Jumaat, April 17, 2009

apa itu sufi?

"aku bertemu seorang hamba Allah yang pelik"

aku di masjid UKM.
tengah aku berdiri tegak menanti iqamah maghrib.
datang seorang lelaki dekat dengan aku.
siapa yang gerakkan kaki tu?
aku jawablah "sistem saraf"
aku main sebut je masa tu sebab aku terkejut.
mana tak, tetiba je tegur orang.
pastu terus dia jawab "Allah"
sambil jari tunjuk ke atas.
dan dia berlalu pergi.
aku terpinga2. dan tersenyum.
subhanallah. ada jugak manusia seperti dia.
yela, tetiba datang dan peringatkan akan kuasa Allah.

dia berlalu arah kiri.
sekali dia datang arah kanan aku. eh, bila masa dia ada belah kanan?
was2.. pening aku.
dia bertanya ambil kursus apa..
aku cakap lah biologi tumbuhan.
dia kata lagi 
"baguslah, ilmu sains ni akan membuktikan cara2 ahli sufi.
mereka mengamalkan islam bukan setakat buat je..
tapi dihayati betul2 dan memahami"
aku tak jelas tentang sufi.
aku pernah dengar cerita, sufi boleh jalan atas air.
betul ke?
anda belajar tak tentang sufi?
plz.. sharing di sini.
teringin tahu.

[musykil]

4 ulasan:

Unknown berkata...

tolong ye.. terima kasih..

a berkata...

pernah dengar perkataan tassawuf?~

mior188 berkata...

antara amalan2 ahli sufi ni adalah berzikir..kalau anda join tarekat anda tau la ape yg ahli sufi selalu buat..kelebihan berzikir ni ada byk..berzikir utk mendekat kan diri kpd allah...berzikir ada byk tingakatan nye..syariat,tarekat,hakikat dan makrifat...paling tinggi adalah makrifat iaitu paling dekat dgn allah...sesiapa yg sudah mencapai ke tahap makrifat byk pintu hijab akan terbuka...maksud nya kelebihan yg allah akan beri pada org2 yg berzikir ni..contoh seperti jln atas air ke..dpt merawat org ke..mcm2 la...setakat itu sje lah yg sye tahu..

Unknown berkata...

tapi camne pn bukan kelebihan di dunia yang kita cari.. tkut ujub , riak, takbur yg dtg lak nnti..