Jumaat, Jun 10, 2011

tersedar daripada cinta manusia


Hari ini aku melihat bagaimana Lien sedar akan kesilapannya yang lalu.
dia melihat kesilapannya melalui perlakuan dua insan yang menjijikkan.
Lien sedar betapa Allah telah memberi satu kesedaran baginya.
jika dia jijik melihat dua insan itu, pasti lagi jijik bila dia juga melakukan kesilapan yang sama.
Aisyah dan Syamsul yang duduk berdua-duaan sambil berbual manja di kafetaria.
mengingatkan pada hubungan 'couple' Lien dengan Malik.

"siapa Malik untuk aku dambakan melebihi Penciptanya sendiri? Bodohnya aku. penciptanya lagi hebat daripada Malik. Dia ciptakan aku.Dia yang sepatutnya lebih layak dicintai. Dia lebih berhak didambakan. Dia lebih agung dirindui. Oh Allah, hadirkan cintaku untukMu."

muka surat 344 dalam novel Tautan Hati.
tulisan Fatimah Syarha dan terbitan Telaga Biru.
masih berbaik 420 muka surat untuk aku baca.
agak lambat bagiku membaca setelah hampir sebulan aku mencuba menghabiskan.
peringkat awal, beranggapan novel ini sangat membosankan kerana banyak penghayatan kisah wanita.
namun, ada sebab aku teruskan membaca novel ini.
terselit bentuk dakwah dan cara dakwah yang hikmah.
meskipun ini imaginasi penulis, namun bagiku, buat mereka yang ingin mencuba menjadi da'ie, cubalah membaca.
meskipun ia novel tidak sehebat buku teks dakwah, namun sebagai bayangan realiti, sila lah.

2 ulasan:

amalina wahida berkata...

sy dh habis baca buku tu.. =)
*buku tu bagi banyak motivasi sebenarnya..*

Unknown berkata...

amalina:
huh. hebat2.
saya cuba habiskan jugak!