit.
[23disember 08 selasa, jam 1 tengah hari di hospital serdang]

benarkah kita sedang dijajah?

“pelbagai bentuk serangan terhadap kita, apakah kita bersedia untuk melawannya?”

Aku terbaca kat mana ntah ( tak ingat)..Ada benarnya artikel tu.
Cuba kita perhatikan berapa banyak drama/telenovela Indonesia di kaca televisyen?
Wah.. kadang tu, mula dari jam 12 tengahhari sampailah jam 7 malam.
Itulah rutin harian kita yang tengok tv.
Kadang bila iklan, baru boleh bangun.
Solat pun setelah tamat cerita tu.
Kita macam dah diGAM dengan tv tu.

Tak dinafikan, kadang aku pun terikut bahasa Indonesia.
Entahla, mungkin terbiasa dengar dan tengok gaya diorang bercakap.
Banyak juga lagu-lagu Indonesia yang dimainkan di tv dan radio.
Memang seronok lagu diorang.
Muzik mereka lebih menarik dari lagu kita sendiri.
Aku tak pasti macam mana produk Indonesia ni boleh masuk Malaysia.
Kalau dulu, banyak drama latin (amerika selatan masuk)
Sekarang, Indonesia pulak ambil alih.

Tak dinafikan, memang ada menariknya dan pengajarannya di sebalik drama Indonesia.
Macam cerita mutiara hati dan soleha, memang menarik dengan unsur islamisasinya.
Tetapi, budaya mereka tak sama dengan kita.
Dan kadang cerita diorang meleret2, sampai beratus2 episod.
Macam membazir masa untuk meluangkan masa sejam sehari.
Dan kadang ada cerita yang kejahatannya melampau2, sampai kadang2 tak masuk akal.
Bila dah mati, boleh pulak hidup balik.
Mengarut kadang2. Dan ada jugak drama Indonesia yang berkristianisasi.
Ni aku dapat lihat melalui kubur nya dan minum araknya.
Kenapa drama camni boleh terlepas masuk?
Tak dinafi sekarang yang menarik perhatian, drama klasik/dongeng.
Memang catchy cerita, tapi bahaya kepada budak2, jika tak dibimbing.

Ini baru dari sudut hiburan.
Pelbagai aspek kita dijajah, terutama dalam sektor pekerjaan.
Lihatlah berapa ramai Indonesia yang bekerja di sini.
Memang bagus mereka membantu Negara dalam pembinaan infrastruktur Negara.
Tapi, bagaimana dengan rakyat sendiri yang menganggur?
Mungkin masalah kerajaan adalah dek sikap rakyat sendiri kot.
Yelah, belajar tinggi2, demand, nak kerja gaji tinggi.
Malas nak kerja lowclass ni.
Akibat kekurangan pekerja, kerajaan ambiklah orang Indonesia.
Memang mereka amat rajin.
Mungkin negara mereka amat dhaif, dan kita amat selesa.
Sebab tu diorang tak kisah mereka dapat gaji berapa.
Ruginya, bangsa kita. Tak kisahlah kerja apa, yang penting ia halal.
Daripada menganggur, carilah rezki yang halal.

Aku tak melihat ini sebagai penjajahan yang teruk impaknya.
Sebab ia hanya merosak budaya Malaysia sahaja.
Tapi dari sudut akidah, tu aku kurang pasti. Mungkin ada.
Yela, mana tau liberal Indonesia, menular ke Malaysia melalui hiburan.
Bahaya jugak. Kan?
Hmm.. tapi ingatlah, penjajahan ini takdelah teruk sangat.
Kalau nak dibandingkan penjajahan sebenar sekarang adalah....
Penjajahan pemikiran kaum kafir.
Melalui hiburan barat, melalui seks bebas, melalui makanan yang dicampur halal dan haram.
Itu lebih keji dan kotor.
Inilah penjajahan yang lebih patut kita bimbang!

Pelbagai bentuk serangan terhadap kita sekarang, apakah kita bersedia untuk melawannya?
Sendiri tanya iman. Kalau kita tak kuat iman, kita akan tewas di medan pertempuran pemikiran.
Lagi2 peperangan dengan pemikiran liberal dan pemikiran barat.
Kuatkan akidah kalian. Tingkatkan iman.
Jauhilah makanan yang meragukan.
Ya Allah, matilah kami dalam islam. Dan bangkitkan kami dalam islam juga.

P/s: islam yang beriman, bukan dalam ic je islam tau.
[aku di pusat servis proton di TTDI, 23dis08, 5petang dengan famili]

Rabu, Disember 24, 2008

malam kebudayaan yang hampeh

“kita ambillah yang positif. Yang teruk tu, kita perbaiki di lain masa.”

tema: budaya mencipta bangsa
Aku agak terkejut dengan tema malam 1000 kenangan.
Budaya mencipta bangsa? Benarkah?
Aku kurang pasti tentang perkara ini.
Yang aku terkejut, istilah mencipta.
Budaya? Hanya satu yang ada hak mencipta.
Iaitu tuhan atau Allah.
Bagi aku makna mencipta adalah sesuatu yang dari tiada kepada ada.
*kalau aku salah tolong betulkan aku.

Dan jika benar tema ini, bagi aku memang malam ni tak secocok dengan temanya.
Sebab tu aku boleh katakan ia hampeh.
Bayangkan hampir 10 lagu untuk karaoke.
Mampukah cipta bangsa?
Bangsa yang apa?

Drama? Drama dalam lif.
Bagi aku tak de kaitan dengan universiti.
Ada 2 orang perempuan yang duduk dalam lif.
Masuk sorang lelaki berkain pelekat dengan kot.
Call bini suruh bawak seluar panjang.
*mungkin sebab tertinggal kot.
Pastu dalam lif dia nak tukar seluar.
Pastu masuk sorang buta.
Masuk pulak orang mengandung.
Nak terberanak. Pastu orang buta yang bawak dia keluar lif.
Gila apa?
Lepas tu nyah pulak masuk. Nak pikat 2 pompuan tadi.
Rupenya mimpi.
Apakah moral nya??
Apa yang nak dicipta dari budaya tu?
Bagi aku, kalau untuk gelak, memang aku bagi 5 bintang.
Tapi untuk pengisian?

Nasyid? Alhamdulillah. Meskipun diorang berlatih pagi tadi.
Ada la juga input diorang.
Selain tu, orang kampong pulak buat persembahan.
Dikir barat kot.
Tapi dari budak2. Eh, ni bukan dikir barat.
Cam karaoke jugak.
Nyanyi lagu ganu kito.

Selain tu? Takde.. tu je.
Apakah bangsa yang telah dilahirkan dari budaya ni?
Bagi aku. Bangsa yang mampu gelak.
Aku pulang dengan tangan kosong.

Mungkin aku tak patut kutuk sebegini rupa.
Aku yakin penganjur dah bertungkus lumus.
Terpulanglah. Aku mohon maaf jika ada yang terguris.
Tapi harap kita ambil yang positif.
Yang teruk, kita perbaiki di lain masa.
Sekurang-kurangnya, ada mesej di sebalik persembahan.

[5hbdis08, dewan sivik seberang takir, jam 11malam]

aku si pengerusi majlis

“aku suka jadi pengerusi majlis yang formal. Sebab aku biasa dengannya”

Hari terakhir aku di seberang takir.
Berdebar jugak pagi ni.
Hari masih hujan.
Shafuan dan ubai hilang pepagi.
Pelik gak. Hmm biarlah.
Raptai jam 8.30 pagi.
Ya allah, ingatkan aku dah lambat.
Rupenya, masih ramai yang datang lambat ke dewan.
Jam sudah pukul 10, masih tak ramai datang.
Sepatutnya mula jam 10 pagi. Tapi..
Last minute ada lak perubahan.
Aduhai.. kelam kelibut aku.
YB yang nak datang ni murah hati nak bagi cenderamata kepada semua pelajar dan keluarga angkat.
Hoho. Jenuh aku.
Mula jam 11pagi. Meskipun majlis lambat mula, tapi syukur aku sempat setelkan kegusaran aku.
Dalam ucapan YB ni, ada beberapa perkara yang aku kagum.
Dia nak melahirkan satu umah satu graduan.
Dan dia kata dia nak ramaikan lelaki dalam bidang keilmuan.
YB kata lagi, dia akan bawa RM 2000 bila pegi sekolah.
Dia akan kira pelajar yang hadir. Jika lebih lelakinya, dia akan bagi RM2000 tu.
Fuh, gile la..
Dia cite lagi, kalau dalam majlis2 camni, sepatutnya laki yang patut ramai.
Tapi sebaliknya yang berlaku.
Alasannya kerja la dll.
Jadi kaum ibu jela yang penuh. Ibu yang datang ni akan sibuk dengan urusan anaknya dll.
Mana nak dengar ucapan dan capai program? Sebab tu la kot, dia nak meramaikan lelaki.
Dia cite lagi, kalau cina, setiap aktiviti sekolah bapak dia akan ada sekali.
Kita? Bapak susah nak datang.
Sebab tu la kebanyakan program tak mencapai matlamat.
Ada kewajaran di sebalik ucapan ni.
Lelaki kurang tanggungjawab berbanding si ibu.
Ibu sibuk dengan hal anaknya. Bapak la yang mampu mendokong sesuatu objektif program untuk tercapai.
Setelah ucapan dia, ada la sajak daripada kami (pelajar UKM)
Sedih gak aku dengar.
Rasa cam nak menitik air mata.
Yela, rasa sekejap je program ni.
Dan terharu kesudian mereka untuk menerima kami.
Syukur aku berjaya tamatkan majlis dengan baik.
Wah… lega..

[1.30petang, 6dis08, rostrum di dewan sivik seberang takir]

Khamis, Disember 18, 2008

senyumlah sikit, baru untung

tersebutlah alkisah...
di mana2 kedai melayu.... (tak semua tau.. kadang cina india pun sama)
buka kedai lambat gile..
tutup awal...
masuk kedai, suram, masam je...
keluar kedai sumpah seranah....

cuba bayangkan, cth nasi lemak, da tau 
orang suka beli.. kenapa la tak buka awal2 pagi?? orang menunggu je.. lama2 orang jemu nak beli kat dia.. takde disiplin masa...ingat nasi lemak dia sedap?? memang sedap pun.. tapi plz, jangan belagak...

cuba bayangkan, tetiba nak beli barangan yang agak penting... datang2 kedai, eh da tutup?? cuti ke?? kat kedai tulis kul 9 malam tutup... aduh... membazir minyak aku je pegi kedai tu... kenapa la !!

cuba bayangkan, masuk je kedai, dengan muka masam peniaga, main henpon.. senyum pun tidak..

banyak lagi situasi macam ni...
kita sebenarnya tak boleh salahkan dia sebab dia melayu atau spesis dia... tapi kita mungkin boleh salahkan sikap dia.. omputih panggil attitude.
ini masalah individu... macam amerika tuduh islam ni pengganas... eh bukan semua pengganas.. 
cuba lagi kita fikir... kenapa diorang ada sikap camtu??
kebanyakan faktor mungkin datang dari cara didikan, atau cara pergaulan dia dengan rakan..
islam da ajar cara berniaga... melayu pun ajar adab2 berbudi bahasa...
kadang ramai yang tak menghayatinya...
ramai ibubapa tak kisah semua tu..
ramai kawan2 tak sedar semua tu..
masing2 tak pandai mementingkan budi bahasa...

jadi rakan2ku sekalian.. kalo anda da kawin ada anak...
tekankan pada mereka ttg budi bahasa... 
ajarkan islam yang sebenar.. jangan ambik dasar sahaja.
bertaqwalah pada allah..
bagi peniaga, dan bakal peniaga.. JANGAN FIKIR DUIT JE. tak kemana duit tu...
kalo ada akhlak dan budi bahasa, insyaallah ramai lagi orang datang,...
disiplin itu amat penting.. think about it..
thanks...

apabila pensyarah yang bersyarah

pernah terfikir tak dulu, kenapa la kita belajar ni ek??
sebab nak lulus periksa je ke?
tapi macam aku dulu, belajar sebab nak jadi pandai...
dapat masuk universiti...
memang aku menanti saat masuk universiti..
sebab orang kata bila masuk universiti kira cam da pandai..
wa... seronoknya..
liku2 hidup menempuhnya amat jauh..
aku menanti dengan sabar..
tapi bila fikir balik kan...
bila da masuk universiti ni...
cam sekejap je perjalanan aku...
tapi bukan itu kita nak difikir sekarang...
tapi....
tentang pensyarah di universiti...
huhu... bayangkan apabila pensyarah bukan macam cikgu sekolah...
kalo cikgu kat sekolah, dia bimbing dan marah kita...
tapi kat universiti ni lain...
dia tak macam cikgu... sebab diorang pandai sangat.. sebab ada yang da PhD...
jadi dia pandai je... cikgu takat degree je...
hmmm....
perbezaan antara keduanya...
kadang pensyarah bila bersyarah.. sukar nak difahami..
kadang benda yang kita minat jadi tak minat..
sebab, dia hanya pandai belajar, tapi tak pandai mengajar...
tapi bukanlah bermaksud semua pensyarah camtu...
macam cikgu amat prihatin, dia akan cuba pastikan pelajarnya paham...
tapi di universiti, "lantak ko lah nak belajar ke tidak."
kalo nak faham, usaha sendiri...
subhanallah...
kalo tak tahan dengan cara pensyarah ni memang azab kita...
tula namanya bila pensyarah bersyarah...

asyik2 banjir

pernah terfikir tak, asyik2 banjir...
macam tu rutin tahunan kita di malaysia..
korang tak rasa pelik ke ??
pelik la...saban tahun, masalah ni asik berlaku..
mungkin orang kat tempat banjir ni jadi jelik dan malas nak buat apape.
dulu dekat kelantan, terengganu, gi pulak kat pahang..
k
ini, di johor pulak..fuh makin merebak..
korang tak rasa, banjir tu akan melanda negeri sembilan pulak ke lepas ni ?
kuala lumpur tak perlu nak hairan..
setiap kali hujan lebat, banjir sentiasa berlaku..
banjir kilat, penuh dengan lumpur...
oh ye, terlupa pula kat utara 
pun penah banjir juga.
rasa kesihan tengok orang yang duduk kat tempat kawasan rendah..
senang je kena banjir..habis barang2 dia rosak..
setiap kali banjir, pasti masuk akhbar dan sebagainya..
macam pesta lak tu..
tapi yang pasti ibu ibu pasti risau..
yela barang2 rosak, anak2 lagi nak kena jaga..
pening betul jadi ibu..

tapi korang tak terfikir ke yang hujan ni datang ikut masa?
elok je hujan lebat dan banjir ni datang masa cuti..datangla waktu sekolah ke ?
bolehla budak2 ni cuti kan ?
hehe... dapat cuti percuma.. pemalas betul..
persoalan kat sini... kenapa asik banjir ?
tentang masa turun hujan dan banjir tu memang disebabkan perubahan monsun..
allah maha berkuasa..
dalam kejadian alam pun ada aturannya.
yela bila angin sejuk di utara, angin panas akan bergerak ke selatan..
angin yang melintasi di garisan khatulistiwa akan berubah arah, macam terpesong..
tapi kita tak nampak pula garisan khatulistiwa macam cermin, boleh pantul2kuasa allah kan..daripada angin tu menyebabkan peralihan monsun..
awan menyedut air, dan mengeluarkan ke bumi semula..
lihat kuasa allah..tapi yang tak berkuasanya adalah kita...
tu yang bala datang.banjir.
pernah terfikir kenapa allah bagi hujan yang lebat berterusan..

kalo tengok kat china, macam laut hah... 
deras lak tu banjir dia..seram je tengok..
ni la akibat manusia tak jaga alam sekitar...
tebang pokok tarah bukit sana tarah bukit sini..
sistem perparitan yang gagal tu punca sebenar..
ye, sebenarnya sistem perparitan yang menyebabkan perkara ni berlarutan..
lorong smart da dibina..tapi masih berlaku..
manusia pula sumbat2 parit sungai ngan sampah..
mana tak tersumbat dan mengalir air..bertakung jela..

akibatnya kita juga..
sebelum bende belaku baik kita gotong royong, bersihkan parit ke apa ke..
dalam kan sungai ke.
insyaallah leh kurangkan banjir..
penyakit pun kurang..
orang pun tak mati banyak..

teknologi yang gila

pernah terfikir tak??
camne kita leh cakap dengan orang yang duduk berjauhan..?
bagi yang belajar sains kita tahula ada gelombang..tapi korang faham ke ??
aku tahu gelombanglah menyebabkan kita leh bercakap dengan orang yang jauh..
tapi camne gelombang leh tahu orang tu yang kita nak cakap ?
bagaimana gelombang tu boleh bawa suara kita ??
hmm.. pelik la...

penah tgk mesin faksimili ?
kita nak hantar resume atau surat kepada syarikat yang jauh..
tapi kan.. camne mesin faks leh salin bulat2 ?
sedangkan wayar tak bersambung dengan wayar mesin faks sana ?
hmm... gila aku fikir..meskipun aku da belajar banyak pasal sains..
tapi aku masih tak faham...
gila betul teknologi..
pernah juga aku terfikir..
mungkinkah kita boleh hantar makanan yang segar melalui mesin faks ?
hmm.. takkan melalui gelombang kot..nampak sangat mustahil kan?
tapi tak mustahil di masa depan..
macammana pereka2 teknologi sebegini mampu fikir sejauh itu ?
pasal dna 
pun aku masih tak faham..
bende yang paling kecil pun masih ada bahan paling kecil..
sedangkan mikroskop elektron pun takleh nampak, macammana penemu dna boleh fikir sejauh itu ??

dan bagaimana mereka boleh bayangan proses transkripsi, translasi dna?
dengan enzim yang terlibat...
wow... teknologi sekarang gila2 semua..
penah anda belaja kimia tentang atom ?
kan dalam atom ada neutron 
elektron dan proton..
kan eektron paling kecil..
mungkinkah dalam elektron ada lagi kecil ??tak gila 
nama tu ??
tau tak dalam proton ada bende paling kecil..

da ada kecil, masih ada yang kecil..
yang besar pun ada lagi besar..
macam bumi.. rupanya ada lagi besar.. matahari...pernah terfikir tak..
kita duduk dalam bima sakti..dan rupa2 nya ada lagi besar dari bima sakti?
dan ada bintang lagi besar dari matahari..apa gila ke ni...
dalam banyak2 galaksi ada lagi besar dari tu..
tapi pernah anda terfikir... 
daripada sebesar2 galaksi ini, berapa kecil kah kita ?
bagaimana dengan sel dalam badan kita ? 
bagimana pula dengan dna ?
pernah anda terfikir, siapakah pencipta ?
semua da termaktub dalam alquran...
tapi allah tak gila..
allah maha berkuasa dan bijaksana dalam mengatur kehidupan di dunia ini..
subhanallah..aku masih kecil di sisi mu...
betul la kata2 hikmah, sebanyak2 ilmu didunia ini umpama setitis air di lautan yang luas..
subhanallah..

kesimpulannya... 
mari beriman dengan allah...
meskipun teknologi kini yang dicipta...

bijak tul nenek moyang kita

pernah terfikir tak..
sebelum ibubapa kita tahu tentang sains, macam mana mereka boleh tahu tentang perkara2 sains?
paham tak ?
bayangkan, apa yang kita belajar sekarang ni sebenarnya, ibubapa kita (nenek moyang) kita lebih mengetahui sebelum saintis...
dengan erti kata lain, ibubapa kita saintis terulung..hehe, yeke ??
merepek je..

cuba fikir, macam mana mak kita tahu kalo kita sentuh nasi ngan tangan gerenti nasi tu tak tahan lama..betul tak ??
mak aku kata, kalo kambing makan daun pokok..gerenti, pokok tu takkan tumbuh daun !huiyooo.. yeke ?? 
lepas sebulan memang betui, pokok tu da tak tumbuh daun (kat tempat yang kambing makan)camne mereka tahu ?
hmm.. pernah terfikir tak, kenapa ibubapa kita, bila buat jambatan mesti melengkung ke atas..tapi kita sekarang buat jambatan lurus..tengok kalo banjir... air boleh lalu bawah jambatan ibubapa kita..tapi kita buat jambatan, roboh !!
hehe... tul ke ??
pernah terfikir tak ?

kadang apa yang ibubapa atau kita tahu, tapi kita tak mengerti, sebenarnya itulah sains..
tapi bagaimana kita boleh tahu, hanya allah je yang tahu..
hmm... pelik la..kita hanya tahu, mungkin dari turun temurun kot...
tapi pernah terfikir tak, banyak bende kita tahu tentang kejadian alam..
tapi kita taknak mengkaji nya..contoh disini.. 
aku tahu korang da bebelit otak.. 
hehe..mak aku kata kalo kambing makan daun pokok tak tumbuh kan ?
cuba kita tanya mak, kenapa pokok tak tumbuh mak ??
gerenti mak tak dapat jawab..melainkan mak kita buat kajian..
kenapa pokok tu tak tumbuh..
kalo kita wat kajian, kita akan tahu bahawa air liur kambing mengandungi enzim yang menyebabkan pokok tu tak tumbuh..
hmm.. tapi kita hanya tahu tapi tak mengkaji..pelik kan..

lebih malang lagi, orang putih (bukan islam) yang buat kajian semua ni...
kita lak belajar dari dia..ish3.. teruk tul kan..kita tahu dulu, tapi diorang lak wat kajian..
pernah terfikir tak hal ni ??
hmm.. jadi.. jom tanam minda untuk menyelidik atau mengkaji..
tak kira la apape pun..
jangan terima sesuatu bende atau perkara dengan membabi buta...kaji dan selidik dulu..pernah terfikir nak buat camtu ??

24 jam yang berbeza

pemikiran pertama yang ingin saya lontarkan..
pernah anda terfikir tentang 24 jam ?
semua maklum...
setiap orang mempunya 24 jam sehari..
tak kira di mana kita berada...
di malaysia, kita 24 jam..
di makkah, pun 24 jam..
di amerika, pun 24 jam..
jadi ??apa nak fikir lagi ??
24 ialah 24 jam.. jadi ??

hmm.. pernah tak anda alami macam 24 jam tu tak cukup ?
sehari tu rasa macam singkat dengan 24 jam..
banyak bende yang kita nak buat tak dapat dalam sehari..
peliknye..
kenapa ye ??
kadang dah banyak buku pengurusan masa yang aku baca..
tapi aku masih gagal mengurus masa ?
korang camne ??
24 tak cukupkan..
hmm...
tidur 7 jam..
makan 5 kali sehari x 30 minit kot = 2jam 30 minit
solat 5 kali sehari x 10 minit kot = 50 minit
mandi 2 kali sehari x 20 minit = 40minit
baru 11 jam... yang lebihnye ?
hmm... andaikan kita belajar = paling koman.. 4jam (kuliah)
tapi kalo cuti mana belajar ?? ok 
kita ganti dengan 4 jam tgk tv
berinternet 2 jam kot...
borak lagi ?? hmm.. sekejap2 tapi banyak kali...
kita kumpul masa borak dalam sehari.. katakan 2 jam sehari...
19 jam baru...
lagi 5 jam ??
kita nak pergi mana2...
jalan kaki atau kereta dah berapa minit ??
tolak campur darab bahagi...
rasa tu pun tak cukup...

tapi persoalan kat sini...
pernah terfikir..
macam mana ilmuwan islam dulu leh karang buku yang tebal2 ?
macam mana diorang cukup masa ?
kita nak tulis karangan pun susah
seumur hidup mungkin masa sekolah jela yang rajin (itupun terpaksa..)
macammana ilmuwan islam leh hafal quran ??
kita juzuk amma pun taklepas... hmm...
macammana nabi muhammad leh uruskan kehidupan harian dengan kehidupan negara serentak ??
kita kehidupan harian pun tak terurus...
kehidupan negara ??
adakah 24 jam dulu lebih panjang daripada 24 jam zaman sekarang ??
dapat fikir tak....??

renunganku sejenak


lihatlah wahai sekalian sahabatku...
kita imbas kembali di zaman jahiliyah 1500 tahun dulu..
pembunuhan, perzinaan, kecurian, arak, perbalahan...
itu semua dah pernah berlaku... kini??
juga masih berlaku...
kenapa ye??

stelah kelahiran nabi kesayangan kita semua...pelbagai cabaran yang dihadapi oleh muhammad untuk menyampaikan risalah allah.. dikatakan gila, pendusta. dibaling batu, dihina dan dicerca... cuba kita perhati sama saja situasi dengan kita sekarang..islam dicerca dihina... tetapi kita berbeza... kita ramai... zaman nabi sikit...takmungkin perkara ni berlaku... lihatlah zaman kegemilangan khulafa...betapa banyaknya kemunculan agama baru, nabi baru, golongan murtad...tetapi berjaya dihapus oleh khalifah...adanya daulah islam di madinah, tertegaknya sistem khilafah... lihat.. betapa mudahnya islam meningkat naik...

zaman khalifah umar ra... bagaimana islam mula tersebar ke serata arab...diteruskan dengan kegemilangan zaman umaiyah, abasiyah...sehinggakan kita dikagumi dan dicemburui oleh tentera salib, yahudi, mongolia...

bagaimana sultan muhammad fateh menawan konstantinopel..??

bagaimana umat islam pada ketika itu?? bagaimana ramainya ilmuan yang lahir pada ketika itu...??apakah kita tidak mahu menjadi seperti mereka??

subhanallah.. maha suci allah..aku melihat sekeliling... amat menyakitkan dan menggusarkan ku..bagaimana kita ditumbangkan oleh kamal attartuk...bagaimana kita didoktrin oleh barat...bagaimana kita boleh dihasut dan dirasuk ideologi kristian dan yahudi??lihatlah saudara... jangan islam hanya pada ic atau nama..

sia sialah ia jika tak dimanfaat... islam tu bukan pada nama.. islam tu pada amalnya..jauhilah hedonisme.. jauhilah hiburan yang melalaikan...

jauhilah makanan yang diragukan haram.. jauhilah pakaian yang hampir lutsinar..banyakkan membaca alquran.. insaflah.. berubahlah !! bersama berubah !!!

azan, kenapa diorang bising?

"kalo rumah kita sebelah highway.
patut ke kita buat surat pada PLUS untuk lencongkan highway ke tempat lain.. sebab:bising??"

maleh nak borak panjang..
sebab kita tak pasti mana yang benar..
zaman politik sekarang, semua orang boleh fitnah...
dan kadang diorang menyamar untuk menjatuhkan pihak lawan..
but we dont know..wallahua'lam

ttg perihal azan ni da lama da..
bagi aku sendiri, azan tak menggangu sesiapa pun..
tetapi masalahnya...
ada pihak surau ni, tak lantik bilal yang tetap..
main tarik orang je azan..dan ada sesetengah azan yang macam menjerit2..
tu yang MUNGKIN sebab utama mereka (nonmuslim bising)..
hakikat sebenar... orang kata, itu masalah peribadi..
tak perlu nak hebah..
hormatilah agama ISLAM sebagaimana kami (yang benar2 muslim) menghormati agama kamu...

[23september, tepat jam 12.. terbaca perbincangan dalam group fs: fasi kmns]

Rabu, Disember 17, 2008

aku mencari buku

"membaca boleh menajamkan minda"

tahun 2009, aku sudah berazam untuk membeli buku sebanyak mungkin.
aku nak buat mini library dalam bilik aku.
ala.. macam pos yang lalu ni..
tapi masalah utama aku ialah $$$$$$

ada seorang hamba Allah ni, bagi petua.
camni petua dia. 
pastikan setiap hari, aku menyimpan sekurang-kurangnya RM2.
tapi bergantung pada kemampuan la.
kalau dah bergaji, RM10 atau lebih lagi baik.
dan jangan sesekali guna duit tu. 
kumpul kumpul dan kumpul..
sampai tiba pesta buku antarabangsa di PWTC.
selalunya bulan mac tiap2 tahun.
waktu ni, keluarkanlah duit yang kita kumpul tu untuk beli
.
andaikan aku kumpul RM2 sehari darab dengan 360 hari
aku boleh dapat RM720. dan aku boleh beli dalam 24 buku (anggaran 1 buku RM30)
wah.. banyak gak tu..

teringat seorang lagi kawan aku..
dia ajak aku pegi pesta buku tahun 2008 lepas.
dia siap bawa senarai buku yang dia nak beli.
wow.. memang aku kagum. jadi dia tak rambang mata untuk beli buku.
aku pun nak ikut langkah dia la...

jadi, sekarang, aku nak minta jasa baik semua untuk bantu aku pilih buku.
cadangkan buku yang best: tak kisah buku melayu atau inggeris.
tak kisah novel, ensiklopedia, motivasi, agama, ekonomi dll..
tolong sangat2 bagi nama penulis, tajuk dan penerbit ..
k.. kalau ada harga lagi baik..

[mengharap bantuan anda]

Isnin, Disember 15, 2008

pengimarahan surau kmns

“surau/masjid sepatutnya menjadi pusat utama umatnya dalam segala bidang”

Sewaktu aku berkunjung ke kolej kesayanganku,
Kolej matrikulasi negeri Sembilan, banyak perubahan dapat aku saksikan.
Astaka, bilik arkib, felo b4 bertukar, jalan tar baru dsb.
Aku solat maghrib di surau berjemaah.
Sebelum iqamah, bilal “jemaah diminta membuat saf”
Bila semua dah berada di depan, iqamah mula, dan solat.
Selepas solat, aku didatangi amir ikhwan.
Berborak perihal kmns dan lain-lain.
Dia tanya,”dah makan belum”
Aku jawabla belum, ingatkan nak ajak makan di kafe B.
Dia pelawa aku makan di surau.
“eh, puasa sunat ke?”
Dia beritahu aku, “sekarang, hampir tiap malam, jemaah akan kumpul duit (RM1.50 seorang) dan makan malam di surau”
Huh.. sejuk ati..
Meskipun hanya 3 dulang, tapi aku dapat lihat keakraban mereka.
Tak merasa aku dulu.
Tapi aku dulu pun segan nak makan di surau.
Ish3, rugi aku dulu.

Bila malam, dapat lihat ada yang ambil inisiatif belajar di surau.
Jam 2 pagi, aku lihat, hampir 10 orang tidur di surau.
Siap dengan bantal dan selimut.
Huh, dulu aku pun tidur di surau, tapi secara tak sengaja.
Teringat dulu, aku memang cepat ngantuk.
Aku ada study group di perpustakaan
Aku memang dah ngantuk, jadi diorang pun ajak balik.
Di pertengahan jalan, aku singgah surau.
Sekali tertidur di surau.
Dengan nyamuk berbunyi. Memang tak tenang aku tidur.
Aku terjaga jam 4 pagi. Subhanaallah..
Aku terus pulang ke bilik.
Memang waktu aku tidur tu, takde sapa.
Ada juga terdengar pak guard, ronda.
Zaman sekarang, alangkah indah. Mereka dapat beriktikaf di surau ni.
Syukur Alhamdulillah.

Sememangnya, surau/masjid sepatutnya menjadi pusat utama umatnya dalam segala bidang.
Cuba lihat zaman nabi Muhammad.
Masjid menjadi pusat untuk berniaga, untuk menuntut ilmu dan sebagainya.
Meriah sekali. Kira dulu masjid ni macam shoping complex.
Tak pernah putus dari kunjungan muslim.
Seronok aku ihat masjid yang penuh dnegan aktiviti.
Contoh terbaik di bangi ialah masjid an nur.
Meskipun ia masjid orang pas. Tapi perlu ke label macam tu?
Yang pasti, setiap malam selepas magrib pasti ada pengisian.
Malahan, masjid ni tak meletakkan politik sebagai agenda utama dalam pengisiannya.
Malahan, hampir tiap malam, penuh masjid ni.
Subhanaallah.
Apa peranan kita?
Tentulah mengimarahkan surau/masjid.
*
pos berkaitan

[aku di kmns 14 disember08, 4 pagi]

kenapa panggil aku 'ustaz'?

“meskipun dia anak yatim, sayangilah ia, mana tau kita akan jadi seperti mereka kelak”

Aku selalu tengok sorang ni.
Kenapa dia ni asik borak je ngan pelajar UKM.
Cam mesra je dengan kitorang.
Aku pun cam nak kenal la sapa dia ni.
Aku datang dekat.
Dia salam dan cium tangan aku.
Eh, aku terkejut. Yela tetiba je salam dan cium tangan.
Dia panggil aku ustaz. Lagi aku resah.
Nama dia muaz. Anak yatim darul hilmi.
Baru tingkatan 3. Dia belajar di maahad tahfiz di skudai johor.
Cuti ni dia balik seberang takir.
Borak punye borak, baru aku tau dia ni dah 16 juzuk hafal.
Bakal hafiz jugak.
Aku dapat rasa kemesraan dengan dia.
Dan aku makin sayang dengan dia.
Dia datang sorang ke dewan dengan motor.
Lepas malam kebudayaan, dia ajak aku naik motor dia untuk pulang ke umah mak angkat aku.
aku pun setuju.
Kebetulan malam tu hujan lebat. Nak ke taknak?
Aku setuju je, aku yang bawak motor.
Fuh..sejuk betul.
Aku terharu dia sanggup tumpangkan motor untuk aku walaupun hujan.
Aku minta nombo tepon, dia kata esok pagi dia bagi.
Syukur. Esok pagi dia datang dan bagi nombor tepon.
Lepas abis majlis, dia ajak aku dengan Q untuk gi kuala Terengganu.
Memang bersungguh dia ajak aku. Tapi aku ada meting petang ni.
Serba salah aku.
Dia kata dia sanggup tunggu. Hujan pulak tu.
Kenapa dengan dia ni. Aku dapat rasa, dia cam nak bersama kami lebih lama.
Petang tu, dia hilang. Serba salah aku.
Aku mesej call dia tak balas.
Aku harap dia datang malam ni sebelum aku balik UKM.
Syukur dia ada. Aku bagi pin tali leher.
Aku peluk dia sebelum berpisah.
Entahlah baru kenal dua hari. Tapi dah rasa cam rapat giler.
Aku teringat, aku pernah tanya dia, kenapa panggil aku ustaz?
Dia jawab sebab aku berjambang.
Aku tanya lagi takkan tu je? Dia senyum je.
Aku musykil..

Bagi aku, meskipun dia anak yatim, aku sayang dia.
yela, mana tau kita akan jadi seperti mereka kelak.
Nanti takde sapa yang nak beri kita kasih sayang. Sedih tau.
Aku teringin ambik diorang sebagai adik aku.
Pelihara bersama. Tapi, tunggulah bila dah berkerja dan ada duit untuk pelihara mereka.
Karang susah pulak.

[jam 9malam, aku di dalam bas, merenung keluar mencari muaz.6dis08]

Jumaat, Disember 12, 2008

si pencuci kereta malam

"tenaga muda yang ada padanya, digunakan sepenuhnya"

tak sampai 10 minit berlalu.
aku sibuk hias blog aku yang tak seberapa ni.
pintu rumah diketuk orang.
aku buka pintu, seorang india muda di hadapanku.
aku rasa sebaya denganku.
dia tanya, "kereta takde?"
aku jawab takde. esok aku balik kampung.
di mengangguk dan pergi.

untuk makluman, india ni setiap malam akan keliling satu kawasan perumahan aku.
mencari kereta pelanggannya.
menolak tangki silnder berisi air ke satu blok ke blok yang lain.
kadang2 sampai jam 3pagi, masih berkerja.
untuk makluman lagi, kawasan perumahan aku rata-rata melayu.
india, mungkin 2 keluarga je.
tapi.. kegigihan india ni memukau diriku.
mencari rezki untuk menyara hidupnya.
kalau tak si muda ni, ayah dia pula yang buat kerja mulia ni.

tenaga muda yang ada padanya, digunakan sepenuhnya.
kenapa aku tak boleh jadi sepertinya?
kenapa aku tak sanggup berusaha sendiri?
kenapa aku malas untuk mencari rezki?
kalau nak difikirkan, kaumku, jarang yang seperti kaumnya yang gigih berusaha.
lebih2 lagi muslim.

umi aku baru teringat yang kami belum bayar duit padanya.
rm30 sahaja untuk sebulan. 
tapi dia basuh hampir 3 kali seminggu.
aku turun bawah, mencari anak muda ni.
aku beri dia duit.
tersenyum di wajahnya. aku turut tersenyum.
semoga Allah memberi mu hidayah.

[jam 11.20 malam, 12/12/08 jumaat.]