Rabu, Januari 28, 2009

pantang larang mistik yang dilanggar

"aku percaya kewujudan mereka, meskipun kita tak nampak mereka, tapi hormatilah mereka"

aku kembali dari kursus di gunung angsi, negeri sembilan.
aku dapat banyak pengajaran dan pengalaman yang amat berharga.
sehingga menginsafkan diriku.

pengajaran pertama, seperti tajuk dan quote di atas.
setiap kali kita berkhemah/berprogram di hutan, seringkali kita diingatkan.
"jagalah mulut anda, tempat ni keras"
aku faham benar istilah tu. di hutan ni banyak makhluk2 halus.
iaitu jin. memang Allah jadikan mereka dengan peranan tertentu.jadi, kita hormatilah mereka.
jangan sesekali berkata2 sesuatu yang celupar.

aku tidak mahu menceritakan kisah yang berlaku secara keseluruhan.
tetapi cukuplah segala dasarnya sahaja.
kami bertolak dari kem 8.30 pagi. sampai ke checkpoint tangga batu (sejam)
kami baru tiba di kaki bukit gunung angsi.
aku pernah menjejak kaki di sini, 2002.
tapi aku pelik, "kenapa aku tak pernah lalu kawasan ini"
aku fikir "mungkin ni jalan baru". agak jauh perjalanan.
kami memang bersemangat, macam2 lagu kami nyanyi bersama.dah hampir 3 jam berjalan, tapi takde pape pun.
turun naik turun naik. memang memenatkan.
banyak gak yang merungut.
kami tiba di checkpoint ke 7.
diterus lagi, aku nampak pokok getah yang ada kesan torehan dan baldi.
aku terdengar juga, bunyi kereta.
aku fikir mungkin kat bawah tu ada jalanraya.
kami terus ke depan, checkpoint ke 6, terus lagi, checkpoint ke 5.
pelik benar. kenapa?
dah hampir 3 jam kami berjalan. guider kami, minta kami patah balik.
hanya Allah je yang tahu, betapa penatnya kami.
nak tercabut kepala lutut.

di tangga batu tadi, pak hasan beritahu, ada benda yang kami tak patuhi.
sebab tu jin2 ganggu kami.
ada yang seru jin datang, dengan lagu ulik mayang. tapi kita tak suruh dia pulang.
ada juga yang kami kacau kawasan dia. macam alih2 ranting pokok dan lain2.
kini ku sedar kewujudan mereka secara fizikalnya.
dulu aku hanya yakin mereka ada, tapi tidak pernah terlibat dengan mereka.
rupanya mereka seperti kita, jika kita diganggu,atau diceroboh kawasan atau dikutuk dan dipermainkan.
pastilah kita teramat marah. sama juga dengan jin2 ini.
hanya Allah yang maha tahu. Maha suci Allah tuhan pencipta alam.

[jam 8.30 - 3.30 petang, di checkpoint tangga batu, 26jan09]

7 ulasan:

Unknown berkata...

mistik = sesuatu yang ghaib yang tidak dapat dilihat manusia.

Tanpa Nama berkata...

salam..
even jarang join xpedisi ke hutan..tp, sedikit sebyk tau juga keadaan dlmnye..
sememangnye ade makhluk ALLAH yg len didalamnye..kita xnmpak mereka,kerana mereka dimensi lain..
apa2 pun, mereka ade,dan kita hormati mereka kerana kita di tmpat mereka..betul kata akh, kalu kite diceroboh,mst kite marahkan..so..faham2 sndiri.:)
common sense..tp,ade jg yg wat2 xfaham...

Syam Ahmedarino berkata...

nyiang rapik?
hehe

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil berkata...

akak bersyukur sgt sebab Allah pinjamkan kite pengalaman mcm ni.harap adik2 semua kan igt bnda ni smpai bila2 =)

Unknown berkata...

syam:
niyang rapik =ni yang merepek..
haha.

Unknown berkata...

tanpa nama:
biasalah manusia kan cepat lupa.
sebab tu Allah sentiasa mengingatkan kita agar berpegang teguh kepada alquran dan sunnah.

Unknown berkata...

siti syahidah:
insyaallah kak..