rasa sedih sangat bila tak dapat istiqamah menulis blog.
maaf sahabat2 yang rajin update blog ini meskipun tak komen sepatah kata (sedih~)
jangan sedih2, bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan kena gembira dan berbuat amal kebajikan yang berlipat ganda.
sebab ketiga-tiga bulan ini banyak pengajaran dan didikan untuk kita.
teringatlah pagi semalam (29 Jun 2011) bersamaan dengan 27 Rejab - Isra' Mikraj.
Tanyalah Ustaz membicarakan tentang Isra' Mikraj dan Wanita.
hmm.. Wanita???
yup. Ustaz Hassan Din nak fokus Wanita dulu.
jadi nak berkongsi sedikit ilmu yang aku dapat daripada Ust Hassan Din di TV9.
kat bawah ni sebenarnya, aku kongsi balik dengan sahabat2 chat di Facebook.
...............
semasa perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menaiki Buraq, terdapat seorang wanita cantik yang memanggil2 nabi Muhammad SAW. Nabi pun bertanya kepada Malaikat Jibril, siapakah perempuan itu?
ustaz hassan din menyambung lagi, Jibril tak menjawab soalan nabi. perempuan cantik itu memanggil2 lagi, nabi bertanya lagi kepada Jibril. Jibril terus senyap.. berkali kali perempuan tu panggil Nabi... siapakah perempuan itu??
bila perempuan tu tak kelihatan, barulah Jibril menjawab. itu adalah Iblis yang menyamar jadi perempuan cantik. pertanyaan nabi muhammad itu telah menyebabkan 1/3 umat islam rosak oleh iblis. dan mujurlah nabi tak menyahut panggilan perempuan itu, jika tak maka hancurlah seluruh umat islam. [menurut ustaz hassan din] ini baru kisah di awalan isra' tentang wanita... ada lagi. nak dengar??
di pertengahan kisah nabi isra' mikraj [semasa di syurga - dah mikraj naik ke langit] Nabi dibawa masuk ke syurga. dan ditinjau neraka {tak masuk dalam neraka}. Rasulullah dibayangkan neraka bakal dipenuhi (kebanyakannya) wanita. kenapa ye wanita banyak di neraka?? cube teka..?
banyak kisah wanita dalam isra' makraj ni. tapi yang ust hassan din 3 cerita ni je...
last cerita ust hassan din.
{semasa perjalanan pulang nabi}... nabi terbau wangian yang sangat Wangi ~~~ wangi gile3...
Jibril pun menjawab soalan Nabi, bahawa wangian itu datangnya daripada kubur (tidak bernama) yang mempertahankan akidah dia. suami dan anak2 mati dibunu. kuburnya di mesir. padahal nabi dalam perjalanan pulang jauh dari mesir.
Mashitah bukan nama dia! {mashitah = ialah tukang sikat}
...........................
jadi kat sini, di awal perjalanan - [Allah nak tunjukkan bahawa iblis menggunakan perempuan2 cantik untuk tujuan kejahatan] AWAS lah.. sebab tu Allah sangat menjaga aurat wanita ni. nak elak wanita dikuasai iblis.
di pertengahan perjalanan - [kenapa perempuan banyak di api neraka? ulama membahaskan. 1. li'an = mengumpat. 2. mengingkari perintah suami. 2 sebab ini penyumbang besar wanita ke neraka.] tapi jangan fikir nyesal jadi wanita! sebab suami pun kena bertanggungjawab terhadap wanita (isteri) setelah lafaz nikah untuk mendidik isteri. hah. AWAS juga laki.. ~~
di akhir perjalanan - [mulianya wanita kerana menjaga akidah diri. dalam konteks zaman sekarang, mulianya wanita kerana menjaga kehormatan diri] fuh.... sangat terkesan lah. meskipun aku bukan wanita. harini ada lagi perbahasan, tapi tak tengok tadi..
4 ulasan:
Thumbs up .. Thanks sbb share. Mengingatkan yang terlupa.
sama2 ainzoo. buat diri ini juga.
Assalammualaikum...erm..sgt terkesan di hati yg sedang lalai...Allah sentiasa menjaga maruah sseorg yang sentiasa menjaga maruah dirinya...InsyaAllah...ala kulli hal...moga dgn peringatan ini mampu membawa kite bersama-sama mencari redha Allah...masih jual solusi lagi???-tetamu yg x diundang-
Waalaikumussalam tanpa nama:
amiin.. insyaALlah sentiasa berusaha mencari redha Allah.
jual lagi. nak ke? boleh e-mail kalau nak - aliflamrabayaain@gmail.com
(tapi buat masa 3 bulan ni, limit kawasan, jual kat UKM je.)
Catat Ulasan