gusar hatiku ini.
setiap hari ada je kes bunuh.
kes bunuh bukan calang-calang bunuh.
bukan setakat bunuh diri.
bukan setakat terbunuh diri.
bukan setakat berbunuh-bunuh.
lebih kejam dari tu pun ada.
mati dirogol.
mati dibakar.
mati dibom.
mati dikerat-kerat.
mati mati dan mati.
huhu, kadang, macam tak logik je.
macam cerita drama filipina dan filem orang putih je.
tapi tu realiti.
sebab musabab bunuh?
hal biasa, dan ada juga yang sebab tak munasabah.
membunuh sebab berebut kekasih.
membunuh sebab ganggu tidur.
alahai...
seramnya aku..
tak kurang dengan yang mati sebab tak sengaja.
mati lemas
mati terjatuh
mati kemalangan
mati mati mati.
aku teringat dulu, masa tingkatan 2.
bila dengar kes bunuh, canny ong dll.
memang seram gila.
memang rasa kejam betul manusia.
tapi bila tiap2 hari keluar berita pasal mati...
dah bosan dan lali.
dan rasa seram dah takde dalam diri.
melainkan kalau aku tengok gambar mayat dengan darah (memang seram)
tapi kalau dengar berita, ah.. lantak lah.
kalian fikir camne?
macam dah muak kan?
tapi...
adakah ini takkan berlaku pada kita?
"mustahil lah berlaku pada kita"
hmm..setiap orang pasti ada musuh.
dan kita tak tahu siapa musuh kita.
apakah musuh kita mampu untuk bunuh kita?
tapi bila?
apakah kita akan mati dengan tragis?
hmm.. adakah berita kita akan masuk tv seperti orang lain yang mati?
oooooo000ooh.. seramnye.
sekeji2 mana musuh ( aka bakal pembunuh kita),
seburuk2 muka dia sekalipun.
sebengis2 mana sekalipun bakal pembunuh kita.
...
lagi seram kalau si pencabut nyawa yang datang.
yang dah lama kita tahu nama dia.
si malaikat izrail.
tapi adakah si pencabut ini lebih seram atau si pembunuh lebih seram?
dua2 matlamat sama= nak bagi kita mati.
untuk jumpa Allah.
[bersediakah aku?]
3 ulasan:
bagaimana agaknya wajah malaikat izrail?
adakah ia mencabut nyawa kita dengan kejam atau perlahan2.
tapi yang pasti ia amat menyakitkan.
alamak aku ada dengar gak tempat keluar nyawa kat mana..ada yang kata lalu mulut..tgk keadaan orang tu..kalau banyak dose aku tak tau lak lalu mana ruh dia untuk berlepas menemui Allah
terima kasih fizah.
kalau dah nazak tu, rasa kita tak fikir dah roh keluar ikut mana.
sakitnye teramat kan.
mohon allah permudahkan
Catat Ulasan