Sabtu, Januari 03, 2009

email: oh indonesia

ni rujukan email yang saya peroleh untuk pos saya dulu

Mungkin ada yang perasan tentang perkara ini dan ada yang belum perasan dimana sebuah Negara jiran kita yang diberi nama Indonesia telah Berjaya menjelajah Negara kita walaupun mereka tidak secara reality.

Apa yang saya maksudkan disini ialah kita telah banyak menerima apa-apa yang dating daripada Negara tersebut, secara jelas kita boleh lihat darisegi hiburan, berapa peratus anak-anak muda yang suka kepada lagu-lagu tempatan hinggakan timbul isu lagu dalam Negara kurang laku, Sampaikan kebanyakkan penyanyi kita juga banyak meniru gaya artis-artis dari Indonesia.

Itu dari sudut hiburan biasa, tidak kurang juga pengaruh kepada hiburan islamik seperti nasyid. Nasyid kita sekarang sudah terlalu jauh lari dari fungsi sebenar nasyid kerana mereka lagu mereka lebih kurang dengan lagu-lagu biasa. Tetapi penasyid-penasyid dari Indonesia masih mengekalkan nagu-lagu dakwah dan ketuhanan walaupun mereka membawa dalam pelbagai bentuk seperti Rap, Rock, dan sentimental.

Para ilmuan-ilmuan juga banyak merujuk kitab-kitab daripada Negara itu kerana intipatnya mudah difahami dan Negara itu yang mula-mula menterjemah kitab arab kepada bahasa Indonesia dan ia menjadi rujukan kepada para pelajar mahupun cendikiawan.

Dari segi serangan pemikiran juga tidak kurang hebatnya kerana Negara itu juga merupakan pengamal Islam Liberal yang pernah diperjuangkan oleh IFC kat Malaysia ini. Islam Liberal ialah satu fahaman dimana Islam mengiktiraf kesaksamaan kesemua agama. Contoh dalam satu keluarga bermula dari Ayah,mak hingga ke anak bongsi masing-masing beragama berlainan.

Ada satu lagi perkara yang sentiasa dirujuk dan dikaji ialah sejarah Wali Songo 9orang. Wali songo merupakan kumpuan pendakwah yang menybarkan agama Islam dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakan cara alat muzik, wayang kulit, nyanyian, tarian, silat dan berdakwah biasa seperti yang kita selalu tengok.

Selain dari perkara diatas kita juga banyak bergantung kepada sumber manusia daripada Negara itu, sekarang kia boleh lihat warga Negara kita membanjiri Malaysia yang bekerja dalam pelbagai sector pekerjaan yang memerlukan keringat yang besar sebagai contoh kuli membuat bangunan seperti KLCC, KL Tower itu semua jasa mereka…he..he… sebab apa? Jawapan nya ada 2 sahaja antara rakyat kita semuanya sudah pandai dan belajar tinggi atau pun yang belajar tak pandai tetapi memilih pekerjaan yang ada “Class”.

Sama-samalah kita renungkan Negara itu juga yang kita pandang rendah, dan dari Negara itu juga yang kita ambil seperti penulis artikel ini. Saya orang Malaysia tetapi saya menceritakan kehebatan dan keburukan Negara INDONESIA…….

5 ulasan:

arrabe' berkata...

saya dapat emeil ni dari syah5487@yahoo.com.my

jika ada yang tak benar, kita ambil yang positif untuk kita berubah.

Syam Ahmed berkata...

indonesia mmg hebat menjajah dr segi hiburan, saya punya temen2 indonesia yg tidak puas hati dgn malaysia dan disana malaysia diaggap sebagai penjajah secara ekonomi di indonesia (PETRONAS, MayBank (dah sah ke blom?),Sime Darby, Telecom, Maxis, MAS, etc. syarikat gergasi dr malaysia mengusai)...

Bg aku indonesia bangsa yg bersemangat tinggi tetaoi terlalu objectif dan mudah dipengaruhi... contohnya kebebasan media di indinesia adalah tidak selari dg pemikiran rakyatnya yg menganggaP setiap isu yg dipar oleh media adalah benar semuanya!

arrabe' berkata...

oo.. yang ni aku tak tahu.
thanks syam.
tak sangka maybank dan petronas pun ada.

media dia terlalu banyak kan?
susah nak kawal.

Syam Ahmed berkata...

bg aku...
bukan kesalahan media jika2 apa2 berlaku..

tetapi rakyatnya sendiri...
media indonesia mmg terbuka dan tidak separti malaysia yg tertutup.. tp pemikiran rakyat indonesia itu pula tertutup dan hanya berorintasikan apa yg ada di media. kacau... sich.. heheh

arrabe' berkata...

ada pros n cons kan syam?
tapi kita berdoalah kepada Allah, moga dunia ni diletakkan kembali dibawah hukum2 Allah..amin.