Sabtu, Januari 10, 2009

pening tentang madu

"jom kawan2 kita amalkan madu"

seringkali aku musykil. ni madu asli atau tidak? aku amat tercari2 madu yang asli.
kerana madu adalah makanan nabi, juga penyembuh segala penyakit. kalau dah campuran, tak tulen, mana mujarab lagi.
aku sekarang amalkan madu asli HPA. syukur.

sewaktu merayau2, aku terjumpa satu artikel tentang madu.
saya paste disini:

pos asal:
Saya sertakan tips utk membezakan madu asli dan tiruan. Antaranya :
1. Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus (label di botol seharusnya ditulis sukrosa)
2. Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu
3. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.
4. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus, ia seperti tali kerana ada daya graviti. Manakala madu biasa akan terputus-putus.
5. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.
6. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.
7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan
8. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.


[di blog bawang goreng, jam 8.50pagi, sabtu pagi yang indah]

11 ulasan:

Unknown berkata...

antara saranan rasulullah untuk penyembuhan penyakit:
madu, berbekam dan besi panas(pembedahan).

jadi, jom kita cegah dengan makan/minum madu.

ps: nak beli madu, gtaw aku.

Tanpa Nama berkata...

salam..
kalu madu dari naqia corporation?dia ade ckp..'madu naqia,dengan herba za'faran'..sy amalkan madu ni..
which better???sbb,kalu ade yg lagi baik,sy nak try

Unknown berkata...

insyaallah.
kalau madu dari syarikat islam. tak perlu ragu.
tentang campuran yang tak baik bila dia campur dengan gula dan air.

tapi campur dengan herba za'faran takpe kot. herba za'faran pun bagus.
dan pasti naqia dah kaji untuk kebaikan kita. jom sokong produk muslim.

Tanpa Nama berkata...

oo.mcm tu..td try jugak wat test kt madu yg sy minum ni..dia likat ke tak mcm yg akh bgtau pd entry tu..tp xpun..dia asing2 je jatuh...cemna ye..
tp memg skrg ngah berusaha beli brgn buatan muslim shj.:)

MeaBerry berkata...

salam, weh.aku nak tambah seswatu ni.

mak aku cakap kan, kalu ko amek madu n titiskan setitis atas kuku ko, pastu ko terbalikkan jari ko kan, insyallah takkan jatuh punye madu tu! anti gravity gitu... kalau madu yg dicampur gula, sure2 dah menitik dah...

one more thing, mak aku kate kan, kalu ko sapu madu atas ketas, pastu ko try bakar, confirm terbakar. kalau madu yg tak asli (dicampur air n gula) sure tak terbakar sbb ade kandungan air dlm madu tu....


kedua2 experiment ni aku tlah lakukan bersame2 mak aku...

weh meh follow blog aku pulak!!! aku dah follow da blog ko.

k tq.. bye2

Unknown berkata...

la.. tanpa nama..
kan naqia dah bagitau yang madu tu campur herba za'faran. konpem la bukan asli.
hehe..
mungkin campuran dengan herba tu baik juga.
ttg produk islam, saya jadi agen HPA (produk muslim). dari segi ubat-2an, makanan, radix kopi, cola, sabun, bedak, ubat gigi dll.
insyaallah berkat kita sokong produk muslim, tentu lebih berkah.

Unknown berkata...

terima kasih mea..
info yang amat berguna.
pasal bakar2 ni, aku takmau la..
kang terbakar.
nanti aku cuba letak kat kuku ye..

yeye.. nanti aku folowup.. huhu.
aku link eh..

Tanpa Nama berkata...

salam
mne la sy tau..hihi..maaflah ye,agak jahil..bule bagi senarai barangan yg lebih detail tak?
skrg ni..susah nk cari brgn yg betul2 100% muslim.
hope bule bg,ye?
terima kasih
:)

-the same person about 'naqia'-

Unknown berkata...

tentang barangan saya lebih suka emeil saja.
harap tanpa nama dapat beri emel.
atau emel saya: aliflamrabayaain@gmail.com

untuk sedikit makluman ttg produk muslim.
kedai azzain (rasanya dah ada di seluruh malaysia.)hanya pasarkan produk muslim. jadi senang beli kat situ. kalau di bangi, dekat seksyen 3 tambahan.

Tanpa Nama berkata...

o.dkt seksyen 3 tambahan ke??
o ok..ok..
senang la sikit kalu nak beli brg dapur..:)
terima kasih ye

Unknown berkata...

sama2