Jumaat, Jun 17, 2011

dunia semakin berubah

dunia semakin berubah.
daripada sudut cuaca, politik, pemikiran dan sahsiah.
semuanya hampir berubah.
bibit-bibit kehancuran tamadun manusia.
cuaca yang terkait dengan pemanasan global.
politik yang penuh dengki dan fitnah.
pemikiran yang bercelaru dan keliru.
sahsiah yang jatuh nilai moralnya.

dunia semakin berubah.
apabila aurat wanita dijadi pelaris.
maruah itu tidak difahami erti.
hilang makna lontaran kata-kata.
Islam menjadi fobia di negara Islam.
seolah Islam menyekat segala-galanya.
peraturan Islam menghalang imaginasi.
Islam kolot dan jijik untuk dipegang dan diamal.
Islam asing di kalangan umatnya sendiri.

dunia semakin berubah.
aku tidak mahu terikut berubah.
biarlah aku kelihatan asing.
asalkan islam memagari diri.
terus tersemat di dalam hati.
amiin.......

Tiada ulasan: