sabtu lepas... aku menanti exam ari isnin.
nota aku belek2.
dengan tshirt putih yang nipis (takdelah jarang)
dengan seluar track biru.
hmm.. jam dah 8.40malam.
azan berkumandang dari surau perumahan aku.
hmm... solat lah dulu.
tapi, aku malaslah.
hmm.. setan kalau dah menghasut memang senang aku tewas.
oh.. no no no.
cukuplah, hal solat pun malas.
tak boleh jadi.
aku gagahkan kaki pergi ke surau.
tapi... takkan pakai baju camni je?
hmm.. seluar ni cam kureng je.
ah, pakai jela kain pelikat.
saja pakai 2 lapis. kain dengan seluar.
bukan takut terlondeh, tapi sebab kadang aku bila kat tempat cahaya, macam nampak bayangan bentuk kaki aku.
risau takut terdedah aurat.
sebab tu aku bila solat atau gi mana2 aku pakai 2 lapis.
lantakla orang nak gelak ke.
aku malas nak sarung baju melayu kuning.
sebab panas.
terus turun...
aku macam yakin gile.
malam sabtu, mesti ramai yang jadi tok imam.
terus datang dan solat sunat.
pakcik yang selalu kat surau, iqamah.
aku baru salam kanan.
pakcik pakcik semua tenung aku.
eh...
eh...
aku teringat baju aku.
aku terus hulur tangan. dengan bahasa "pakciklah"
pakcik terus hulur tangan kepada aku.
wah. bahasa isyarat yang aku faham.
kalau dah dua kali memang payah nak tolak lagi.
aku melangkah ke depan.
semua pakcik pakai baju melayu.
kain pelikat.
aku, tshirt putih tak berkolar.
mana pakcik yang selalu jadi imam?
takde pun.
segannya.
baru aku sedar, dengan pakcik2 aku malu, tapi dengan Allah aku tak malu pulak.
hmm...
aku taknak dah gi surau atau solat pakai baju cikai2, baju tidur.
tak hensem nak ngadap Allah.
hehe...
[macamlah aku hensem sangat. tapi syukur alhamdulillah dapat jugak aku jadi imam lagi kat surau tu]
7 ulasan:
hmm.. ada teguran / pandangan?
salam alayk,
Mmg betul yg kita ni rasa malu dgn org lain tp dgn Allah kita x sedar. Bila nak solat, tak beria pun nak siap mcm kalau kita nak keluar jumpa org. Ingatan untuk diri sendiri dan juga org lain. Alhamdulillah la kalau dh sedar.
terima kasih nadira.
sama2 kita meperingatkan diri.
SaLam..em bagus la nta tersedar awal..em bukan hanya kter nak berjalan je kene cantik..kene hensem..tp nak mengadap Allah pun kter kne lakukan yg sama..iatu kemas,cantik..em pasni..rajin2x la perkemaskan dri ..bukan tok berjalan-jalan jew tp tika nak solat pun same..chaiyok2x..=)
salam ukhwah..
hehe.. syukran syahadah.
seronok bila teringat, nak gi dinner beli baju mahal2.
tapi nak solat pakai baju recycle je.
except raya.
tulah paling mahal untuk solat sunat.
sama2..
salam robe'
kalo sume adik beradik llk aku bole fikir cam ko.ni tak, ayah ak je smart kain pelikat,baju melayu (jahit khas tau tuk ke msjd) siap wangi2 ag.adik beradik yg lain belum lg fikir mcm ni.moga2 dorg tgk ayah aku dgn akal dan hati.hee
mungkin belum tiba masanya untuk diorang buka minda, fikir.
tetapi hakikat, janganlah pakai yang teruk dan kotor.
tu memang dah tak sah solat.
bersama menjaga penampilan dan kekemasan diri. bukan untuk orang, tapi untuk yang di atas.
Catat Ulasan