- kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak.Janganlah terasa ye.
- kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah.bersabarlah dan ingatkan penulis.
- digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
- maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
- semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
- ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai).jadikanlah ia untuk keuntungan bersama(nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com
Koleksi Al-Kisah Hanzalah
ep.1: gegak {klik sini}
ep.2: gesa-gesa
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa memberi keredupan kepada Hanzalah. Pipi Hanzalah terasa lembut seperti dibelai-belai manja. Hanzalah merenung langit dengan dongakan 50 darjah, mata menyaksikan langit yang biru bertukar kepada warna oren. Inilah dikatakan senja. Teringat seketika akan usia cikgunya yang hampir senja. Masih kuat dan lantang menyanyikan lagu Search. Hanzalah tidak mampu untuk menghalang gelagat cikgu yang semakin lupa diri dengan nyanyiannya. Cikgu Farid datang dengan keadaan tergesa-gesa. Kakinya melangkah dengan laju menuju ke arah Hanzalah. Hanzalah hendak memberikan lafaz salam.
“Assalamualaikum Hanzalah. Dah habis guna dewan?” Cikgu Farid memintas.
“Waalaikumussalam cikgu. Oh, sudah. Tetapi Cikgu Suzana masih menyanyi di dalam.”
“cikgu nak cepat ni, terlupa hari dah senja. Anak cikgu yang kecil tunggu di sekolah rendah.”
“oh.. takpe cikgu. Nanti saya tutupkan semua PA sistem dan kunci semua pintu dewan.” Hanzalah cuba membantu.
“Alhamdulillah, kalau begitu cikgu balik dulu ye. Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam” sambil Hanzalah bersalam mencium tangan Cikgu Farid.
Laju kaki Cikgu Farid melangkah menuju ke kereta Proton Saga yang berwarna merah itu. Cikgu Farid adalah cikgu yang sangat amanah dalam tugasnya. Beliau juga ditugaskan menjaga dewan dan PA sistem. Setakat ini, penjagaannya sangat baik dan tidak pernah rosak alat PA sistem dewan. Apatah lagi, dewan SMKBBW adalah dewan yang terlengkap di antara dewan sekolah di Daerah Wangi ini.
bersambung....{klik sini}
Tiada ulasan:
Catat Ulasan