setiap detik dan masa yang sedang dilalui adalah untuk kita manfaatkan. sentiasalah mencari peluang dan ruang untuk menambah bakti diri. paling mudah, amalkan senyuman di wajah, pasti tersinggah di mata, lantas, ternukil di hati.
Khamis, Jun 09, 2011
asyik terpandang doa
aku pernah mendengar cerita daripada seorang guru.
kalau tak salah Prof Emer. Dato' Dr. Abdul Latiff, pensyarah aku.
setiap kali kelas pasti beliau bercerita. tak terlepas cerita tentang negeri dia.
Kelantan, dia kata bila bawa kereta masuk je sempadan negeri Kelantan, terasa tenang.
aku terhibur dengan ceritanya.
antara yang dia cerita sepanjang jalan ada diletakkan kalimah zikir.
subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.
hmmm...
yeke? aku tak pernah pergi Kelantan.
tapi pastilah bila kita lalu jalan itu pastilah mata terlihat sekilas.
betul tak?
kita tak perlu baca, sebab kalimah tu kita dah biasa tengok.
malah tak perlu nak eja pun.
sekali tengok pasti dah terdetik di hati akan perkataan itu.
betul tak?
sekaligus, bila kita terlihat, kita akan berzikir sepanjang perjalanan.
ataupun, kadang bila terleka, bila tengok tanda tu, mengingatkan kita untuk berzikir pada Allah.
itu pandangan aku, tak pasti pandangan anda bagaimana.
kadang dalam bilik, aku termenung.
termenung untuk fikir idea, bosan, menunggu mata tidur, berangan dan lain2.
apa yang kita menungkan?
pernah tak kita rasa nak isi sesuatu di dalam menung kita itu?
hah, tips hari ini!
aku tulis doa ringkas dalam bahasa melayu di papan tulis di bilikku.
aku tulis cantik-cantik.
dan di cermin pun aku tulis doa elak bala dan elak penyakit.
ada juga aku tampal di dinding, kata2 nasihat dan doa.
hmmm...
asyik2 terpandang doa.
mungkin sekilas pandang, termasuk dalam hati untuk berdoa seperti yang tertulis.
selamat mencuba!
p/s: doa lepas solat juga jangan dilupakan ye. panjang2kan doa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan