Sabtu, April 25, 2009

kempen FOMCA tutup tv

“jom cakap pasal tv. Setuju tak tutup untuk seminggu?”

Ni pendapat aku yang telah tertangguh sejak kelmarin.
Tapi sebelum tu, Alhamdulillah aku dapat jawab exam untuk 4 paper pertama,
hmmm..betul salah tu, aku tak pasti.
Hanya doa saja yang dapat membantu aku.


Isu ni aku tak pasti bermula macam mana.
Tapi tuptup, dalam akhbar, dan berita.
Pelancaran kempen tutup tv seminggu anjuran FOMCA.
Setahu aku FOMCA ni persatuan pengguna. Betul tak?
Tujuan kempen ni, untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.

Bagi aku sebagai pelajar mahasiswa, yang sebelum ni duduk di asrama.
Aku tak tengok langsung pun tv.
Takde masa. Almaklumla, sibuk dengan belajar.
Cuma kadang, masa penting, macam berita, aku akan jenguk jugak kat bilik tv.
Tapi memang lumrah, bagi lelaki, tak tengok tv sangat.
Tapi yang pasti perempuan konpem akan tengok.Meskipun tv hanya satu di sebuah blok asrama.
Kalau tv di blok ni rosak, blok lain jadi kerumunan.
Kalau semua rosak, tv kafe la mangsa.
Hehe.. tul tak perempuan.
Terutama, kalau pelajar yang takde kelas jam 2-7 petang.
Mantaplah.

Tapi, sejak aku tak duduk dalam rumah, aku lah jadi mangsa.
Mangsa pengaruh tv.
Bukan aku yang buka, mak aku.
Perempuan jugakla.
Bila aku duduk di bilik, volume tv pulak kuat.
Uih… mana tahan..
Terpaksa juga angkat kaki dan buku, ngadap tv.Hehe.
Terpengaruh.
Memang kuat betul pengaruh tv ni.
Lagi2 cerita aqso dan madina.
(hehe… cerita tu menarik, kita bekongsi lenmasa)

Bebalik pada FOMCA.
Tutup seminggu tu bila?
Aku kurang jelas. Sebab kalau tutup seminggu masa cuti, munasabahlah.
Tapi kalau tutup tv seminggu masa kerja, tak munasabah.
Sebab??
Yela, budak2 pegi sekolah, suami gi keja.
Isteri? Nak tutup tv jugak ke?Sian mak2 kita, kebosanan.
Mesti bosan asik dengar mesin basuh berbunyi je..
Geduk gedak geduk gedang…
Kalau masa cuti dan perayaan aku amat setuju.
Tapi peruntukan masa, tidak wajar.
Sebab lebih baik, bukan sepanjang minggu.
Sebab… orang bergantung kepada berita di tv berbanding di akhbar.
Jadi kalau tutup seminggu, banyak benda kita tak tahu.
Dan tak patut kempen ni ditujukan kepada masyarakat.
Sebab, yang lebih efektif, FOMCA menyuruh stesen tv yang tutup siaran, pada masa2 tertentu.
Lebih adil dan berkesan, jika benar usaha ni nak diteruskan.
Sebab matlamat untuk mengeratkan silaturrahim keluarga amat baik.
Tapi banyak lagi cara lain.
Memang tv mengganggu hubungan keluarga sedikit sebanyak.
Tapi itu, sebenarnya terletak kepada kebijaksanaan ibu bapa untuk mengelakkan anaknya melekat dengan tv.
Jika ibu bapa yang sayang anaknya, dia takkan biar kebahagiaan keluarga diambil alih oleh kartun2 dan teenovela tv.
Sayangilah mereka dengan pelukan dan percutian bersama.
Jom!!

[ceewah… seronok la pulak. Aku terbayang, sejam tutup lampu haritu pun, tak semua buat. Apatah lagi, tv.. wah. Tapi tahniah FOMCA. Usaha yang bernas. Semoga semua buka minda bersama]

3 ulasan:

Unknown berkata...

bagaimana pandangan anda?

Tanpa Nama berkata...

tutup lampu hari tu memg best sgt.heheh..sy kat fakulti mlm tu,berusaha ni cari suis2 lampu kat sekitar fak bg gelap..kecuali,di tempat2 yg ade kapel2 'study'..do not allow them to bergelap,ok?

fomca ade kempen ni ke??ya allah..serius xpena denga lagi..dah lame xtgk tv,bace paper,surfing sume...ketinggalan zaman betul la sy ni..but,thanks k.keep up to date arrabe'..at least,ble bace kat sini.

Unknown berkata...

sama2 tanpa nama.
tapi dengar kata kat jepun dah pernah buat.
dunno..
macam tak berkesan.