Jumaat, Januari 21, 2011

Al-Kisah Hanzalah ep.1: gegak

Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:
  1. kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak.Janganlah terasa ye.
  2. kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah.bersabarlah dan ingatkan penulis.
  3. digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
  4. maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
  5. semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
  6. ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai).jadikanlah ia untuk keuntungan bersama(nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com
Koleksi Al-Kisah Fatih
klik - episod 5: pertemuan


Al-Kisah Hanzalah ep.1: gegak

Mikrofon digenggam erat. Bergegar suaranya dalam dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baharu Wangi (SMKBBW). Di kala senja ini, burung gagak yang menghuni pokok di sepanjang laluan pejalan kaki sebelah kanan dewan, telah berterbangan lari. Agaknya, mencari ketenangan di sebalik kebingitan suara cikgu itu. Hanzalah hanya mampu menutupkan telinganya dengan kedua belah tangannya. Mengharapkan telinganya tidak pekak akibat kedahsyatan lagu kumpulan penyanyi Search itu. Namun, telinganya masih berdesing sakit, lantas, kaki yang dua menyalur langkah keluar daripada dewan besar sekolah. Jam terus menunjukkan hampir jam 7.00 petang. Maghrib yang bakal menjelang lagi 30 minit, masih tidak dihiraukan cikgu itu. Beliau terus-menerus disokong oleh dua orang anak muridnya yang turut rancak berpura-pura menyanyi bersama cikgunya di situ.


Hanzalah yang masih menutup telinga di luar dewan besar mundar-mandir. Parkir kereta guru-guru sesi petang semakin kurang semenjak 6.45 petang tadi. Pelajar tingkatan 1 dan 2, semuanya sudah berjalan kaki ke hadapan sekolah rendah untuk menunggu ibu bapa dan bas datang menjemput. Seorang pengawal keselamatan masih sedia menunggu di pondoknya yang kayu. Entah apa yang dimenungkan pengawal itu? Hanzalah bimbang akan kadar desibel yang tinggi daripada bunyi itu mampu untuk merosakkan pembesar suara (speaker) dewan. Lusa, menjelang sambutan hari guru, pastilah Hanzalah sebagai ketua sambutan mengharapkan yang terbaik daripada dewan ini. Semoga speaker besar dewan tidak terputus wayar dan rosak gegendangnya sebelum hari sambutan.


bersambung.... klik sini episod 2

Tiada ulasan: