Isnin, April 13, 2009

hantu exam datang lagi

"dah lali... macam kebal dah.. hehe"

siapa setuju ngan aku..
hampir muak aku dengan exam.
bape kali dah aku tempuhi exam. 

jom kita kire. 
sekolah rendah:
UPSR: sekali 6 tahun =1
periksa akhir: 6xakhir tahun= 6
periksa midsem: 6xtengah tahun=6
ujian bulanan: 2xsetahunx6tahun = 12
PTS: sekali 6tahun=1
jumlah: 26 kali dalam 6 tahun

sekolah menengah:
PMR: sekali
percubaan PMR: sekali
peperiksaan midsem: 3xtengah tahun =3
peperiksaan akhir: 2
bulanan: 3 kali setahunx3tahun=9
jumlah=16

SPM: sekali
percubaan: sekali
peperiksaan midsem: 2xtengah tahun =2
peperiksaan akhir: 1
bulanan: 3 kali setahunx2tahun=6
latih tubi:??
jumlah:11

matrikulasi:
periksa akhir sem= 2
mid sem= 2
muet=1
kuiz dll??
jumlah:5

ukm:
periksa midsem: setakat ni dah 4 sem aku lalui =4
periksa akhir: 3 nak masuk 4
jumlah: 8

oh ye, belum darab dengan paper.
UPSR ada 5 paper x 26 =130
PMR ada 9 paper x16=144
SPM ada 13 paper x11=143
matriks ada 4 paper x5=20
UKM satu sem ada 7 paper x8=56
jap, ambik kalkulator
jumlah semua exam aku ambil= 493paper.

wow...
dalam 14 tahun aku belajar, 493 paper aku dah hadapi.
tapi aku masih tak belajar dari kesilapan (last minit studi)
hmm...
kalau aku belajar kerana exam, memang aku akan jadi muak nak menghadapinya buat kali ke494.
dan rasa tensen je belaja2 ni..
baiklah aku berhenti belajar... kan??

tak sepatutnya kita berfikiran begitu.
kita belajar bukan untuk exam..
kita belajar bukan untuk puaskan hati makbapak kita je...
kita belajar bukan nak dapat 4pointer je..
pasti ada sebab kita belajar.
mungkin...untuk jadi pandai...??
pandai??
abis orang tak masuk universiti, bodoh???
tak2.. pandai ni subjektif. orang 4 pointer tak semestinya pandai.
kadang2 dia tak pandai dalam sesetengah perkara.
orang yang 4 pointer di FPI (pengajian islam) tak semestinya dia pandai di FST (sains)
dan sebaliknya.
jadi, kita belajar bukan untuk pandai.
sebab orang pandai pun kadang tak pandai jugak. kan??
jadi, apa sebenarnya aku belajar ni??
kenapalah Allah suruh muhammad iqra'??
kenapa Allah (tuhan kita) suruh kita belajar??
mesti ada sebab...
yang pasti bukan untuk kita belajar untuk exam.
yang pasti bukan untuk kita belajar untuk pandai.

yang pasti kita belajar untukNYA. belajar untuk beramal dengan ilmu yang kita dapat.
dan belajar untuk mengenal si DIA yang agung.
moga diikhlaskan hati menghadapi peperiksaan ini.
semoga aku tak takutkan exam lebih daripada aku takutkan engkau ya Rabb
aku akan menghadapi exam ni dengan tenang seboleh mungkin, agar aku tahu akan keesaanMU ya Rabb.

[amin]

6 ulasan:

Unknown berkata...

maaflah ada gambar hantu.. harap korang tak lemah smangat..

Recordnice Studio berkata...

tetapi exam masih mampu menghantui ku.

encik arrabe dimane skrg?

Tanpa Nama berkata...

wahaaa..dasat2...xkusangka kan..
arrabe ko lupe nak kire bp byk pen dan pensel kite da beli utk exam..
hikhikhik...
seyes!! mmg muak!!!
tp ilmu itu luas~

AFIQ zainal berkata...

pandai robe' ni...merobek persoalan mengenai peperiksaan kan..huhu...huhuh...apa2 pun...peperiksaan takkan lari dari kita...da keje nanti pun ade peperiksaan juge...pasti dan pasti...huhu..apa2pun tabah je yek...

aKiMaRu aRchMaL berkata...

wah rajin ko kire brape byk exam kte da tempuh..
tp rsenye ag byk dri tu la..
heheheehe
chayok2!!

Unknown berkata...

terima kasih kawan2.
yup.. peperiksaan takkan lari.
sama juga ujian Allah pun takkan lari.
tu yang orang kata jangan lari dari masalah. tak kira apapun berlaku, hadapinya juga kan?