Jumaat, Januari 30, 2009

kejayaan bukan diukur dengan statistik

"penilaian statistik ialah penilaian berdasarkan bilangan orang yang berjaya"

seringkali kita mendengar, UPSR meningkat daripada tahun lepas.
begitu juga dengan SPM dan PMR dan lain2.
faktor kejayaan sesebuah negara juga diukur melalui statistik ekonomi.
angka korban di palestin juga menggunakan statistik.
kajian kelimpahan spesies juga berdasarkan statistik.
hampir segalanya di dunia ini berdasarkan statistik.

aku hari rabu lalu, pergi ke syarahan umum FST.
disampaikan oleh prof kegemaran aku, iaitu prof yusof othman.
sejak sekolah lagi aku mengagumi beliau melalui kaca tv.
ini merupakan kali kedua, aku sempat mendengar seminar yang dikelola beliau.
dari cara penceritaan beliau amat membuka minda ku.
aku amat ingin mencontohi keintelektualan dan keislamikan beliau.

syarahan umum ini membicarakan tentang pemartabatan sains dan matematik dalam acuan bahasa.
memang selari dengan isu sekarang PPSMI.
meskipun dah 10 tahun PPSMI (yeke?), tapi isu ini wajar diperhati semula.
aku akan kupas dalam artikel selepas ini.
tapi aku tertarik dengan kata-kata beliau.
apakah statistik yang menentuukur kejayaan?
jika statistik kayu ukur nya.
maka gagal lah nabi nuh dalam usahanya berdakwah. 
dalam tempoh yang lama, 1000 tahun hanya sebilangan kecil yang mahu mentauhidkan Allah.
apakah ini penilaian kita?
apakah melalui jumlah yang ramai mendapat 5A UPSR, kita
 boleh mengatakan kementerian berjaya melahirkan porduk berkualiti?
memang tak dinafikan mereka banyak 5A, tapi apakah mereka faham apa yang mereka belajar?
apakah mereka dapat aplikasikan segala ilmu yang dipelajari?
sama juga dengan kita di Universiti! apakah sahabat2 yang dapat 3. ke atas berjaya aplikasi ilmu dipelajarinya??

[ayuh renungkan..maaf lambat pos, sebab ayah guna kom seharian.]

7 ulasan:

arrabe' berkata...

seminar ni pada 28hbjan09 rabu..
di dewan anuwar mahmud.

ibnu yazid berkata...

btul tu..

dakwah rasulullah saw di mekah juga xleh dinilai dgn stats. dan pelbagai cth sirah lain dlm perjuangan agama ini xleh dinilai dgn stats. dan dlm setiap perkara gk xleh dinilai dgn stats. perlu dinilai dr segi kualiti dan kuantiti sekaligus ttp yg utama adalah kualiti.

wallahua'lam

arrabe' berkata...

syukur masih ada yang peka dan tidak leka.

terima kasih ibn yazid.

Ursley Devar berkata...

kejayaan bg manusia sgt pelbagai...
setiap orang punya fungsi dan matlamat berbeza...

setiap org adalah unik dan dunia bkn lah satu tempat yg boring...

arrabe' berkata...

hanya orang yang boring nampak dunia ni boring kan??
hehe.. dunia ni warna warni..

kadang kan syam, orang yang kerja mekanik pun berjaya.
orang tukang sampah pun berjaya.
tapi berjaya dalam bidang masing2.
tul tak??

Ursley Devar berkata...

aha....... btul2 bsetuju sgt!

arrabe' berkata...

hoho.
janganlah diperkecil yang tak belajar tinggi2...=)