Selasa, September 28, 2010

Al-Kisah Fatih ep.3

Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:

  1. kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak. Janganlah terasa ye.
  2. kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah paling lama seminggu akan dikemaskini. bersabarlah dan ingatkan penulis.
  3. digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
  4. maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
  5. semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
  6. ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai). jadikanlah ia untuk keuntungan bersama (nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com

Al-Kisah Fatih ep.3

Kehausan tekak Fatih kian terasa. Jarum jam tangan Fatih menunjukkan pada nombor 6 dan jarum minit pada nombor 4, masih berbaki 9 minit dan 45 saat untuk bertemu di kaunter informasi. Pertemuan yang sangat dinantikan sejak dua tahun yang lalu. Tangan kiri ingin mencapai kembali novel ‘Tersungkur di Pintu Disko’ karya Nor Atiqah Ghazali, namun, hatinya masih tidak tenteram dengan situasi Noraini yang semakin berpakaian seksi untuk melayan nafsu lelaki. Fatih tidak mahu merosakkan pertemuan yang dinantikan ini diselaputi dengan hati yang resah. Novel diletakkan dengan rapi di dalam beg sandangnya, lantas bangun daripada bangku berdekatan dengan restoran Secret Recipe. Masih berbaki 9 minit, kaki melangkah melalui lorong kecil bersebelahan restoran McDonald dan menembusi ruang legar utama KL Sentral. Pelbagai ragam manusia yang lalu lalang dan keluar masuk daripada stesen komuter KTMB menuju ke destinasi masing-masing. Esok bermula kembali hari untuk semua bertungkus-lumus mencari rezeki dan menuntut ilmu. Pasti cuti selama dua minggu masih belum puas dinikmati.

Air mineral botol kecil berjenama Cactus berpenutup biru dibeli Fatih dengan harga yang agak mahal, sesuai dengan gaya hidup di Kuala Lumpur. Punca air dari Taiping ini sangat melegakan. Syukur Alhamdulillah, nikmat yang tidak terhingga. Masih berbaki lima minit, Fatih tidak pasti hendak melakukan apa pada tika ini.

Pilihan yang ada:

  1. Membaca novel yang meresahkan

  2. 2. Melihat ragam orang lalu lalang

  3. 3. Memadam SMS yang lama tersimpan dalam telefon bimbit

Mana yang perlu Fatih lakukan untuk mengisi masa yang ada? Adakah mahu dibazirkan begitu sahaja?

Tiada ulasan: