Rabu, April 29, 2009

tiap2 hari mati

"tv3, tv1, ntv7... tiap2 hari.. mati mati mati.."

gusar hatiku ini.
setiap hari ada je kes bunuh.
kes bunuh bukan calang-calang bunuh.
bukan setakat bunuh diri.
bukan setakat terbunuh diri.
bukan setakat berbunuh-bunuh.
lebih kejam dari tu pun ada.
mati dirogol.
mati dibakar.
mati dibom.
mati dikerat-kerat.
mati mati dan mati.
huhu, kadang, macam tak logik je.
macam cerita drama filipina dan filem orang putih je.
tapi tu realiti.

sebab musabab bunuh?
hal biasa, dan ada juga yang sebab tak munasabah.
membunuh sebab berebut kekasih.
membunuh sebab ganggu tidur.
alahai...
seramnya aku..
tak kurang dengan yang mati sebab tak sengaja.
mati lemas
mati terjatuh
mati kemalangan
mati mati mati.

aku teringat dulu, masa tingkatan 2.
bila dengar kes bunuh, canny ong dll.
memang seram gila.
memang rasa kejam betul manusia.
tapi bila tiap2 hari keluar berita pasal mati...
dah bosan dan lali.
dan rasa seram dah takde dalam diri.
melainkan kalau aku tengok gambar mayat dengan darah (memang seram)
tapi kalau dengar berita, ah.. lantak lah.

kalian fikir camne?
macam dah muak kan?

tapi...

adakah ini takkan berlaku pada kita?
"mustahil lah berlaku pada kita"
hmm..setiap orang pasti ada musuh.
dan kita tak tahu siapa musuh kita.
apakah musuh kita mampu untuk bunuh kita?
tapi bila?
apakah kita akan mati dengan tragis?
hmm.. adakah berita kita akan masuk tv seperti orang lain yang mati?

oooooo000ooh.. seramnye.
sekeji2 mana musuh ( aka bakal pembunuh kita), 
seburuk2 muka dia sekalipun.
sebengis2 mana sekalipun bakal pembunuh kita.
...
lagi seram kalau si pencabut nyawa yang datang.
yang dah lama kita tahu nama dia.
si malaikat izrail.

tapi adakah si pencabut ini lebih seram atau si pembunuh lebih seram?
dua2 matlamat sama= nak bagi kita mati.
untuk jumpa Allah.

[bersediakah aku?]

Isnin, April 27, 2009

malunya jadi imam

"ini bukan kali pertama jadi imam. tapi kali ni aku malu"

sabtu lepas... aku menanti exam ari isnin.
nota aku belek2.
dengan tshirt putih yang nipis (takdelah jarang)
dengan seluar track biru.
hmm.. jam dah 8.40malam.
azan berkumandang dari surau perumahan aku.

hmm... solat lah dulu.
tapi, aku malaslah.
hmm.. setan kalau dah menghasut memang senang aku tewas.
oh.. no no no.
cukuplah, hal solat pun malas.
tak boleh jadi.
aku gagahkan kaki pergi ke surau.
tapi... takkan pakai baju camni je?
hmm.. seluar ni cam kureng je.
ah, pakai jela kain pelikat.
saja pakai 2 lapis. kain dengan seluar.
bukan takut terlondeh, tapi sebab kadang aku bila kat tempat cahaya, macam nampak bayangan bentuk kaki aku.
risau takut terdedah aurat.
sebab tu aku bila solat atau gi mana2 aku pakai 2 lapis.
lantakla orang nak gelak ke.
aku malas nak sarung baju melayu kuning.
sebab panas.
terus turun...

aku macam yakin gile.
malam sabtu, mesti ramai yang jadi tok imam.
terus datang dan solat sunat.
pakcik yang selalu kat surau, iqamah.
aku baru salam kanan.
pakcik pakcik semua tenung aku.
eh...
eh...
aku teringat baju aku.
aku terus hulur tangan. dengan bahasa "pakciklah"
pakcik terus hulur tangan kepada aku.
wah. bahasa isyarat yang aku faham.
kalau dah dua kali memang payah nak tolak lagi.
aku melangkah ke depan.
semua pakcik pakai baju melayu.
kain pelikat.
aku, tshirt putih tak berkolar.
mana pakcik yang selalu jadi imam?
takde pun.
segannya.

baru aku sedar, dengan pakcik2 aku malu, tapi dengan Allah aku tak malu pulak.
hmm...
aku taknak dah gi surau atau solat pakai baju cikai2, baju tidur.
tak hensem nak ngadap Allah.
hehe... 

[macamlah aku hensem sangat. tapi syukur alhamdulillah dapat jugak aku jadi imam lagi kat surau tu]

Sabtu, April 25, 2009

mereka keluar awal?

"tergaru-garu kepala aku... aduhai susahnya"

kejadian ni berlaku jumaat lepas.
jam 8.30 pagi.
terkebil2 mata aku.
soalan pertama, huh, pilihan I - lagu siti nurhaliza di radio.
terus aku capai pensil aku terus pangkah.
dengan yakin, aku gelak.
sekali aku tengok pilihan ABCDE...
semua pilihan I ada. Allahuakbar!
apa ni?
aku baca balik soalan, manakah antara berikut gangguan persekitaran.
aku tergelak sendiri. soalan satu pun dah salah.
mungkin lagu siti tu dipasang kuat.
wah.. hebat soalan U3 paper persekitaran dan kesihatan.
ada 60 soalan.
susah gak.
banyak fakta, yang mengelirukan.
aku waswas nak pilih.
tepat jam 9.01 minit.
seramai 6 pelajar kaum selain melayu keluar dulu.
fuh, laju gile..
jam 9.09 minit, masih ada lagi kaum bukan melayu keluar.
wah melampau. cepat gile..
makin tergaru2 kepala aku.
aku mula bersangka tak baik.
mesti diorang ada past year ni.
macam macam aku fikir.
tak puas hati. camne diorang leh keluar 30 minit je jawab.
padahal paper ni takleh bawak keluar.
hmm...

terlintas dalam minda aku lepas exam.
hmm... mungkin diorang pakat.
aku ambik page 1. ko koyak page 2..
ko ambik page 3.
nanti kita gabung. huhu..
jahat tul pemikiran aku masa tuh.
tapi aku perlu sedar, lantak koranglah nak cilok keluar paper.
datang kelas pun jarang. terpulanglah.
mungkin pointer je yang penting bagi diorang.
cukuplah dapat A.
ilmu tak dapat pun takpe.
yela u3. general knowledge.
biarlah. tak perlu cemburu arrabe'.
aku pun leh dapat A, meskipun susah. huhu.
insyaAllah, boleh la..

[kena bagi semangat kat hati, sebab aku takde awek. sape lagi nak bagi semangat, kalau tak diri sendiri. awek pun bukan leh pakai. huhu]

kempen FOMCA tutup tv

“jom cakap pasal tv. Setuju tak tutup untuk seminggu?”

Ni pendapat aku yang telah tertangguh sejak kelmarin.
Tapi sebelum tu, Alhamdulillah aku dapat jawab exam untuk 4 paper pertama,
hmmm..betul salah tu, aku tak pasti.
Hanya doa saja yang dapat membantu aku.


Isu ni aku tak pasti bermula macam mana.
Tapi tuptup, dalam akhbar, dan berita.
Pelancaran kempen tutup tv seminggu anjuran FOMCA.
Setahu aku FOMCA ni persatuan pengguna. Betul tak?
Tujuan kempen ni, untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.

Bagi aku sebagai pelajar mahasiswa, yang sebelum ni duduk di asrama.
Aku tak tengok langsung pun tv.
Takde masa. Almaklumla, sibuk dengan belajar.
Cuma kadang, masa penting, macam berita, aku akan jenguk jugak kat bilik tv.
Tapi memang lumrah, bagi lelaki, tak tengok tv sangat.
Tapi yang pasti perempuan konpem akan tengok.Meskipun tv hanya satu di sebuah blok asrama.
Kalau tv di blok ni rosak, blok lain jadi kerumunan.
Kalau semua rosak, tv kafe la mangsa.
Hehe.. tul tak perempuan.
Terutama, kalau pelajar yang takde kelas jam 2-7 petang.
Mantaplah.

Tapi, sejak aku tak duduk dalam rumah, aku lah jadi mangsa.
Mangsa pengaruh tv.
Bukan aku yang buka, mak aku.
Perempuan jugakla.
Bila aku duduk di bilik, volume tv pulak kuat.
Uih… mana tahan..
Terpaksa juga angkat kaki dan buku, ngadap tv.Hehe.
Terpengaruh.
Memang kuat betul pengaruh tv ni.
Lagi2 cerita aqso dan madina.
(hehe… cerita tu menarik, kita bekongsi lenmasa)

Bebalik pada FOMCA.
Tutup seminggu tu bila?
Aku kurang jelas. Sebab kalau tutup seminggu masa cuti, munasabahlah.
Tapi kalau tutup tv seminggu masa kerja, tak munasabah.
Sebab??
Yela, budak2 pegi sekolah, suami gi keja.
Isteri? Nak tutup tv jugak ke?Sian mak2 kita, kebosanan.
Mesti bosan asik dengar mesin basuh berbunyi je..
Geduk gedak geduk gedang…
Kalau masa cuti dan perayaan aku amat setuju.
Tapi peruntukan masa, tidak wajar.
Sebab lebih baik, bukan sepanjang minggu.
Sebab… orang bergantung kepada berita di tv berbanding di akhbar.
Jadi kalau tutup seminggu, banyak benda kita tak tahu.
Dan tak patut kempen ni ditujukan kepada masyarakat.
Sebab, yang lebih efektif, FOMCA menyuruh stesen tv yang tutup siaran, pada masa2 tertentu.
Lebih adil dan berkesan, jika benar usaha ni nak diteruskan.
Sebab matlamat untuk mengeratkan silaturrahim keluarga amat baik.
Tapi banyak lagi cara lain.
Memang tv mengganggu hubungan keluarga sedikit sebanyak.
Tapi itu, sebenarnya terletak kepada kebijaksanaan ibu bapa untuk mengelakkan anaknya melekat dengan tv.
Jika ibu bapa yang sayang anaknya, dia takkan biar kebahagiaan keluarga diambil alih oleh kartun2 dan teenovela tv.
Sayangilah mereka dengan pelukan dan percutian bersama.
Jom!!

[ceewah… seronok la pulak. Aku terbayang, sejam tutup lampu haritu pun, tak semua buat. Apatah lagi, tv.. wah. Tapi tahniah FOMCA. Usaha yang bernas. Semoga semua buka minda bersama]

Rabu, April 22, 2009

tutup tv?

"tak sempat nak ulas"

esok aku exam.. doakan aku.
dapat update sekejap je ni.
papepun, aku nak tanya kawan2.
ada baca surat kabar?
korang setuju ke?

sebab: nak eratkan keluarga.

Isnin, April 20, 2009

experimental design exam

"syukur. alhamdulillah"

halangan perang aku yang pertama sudah aku tempuhi.
syukur aku dapat tembak, hampir 80 tembakan mengena.
tapi aku tak pastilah, musuh aku tu mati atau tidak.
harap mati.
tapi ada 20 tu aku tembak2 tapi tak kena.
risau aku.
harap2 kena.

syukur, ini kali pertama kot aku rasa puas jawab exam
mesipun aku tak pasti betul atau tidak.
tapi aku rasa, berbaloi dengan usahaku.
tapi... apakah aku bakal lepasi halangan seterusnya.
rabu ni jawapannya.
anda bagaimana??
mea, kau ok??

[lepas usaha sungguh2, kita jawab periksa, pastu, tawakal, dan buat juga solat hajat, moga2 terbuka hati pemeriksa bagi markah lebih.]

Ahad, April 19, 2009

beli buku apa??

"aku masih rushing..."

tak sempat nak tulis panjang.
tapi macam aku janji semalam, nak cerita pasal pesta buku.
memang pengalaman menarik.
sebab aku kena bawak keta gi kl.
aku rela hati setuju.
bawak jela.
sampai tol kajang. aku terstop lepas ambik tiket.
berapi aku. 
bape kali aku start. tak mau gerak.
memang merah padam aku.
bapak aku da kumat kamit.
umi pulak asyik tanya, kereta rosak ke..??
aku takut je orang belakang hon.
tapi syukur dia baik dan paham.
meskipun aku dah lesen penuh.
memang aku terus bad mood..

sesampai sana, kena solat asar dulu.
sebab hati aku tak tenang.
syukur, hati kembali ceria.
tak banyak nak cite.
sebab pesta buku kali ni kecik je.
dan ntah, macam malap.
dan penjual tak banyak sangat.
lagipun aku tak banyak masa.
2 jam je aku kat sana.
aku banyak gak beli buku
dalam 12 buku.
kebanyakan buku pasal tokoh islam.
dan juga buku harun yahya.
-buku micheal hart tentang 100 tokoh berpengaruh (hidayah)
-buku abdul latip talib: novel sultan fateh, salehudin ayubi, dan umar khatab (PTS)
-buku umar abd aziz (samara, hidayah)
-buku harun yahya (saba islamic)
-buku tumbuhan liar (utusan)
banyak lagi nak beli.. tapi duit habis.
duit belanja aku untuk bulan ni dan bulan depan habis.
kena jimat gile ni.
huhu..
aku akan baca buku ni lepas exam. 
mesti !!

[korang dah pergi??]

Sabtu, April 18, 2009

pwtc.. aku datang

"rushing..."

aku nak gi petang ni. sabtu. arinilah.
nanti aku kongsi cerita.
dengan berbekal RM150 je.
harap duit tu bertambah.. hehe.

ada buku best?
mesej asap.
0122517488
nama buku dan terbitan mana...

[jom jumpa petang ni di pesta buku]

Jumaat, April 17, 2009

apa itu sufi?

"aku bertemu seorang hamba Allah yang pelik"

aku di masjid UKM.
tengah aku berdiri tegak menanti iqamah maghrib.
datang seorang lelaki dekat dengan aku.
siapa yang gerakkan kaki tu?
aku jawablah "sistem saraf"
aku main sebut je masa tu sebab aku terkejut.
mana tak, tetiba je tegur orang.
pastu terus dia jawab "Allah"
sambil jari tunjuk ke atas.
dan dia berlalu pergi.
aku terpinga2. dan tersenyum.
subhanallah. ada jugak manusia seperti dia.
yela, tetiba datang dan peringatkan akan kuasa Allah.

dia berlalu arah kiri.
sekali dia datang arah kanan aku. eh, bila masa dia ada belah kanan?
was2.. pening aku.
dia bertanya ambil kursus apa..
aku cakap lah biologi tumbuhan.
dia kata lagi 
"baguslah, ilmu sains ni akan membuktikan cara2 ahli sufi.
mereka mengamalkan islam bukan setakat buat je..
tapi dihayati betul2 dan memahami"
aku tak jelas tentang sufi.
aku pernah dengar cerita, sufi boleh jalan atas air.
betul ke?
anda belajar tak tentang sufi?
plz.. sharing di sini.
teringin tahu.

[musykil]

Khamis, April 16, 2009

pengajaran kisah2 nabi

"masa bercerita kisah nabi pulak"

ceewah.. macam atuk lak nak bercerita..
baiklah cu cu sekalian.
atuk nak cerita.
atuk nak tanya, nabi ada berapa?
25? 313? jawapannya beratus2 ribu.
wah.. banyak gile...
"kenapa Allah utus banyak sangat tuk??"
la, kan bumi ni usianya lama, lagi tua dari atuk..
jadi mestilah banyak generasi sebelum atuk..
pastilah dari beribu2 tahun manusia hidup dimuka bumi ni
pasti jugalah dah bebilion2 manusia.
jadi tak munasabah kan cu nabi beribu2.
bermula dengan adam dan hawa.
maka lahir generasi kedua, sampailah kita ke generasi yang ke 60,000?? yeke?

rasul berapa pulak?
313.. yang wajib diketahui??
25.. cuba cu sebutkan..
adam........ibrahim...........muhammad.
ye betul tu cu, nah gula2.
sayang cucu atuk.
rasul ni tugas dia menerima wahyu dari Allah dan menyebarkan kepada umatnya.
macam muhammad saw, membimbing masyarakat arab jahiliyah ke jalan yang benar.
alhamdulillah, islam tu sekarang tersebar ke seluruh alam.
meskipun ada yang degil dan kufur.

"atuk, kenapa diorang ni degil tuk?"
degil sebab Allah dah utus nabi terakhir.
siap dah bagi AlQ untuk rujukan.
tak cukup lagi, ditambah dengan sunnah nabi.
dah banyak buku dan internet gtaw pasal islam.
masih tak paham.
masih taknak mentauhidkan Allah.
mungkin dia percaya Allah tu ada.
tapi dia taknak mengikut suruhan Allah (ibadah dalam Islam)
kan sama dengan menolak Allah.
percaya Allah = ikut suruhannya
percaya Allah tapi taknak ikut suruhan = tak percaya Allah.

"pening ah tok, jap, nak ambik panadol"
aduh2.. maaf ye cu..
ha, teringat atuk, moyang kamu cite kat atuk.
contoh cu nak tulis surat cinta kat awek.
cu minta atok sampaikan surat tu pada awek tu.
sekali, awek tu tak percaya cu yang tulis surat ni.
ditolak surat yang atuk bagi.
samalah juga ertinya dia tak percaya dengan cu.
sebab cu salah pilih orang untuk hantar surat.
pilihlah yang hensem dari atuk untuk hantar surat.
tul tak??
surat tu ditolak = dia tak percaya dengan cu.
surat tu umpama islam
atuk dianalogikan rasul terakhir
adakah Allah tersalah pilih muhammad saw untuk hantar risalah islam??
yakin tak Allah tu ada??

huhu..
"baru paham tuk."
"atuk, homoseks dosa tak??"
"atuk, sembah berhala boleh tak?"
kenapa cu tanya? ish3..
"yela, sebab ramai je yang buat"
ok... 
bebalik pada atuk nak cite tadi.
kisah2 nabi kan..
sebelum tu, atuk nak tanya,
untuk apa kita belajar sejarah??
"untuk kita ambil iktibar dan tak ulangi benda sama"
betul tu cu..
sama lah dengan kisah2 nabi.
sebab ni bukan dongeng rekaan atuk..
ini sejarah dan ada bukti.
pernah dengar kisah nabi lut?
umatnya homoseks.. kan?
nabi lut? homoseks tak?
of coz la tak kan??
sebab dia tu utusan Allah.
utusan Allah datang untuk betulkan benda yang terpesong.
tapi umat Lut taknak dengar.. 
jadi Allah murka dan terbalikkan bumi nabi Lut.
fuiyoo... andaikan kita duduk di malaysia.
semua homoseksual.
bayangkan bumi malaysia diangkat, dan diterbalikkan.
macam roti canai yang diterbalik2kan.
of coz mati penyek lumat si kaum lut.
jadi Allah suka tak homoseks??
ke, cu nak tunggu malaysia diterbalikkan??

berhala?? pernah tengok umat nabi musa kot yang menyembah Samiri.
lembu emas. ukiran diorang sendiri.
boleh tak sembah??
bukankah Allah juga menurunkan bala pada mereka?
mana boleh menyamakan Allah dengan patung.
faham tak? 
"tak..."
eh, muka cu macam beruk la..
ada bulu, hidung besar dan bibir besar.
cu suka tak orang kata cu beruk besar?
"mana suka!!! buruk benor!"
okla, macam brad pitt??
"suka2.. hensem apa"
perasan betul budak ni...
tapi cu, ada ke makhluk yang lebih cantik dari Allah untuk kita seumpamakan??
cu jawabla sendiri ye?
dah atuk nak gi keje..
assalamualikum...

[seronoklak cite camni.. seronok sebab aku terbayang ada cucu..]

Rabu, April 15, 2009

jangan lemah !

"exam...exam datang."

andaikan kita di medan perang.
kita di tanah Gaza.
akhir tahun lepas.
muhammad Arrabe' berada di bumi Gaza.
dibelakangku rumahku.
di dalamnya mak aku.
ayahku di sempadan. 
mengawal kemaraan tentera Israel.
jadi, aku je kena lindungi mak aku.
hanya ada sebatang senapang, tergantung didinding rumah.
pelurunya ada. tapi aku tak reti pakai.
aku pernah belajar dulu, tapi aku lupa.
dan aku gugup.
aku dengar bunyi dentuman di merata2..
suara jeritan orang sana sini.
aku melihat sahabat2ku, sedang membawa senjata.
ada yang cuba menembak ke udara.
ada juga yang lari masuk rumah, dan berselimut.
aku tak tahu nak buat apa..
tercegat di depan pintu.
helikopter apachi datang melintasi rumah aku..
bom dilepas, 1km dibelakang aku.
hatiku berdentum, bila giliran aku dibom...
apa aku perlu buat??
aku dilemma..
aku lemah.. aku tak reti..
aku lihat ada sahabatku mati..
ada juga sahabatku asyik menangis...
aku??
mak aku asyik berdoa.
bagaimana ni??

bayangkan perkara dibawah: 
medan perang = bulan exam
tentera israel = paper exam
senapang= buku
sahabatku = kawanku sama course

jom bayangkan cerita tadi:(aku paste dan ubah)
andaikan kita di bulan exam.
kita di Malaysia.
pada masa sekarang.
muhammad Arrabe' berada di bulan exam.
dibelakangku rumahku.
di dalamnya mak aku.
ayahku di tempat kerja. sibuk mencari nafkah keluarga.
jadi, aku adalah harapan mak aku.
hanya buku, ada tersusun atas meja.
notanya ada. tapi aku takfaham.
aku pernah belajar dulu, tapi aku lupa.
dan aku gugup.
aku banyak dengar tips2 exam..
suara orang mengeluh dimerata2.
aku melihat sahabat2ku, ada yang ulang alik ke library.
ada yang menghafal dan membuat latihan.
ada juga yang main game, dan berselimut tidur dengan lena.
aku tak tahu nak buat apa..
tercegat di depan buku2.
paper exam sekarang melanda kat universiti2 lain..
ada juga kawan2 di u lain yang dah cuti.
hatiku berdentum, bila la nak habis exam ni
apa aku perlu buat??
aku dilemma..
aku lemah.. aku tak faham studi ni..
aku lihat ada sahabatku gembira dapat exam yang baik..
ada juga sahabatku asyik menangis sebab susah...
aku??
mak aku asyik berdoa untuk kejayaan ku.
bagaimana ni??

salam sahabat2..
aku saje je buat cerita camni..
sebab ada sorang adik aku ni, cakap dia lemah.
adikku...
anggaplah kita di medan peperangan.
apakah kita boleh berselimut lagi.
takut, takut dan takut...
apakah bom mengenal erti takut?
exam akan terus datang.
apakah kita sudah mahirkan penggunaan senjata?
persediaan kita dah cukup ke?
jangan lemah dik.
kita masih ada masa untuk melengkapkan senjata kita.
kita kena bergerak lebih pantas.
jangan leka dah!
sebab helikopter apachi terus mara.
andai kita berselubung.. habis lah..
jangan lemah dik.

[bacalah banner kat atas tu.]

setiap hari, hatiku bercerita

"makin seronok menulis"

aku sering kali kata, sehari mesti tulis satu cerita.
cerita untuk blog ini.
mampukah?
alhamdulillah sekarang ni aku mampu.
mungkin sebab studi week.
tetapi... hari2 lain? mampukah?
hmm...

ceritaku bukan cerita kosong.
ceritaku bukan setakat dari mulutku..
ceritaku bukan copy paste dari blog2 orang lain.
aku cuba sedaya mungkin untuk bercerita dari dalam diri aku sendiri.
aku cuba...
ceritaku ni aku cuba selarikan dengan suara hati aku.
aku cuba berkongsi apa yang aku tahu.
aku cuba berkongsi apa yang aku alami
aku cuba berkongsi suara hatiku.

mampukah aku setiap hari satu cerita?
mampu atau tidak?
hmm...

apa manfaatnya aku bercerita ni?
ada kawan aku cakap "lantak la aku nak tulis apa, blog aku"
aku taknak jadi sepertinya.
meskipun ni blog aku, aku taknak aku cakap sorang diri.
sedangkan ramai yang tak setuju dengan cara kita.
betul tak?

"hmm.. skang, aku tahu apa aku nak dengan blog ni!"

baiklah sahabat2ku, 
bagi aku, blog ini bukan untuk aku sorang.
bukan untuk tontonan dan bacaan je.
tapi aku mengharap kita dapat berkongsi suara hati.
suara hatiku akan bercerita...
dan kalian membaca juga dengan suara hati kalian.
insyaAllah... hati2 kita akan melafazkan sesuatu.
dengan memberi rangsangan tertentu secara tersendiri tanpa kita sedari. 
rangsangan tu akan terzahir bila anda memaklum balas ceritaku di blog atau di luar.
tika itu, aku akan menghargainya.

suara hati ni kadang malu untuk dizahirkan.
meskipun kadang kita tak pernah bertemu..
tapi hati ini akan mengikat kita.
meskipun kadang kita jarang bertemu..
tapi hati ini akan terasa bersama kalian.
sebab aku tahu kalian bersama aku.
inilah ukhuwah hati yang diikat kerana Allah.

jadi, sebagai penghargaan..
kepada hatiku ini dan ukhuwah hati2 yang membaca blogku ini.
aku berdoa kepada Allah, aku dilapangkan masa untuk berkongsi cerita.
aku berdoa juga, agar kalian akan dapat sesuatu daripada ceritaku.
aku juga berdoa, agar hati2 kita semua diikatkan dan disatukan kerana Allah.

[moga Allah memberkati kita semua =)]