Khamis, Januari 01, 2009

belitan otak aku tentang evolusi

“apakah teori evolusi itu benar?”

Satu persoalan yang agak mengejutkan aku.
Secara tak semena-mena, prof AI dalam pelajaran botani kriptogam mencerita tentang teori evolusi.
Untuk makluman semua, prof AI bukan fokus sangat pasal teori yang manusia ni datang dari beruk. Tapi....

Ceritanya begini,
Prof AI ceritalah apa itu kriptogam.
Kriptogam ni adalah tumbuhan tahap rendah. Macam lumut, paku pakis, dan alga.
Lepas tu prof ceritalah sejarah dunia ni.
Dengan rajah perjalanan masa bumi dalam bentuk jam (12jam = 600bilion tahun).
15 minit pertama, bumi takde hidupan. Disebabkan banyaknya gas beracun.
Selepas 15 minit pertama, baru ada hidupan paling primitif, iaitu bakteria.
Selepas 20 minit kemudian, baru alga muncul.
Jam 9, baru muncul tumbuhan vaskular, diikuti oleh dinasor.
5 minit terakhir barulah, mamalia dan manusia muncul.

Proses ini mengambil masa yang lama.
Dari bakteria nak ke alga ambik masa berbilion tahun.
Tak mungkin berlaku dalam satu dua tahun. Mustahil.
Teori evolusi dikaji dan didapati benar.
Tak mungkin dalam satu bilik yang tertutup, terkunci rapat, yang tinggal hanya seorang di dalam.
Mana mungkin seorang itu menjadi dua. Dari mana ia masuk?
Melainkan kalau dari seorang tu dia membiak dari dia jugak, membentuk seorang lagi.

Kiranya, yang aku faham, bakteria membentuk alga, tumbuhan vaskular, dinasor, dan mamalia.
Ini disebabkan pengasingan yang berlaku. ( tak perlu aku hurai)
Kira kalau nak ikut evolusi, kita berasal dari bakteria. Dan setelah 600 bilion baru manusia terhasil.
Dipendekkan cerita, dalam AlQuran, mengatakan adam dan hawa diturunkan ke bumi.
Adakah adam dan hawa diturunkan ke bumi sebagai jasad atau roh?
Huh, prof suruh kami fikir.
Aku risau kalau bab2 macam ni disuruh fikir. Takut terpesong.
Aku akan rujuk AlQuran dan hadis. Aku akan cuba rujuk pakar dan ustaz.
Dan yang paling penting aku nak jumpa prof AI. Apa maksud dia sebenar?
WAJIB jumpa prof AI !!

[dk132bb, fakulti sains dan teknologi, UKM, jam 1 petang]

5 ulasan:

Syam Ahmedarino berkata...

Aku menyokong teori evolusi kerana buktinya jelas...

Tanpa Nama berkata...

Tadi masa pegi kedai buku syabab kat pkns bangi ana dengar sket talk yang diberi tok guru nik aziz tentang teori evolusi darwin... tentang penciptaan manusia... turunnya adam dan hawa tu biarlah Allah sahaja yang tahu...
takut pula fikir lebih2 ni...
silap langkah leh rosak aqidah...
yakin dengan Allah... apa yang diberi pada manusia semuanya dari Allah... cuma ia terletak pada bahu manusia itu untk menggunakannya sebetulnya atau pun tidak...

Syam Ahmedarino berkata...

teori evolusi ini bkn sahaja menyebabkan kerisauan moslem malah cristian jews dan abrahamic

The Extendables berkata...

terer gile prof ko..x sesia die blaja tggi

Unknown berkata...

masih blurr otak aku..
walaupun dia da jelaskan sikit.
ish3.. kenapa lah sibuk sangat diriku !!
susah untuk bertemunya.. hehe