Sabtu, April 11, 2009

perpisahan di portdickson

"kenangan manis di pelabuhan anak dick"

hehe.. poyo je ayat aku.
semalam, aku dengan senior aku gi portdickson (PD).
almaklumla, diorang ni nak grad.
sebagai tanda penghargaan, kami pun raikan dengan mereka.

PD ke teluk kemang.
aku tak pasti. sebab kami ke teluk kemang
tapi, tempat ni banyak tulis PD.
hmm.. tak kisahlah.
tak banyak yang menarik untuk dicerita.
sebab, aktiviti seperti biasa.
macam sukaneka, perkongsian, potong kek, bagi hadiah, mandi laut.
meskipun simple tapi seronok sangat.
hmm.. 
(apa aku nak kongsi ye?.. blurr)

hmm.. i know what to story =)
aku dapat rasa ukhuwah ini makin rapat dan mesra.
meskipun kami akan berpisah di PD, tapi tak bermakna berpisah selama2nya.
meskipun abg2 dan kakak2 tak sambung belajar lagi..
tapi ingatlah perpisahan ini, bukan dah tamat cerita.
tapi perpisahan ini akan disatukan semula di akhirat kelak.
terima kasih atas perkongsian ilmu bersama.
semoga ukhuwah ini berterusan.
manisnya ukhuwah bila kita sandarkan kerana Allah taala.
senyumku masih ke telinga.

[jom berukhuwah!! kerana Allah]

6 ulasan:

Unknown berkata...

ting tong..
teringat waktu balik hujan lebat.
abg juhan bawa macam nak terbalik van.. risau aku..lajuuuuuu

bintubillak berkata...

juhan bwk lju sebb robe' ade mjlis kul 9. erm lg satu pasal van kne pulang sebelum 9.30.

bintubillak berkata...

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga meskipun kita semua akan terpisah demi kasih-Nya. namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata.detik waktu yang berlalu menjadi memori kita semua.(actually lagu..ubah ckit je)
p/s: jgn lupakan kami dlm doa robe'. insya Allah kami juga takkan pernah lupe doakan adik2 kami.thanks sudi bersama2 kami di PD/teluk kemang?(mne2 jelah).

a berkata...

ukhwah lilah hi Taala~

Unknown berkata...

bintubillak:
hehe, no hal la.
memang kalau ada program, memang boleh je pegi, cuma kadang batasan masa je yang menhalang.

ooo.. maafla sebab buat akak dan abg2 rushing. patutla.. huhu.

aishahumairah berkata...

salam,
insyaAllah,doakn kami ya=)
semoga rabe' semakin maju n mntp..