Jumaat, Jun 17, 2011

novel realiti: anakku brain tumour

membaca buku ini tak boleh nak kritik sangat.
sebab ia bukan novel imaginasi.
tetapi ia novel realiti.
kenapa novel realiti tak boleh nak kritik?
sebab kalau kita kritik, kita seolah-olah mengkritik Allah.
maksud aku, novel realiti adalah cerita pengalaman benar penulis.
oleh itu, pengalaman itu adalah sesuatu yang telah ditempuh oleh penulis.
dan pastinya konflik dalam novel realiti adalah aturan Allah.
dan kalau kita kritik, pastinya kita menyalahkan aturan Allah pada penulis ini.
betul tak, kawan2?

anakku brain tumour adalah sebuah novel realiti.
penulisnya Isyah Radhiah Idris, seorang isteri yang sangat tabah.
suami Che Amran (kumpulan Raihan) yang sentiasa sibuk menyebarkan dakwah telah memberi kekuatan kepada isterinya.
aku kagum akan kisah pengalaman kak Isyah.
aturan Allah sangat cantik dalam penceritaannya.
aku yakin segala penceritaan pasti ada yang tersembunyi dan ada yang dirahsiakan.
aku akur, kerana cerita realiti ini jangan sangat mendedahkan aib orang lain.
sewajarnya ia dirahsiakan, aku hormati penulisan kak Isyah.
banyak pengajaran dan tips yang kak Isyah selitkan.
semoga kawan2 turut mengambil peluang untuk membacanya.
dan hayatilah sedikit daripada pengaturan Allah yang cukup indah.
antaranya:
1. pertemuan yang tak disangka.
2. saluran kewangan yang tidak diminta.
3. doa yang makbul segera
4. teguran Allah buat yang leka.

teruja aku membaca novel realiti.
sebab aku tidak terasa benci dengan pengarah novel ini (Allah) dengan konflik yang timbul.
aku terasa novel yang ringkas ini, sangat adil dan cantik plot penceritaannya.
susah nak cerita. anda bacalah sendiri.
apa kata aku pula menulis novel realiti..?
hmm.. tetapi sebelum tu aku nak mencari lagi novel realiti yang penuh Islami ....

p/s: kisah Nabi Muhammad SAW pun merupakan novel realiti yang sangat cantik kisahnya. wah.... teruja! alhamdulillah ya Allah.

1 ulasan:

ticher ina berkata...

ada 2 buah novel yang realiti..
bukan rekaan..
sedih..
tapi dah lama publish..
tajuk die..

"zuriat"

dan

"permata hatiku"

best baca....