Jumaat, Januari 30, 2009

program terdekat

kejayaan bukan diukur dengan statistik

"penilaian statistik ialah penilaian berdasarkan bilangan orang yang berjaya"

seringkali kita mendengar, UPSR meningkat daripada tahun lepas.
begitu juga dengan SPM dan PMR dan lain2.
faktor kejayaan sesebuah negara juga diukur melalui statistik ekonomi.
angka korban di palestin juga menggunakan statistik.
kajian kelimpahan spesies juga berdasarkan statistik.
hampir segalanya di dunia ini berdasarkan statistik.

aku hari rabu lalu, pergi ke syarahan umum FST.
disampaikan oleh prof kegemaran aku, iaitu prof yusof othman.
sejak sekolah lagi aku mengagumi beliau melalui kaca tv.
ini merupakan kali kedua, aku sempat mendengar seminar yang dikelola beliau.
dari cara penceritaan beliau amat membuka minda ku.
aku amat ingin mencontohi keintelektualan dan keislamikan beliau.

syarahan umum ini membicarakan tentang pemartabatan sains dan matematik dalam acuan bahasa.
memang selari dengan isu sekarang PPSMI.
meskipun dah 10 tahun PPSMI (yeke?), tapi isu ini wajar diperhati semula.
aku akan kupas dalam artikel selepas ini.
tapi aku tertarik dengan kata-kata beliau.
apakah statistik yang menentuukur kejayaan?
jika statistik kayu ukur nya.
maka gagal lah nabi nuh dalam usahanya berdakwah. 
dalam tempoh yang lama, 1000 tahun hanya sebilangan kecil yang mahu mentauhidkan Allah.
apakah ini penilaian kita?
apakah melalui jumlah yang ramai mendapat 5A UPSR, kita
 boleh mengatakan kementerian berjaya melahirkan porduk berkualiti?
memang tak dinafikan mereka banyak 5A, tapi apakah mereka faham apa yang mereka belajar?
apakah mereka dapat aplikasikan segala ilmu yang dipelajari?
sama juga dengan kita di Universiti! apakah sahabat2 yang dapat 3. ke atas berjaya aplikasi ilmu dipelajarinya??

[ayuh renungkan..maaf lambat pos, sebab ayah guna kom seharian.]

Rabu, Januari 28, 2009

pendakian selama 21 jam

"21 jam bersamaan hampir satu hari. kepenatan yang melampau"

ini kali kedua aku mendaki gunung angsi.
dan inilah kali pertama aku terasa amat perit dan sakit.
sakit dari segala aspek.
bayangkan kami bertolak hari isnin jam 8.30 pagi. 
balik semula ke khemah kami jam 5 pagi hari selasa.
hanya Allah yang tahu betapa perit nya kami.

seperti artikel aku sebelum ini, tentang mistik.
itulah puncanya kami menempuh pendakian yang 
memeritkan.
atas faktor keceluparan dan penyeruan makhluk halus yang tidak kami sedari.
kami amat bersemangat ketika tiba di cekpoint pertama di tangga batu.
dan kami amat bersemangat.
sehinggakan kami menyanyi2.
ada yang melawak dan bergurau.
perjalanan pertama kami ini, turun naik turun naik.
memang mencabar. ada kala kaki terseliuh dan letih.
banyak juga pokok berduri di sekitar kami.
ada yang tersentuh, dan menjerit.
ada juga ranting2 yang mengganggu laluan kami.
ada yang rajin mengalihkannya.
seperti penceritaan aku semalam. kami dari cekpoint tangga batu bertemu dengan cekpoint 7.
pelik.. padahal takde pulak kami jumpa cekpoint 2,3,4,5,dan 6.
setelah kami maju, baru jumpa cekpoint 6, dan 5.
baru kami sedar kami tersilap jalan.
dalam hati kami, memang dah giv up.
ramai kata taknak teruskan. dan nak balik kem je..

tiba di tangga batu, kami solat sebentar.
pak hasan tanya siapa yang mampu untuk teruskan?
hanya 5 orang yang tak mampu, sedangkan tadi ramai yang macam mengalah.
subhanallah, ni mungkin berkat solat tadi.
semangat kami kembali, meskipun kami tahu, masa kami selama 6jam dibazir
 begitu saja.

teruskan lagi pendakian ke gunung angsi. dijangka tiba 1jam 30 minit.
bertolak jam 4.30petang.
memang semangat kami berkobar membara.
tapi...
jatuh semula setelah lihat tangga yang tinggi ke atas.
macam batu caves. tapi lebih tinggi. dan jarak anak tangga agak tinggi.
malahan penuh dengan akar.
ada yang geram, dan sanggup potong barisan.
guider pun macam penat.
agak tinggi tangga tu kami daki.
hampir sejam.
sampai di 3/4 perjalanan. kami yakin kami hampir ke kemuncak angsi.
memang semangat kami membara semula.
kami nampak alam di sekeliling.
penuh takjub dan syukur ALLAHUAKBAR.
kami teruskan jua.
rock climbing dan mendaki lagi anak tangga.
ingatkan dah dekat.
rupanya hampir 20 minit untuk sampai ke kemuncak.
memang takjub dan syukur sekali.
ALLAHUAKBAR.
angin tiup sepoi2 bahasa. nampak bandar senawang /seremban kot.
dan belah belakang nampak bukit di sekitar dan banjaran titiwangsa.
subhanallah walhamdulillah wallahuakbar.
jam 6.30 petang.
kami yang terawal, solat asar sebentar dengan cebisan air minuman dalam botol.
cadangan untuk turun jam 7, tapi masih ada kawan yang baru tiba, kepenatan.
kami terpaksa turun waktu malam.

aku mengimami solat maghrib dengan berwudhukkan debu.
sayu hati ni, gembira melihat kami bersatu untuk solat bersama.
alangkah indah maghrib di puncak gunung ni.
maha suci Allah yang menyatukan hati kami ini.
setelah solat, kami berbaris dan diberi taklimat yang mencemaskan.
segala arahan guider kami dengar betul2, sebab hari sudah gelap gelita.
hanya lampu suluh yang menerangkan.
bekalan air dan makanan tiada langsung.
memang hanya bertawakal kepada Allah.
setiap seorang lelaki menjaga 3 perempuan dibelakangnya.

kami bergerak jam 8.30 malam.
memang agak terkial2 turun tangga gunung.
meraba2 dalam kegelapan.
aku merasakan inilah kehidupan kita yang sebenar.
kita berada dalam kegelapan. hanya hidayah Allah dan islam yang menerangi kehidupan kita.
andai kita tiada ini, hancurlah kehidupan kita.
maha suci Allah.
banyak juga yang terseliuh, terutama perempuan.
ada juga yang mengantuk akibat tidak tidur semalam (sentri)
ada yang migrain, ada yang haus dan lapar.
ada juga yang kehabisan tenaga.
tapi kata2 semangat je yang dapat menguatkan diri kami.
memang ambil 10 jam untuk turun.
apabila bertemu anak sungai, memang kami berhenti meneguk air sepuas2nya.
tanpa menghirau air sungai tidak ditapis.
memang hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaan kami.
maha suci Allah.
kami tiba di khemah kami jam 5.00 pagi.
solat isya' sebentar dan menanti subuh.
tidur.......................

[tertidur di meja makan di kem kami, yang lain enak tidur di khemah. sejukk..] 

pantang larang mistik yang dilanggar

"aku percaya kewujudan mereka, meskipun kita tak nampak mereka, tapi hormatilah mereka"

aku kembali dari kursus di gunung angsi, negeri sembilan.
aku dapat banyak pengajaran dan pengalaman yang amat berharga.
sehingga menginsafkan diriku.

pengajaran pertama, seperti tajuk dan quote di atas.
setiap kali kita berkhemah/berprogram di hutan, seringkali kita diingatkan.
"jagalah mulut anda, tempat ni keras"
aku faham benar istilah tu. di hutan ni banyak makhluk2 halus.
iaitu jin. memang Allah jadikan mereka dengan peranan tertentu.jadi, kita hormatilah mereka.
jangan sesekali berkata2 sesuatu yang celupar.

aku tidak mahu menceritakan kisah yang berlaku secara keseluruhan.
tetapi cukuplah segala dasarnya sahaja.
kami bertolak dari kem 8.30 pagi. sampai ke checkpoint tangga batu (sejam)
kami baru tiba di kaki bukit gunung angsi.
aku pernah menjejak kaki di sini, 2002.
tapi aku pelik, "kenapa aku tak pernah lalu kawasan ini"
aku fikir "mungkin ni jalan baru". agak jauh perjalanan.
kami memang bersemangat, macam2 lagu kami nyanyi bersama.dah hampir 3 jam berjalan, tapi takde pape pun.
turun naik turun naik. memang memenatkan.
banyak gak yang merungut.
kami tiba di checkpoint ke 7.
diterus lagi, aku nampak pokok getah yang ada kesan torehan dan baldi.
aku terdengar juga, bunyi kereta.
aku fikir mungkin kat bawah tu ada jalanraya.
kami terus ke depan, checkpoint ke 6, terus lagi, checkpoint ke 5.
pelik benar. kenapa?
dah hampir 3 jam kami berjalan. guider kami, minta kami patah balik.
hanya Allah je yang tahu, betapa penatnya kami.
nak tercabut kepala lutut.

di tangga batu tadi, pak hasan beritahu, ada benda yang kami tak patuhi.
sebab tu jin2 ganggu kami.
ada yang seru jin datang, dengan lagu ulik mayang. tapi kita tak suruh dia pulang.
ada juga yang kami kacau kawasan dia. macam alih2 ranting pokok dan lain2.
kini ku sedar kewujudan mereka secara fizikalnya.
dulu aku hanya yakin mereka ada, tapi tidak pernah terlibat dengan mereka.
rupanya mereka seperti kita, jika kita diganggu,atau diceroboh kawasan atau dikutuk dan dipermainkan.
pastilah kita teramat marah. sama juga dengan jin2 ini.
hanya Allah yang maha tahu. Maha suci Allah tuhan pencipta alam.

[jam 8.30 - 3.30 petang, di checkpoint tangga batu, 26jan09]

Ahad, Januari 25, 2009

proses penyucian jiwaku

"carilah peluang untuk menyucikan jiwa"

setelah sebulan aku menyertai kursus dakwah dan tarbiyah.
aku merasakan perlu untuk aku mengambil langkah untuk menyucikan jiwaku.
jiwaku terasa amat kotor setelah lama tidak dicuci.
seingat aku, pencucian jiwa ku paling awal sewaktu kecil.
ibu bapa ku mengajar tentang islam.
selepas aku mencapai tahap baligh, pengisian ke arah kerohanian, amat kurang.
mungkin faktor sekitaran yang tidak islamik (SMK)
penyucian kedua sewaktu di matriks.
sahabatku, NMF banyak menyedarkan aku tentang ke mana hala tuju kita.
tetapi penyucian tu tidak benar2 bersih.
palestin memanggil-manggilku untuk berjihad.
tapi bagaimana? jiwaku masih kotor.
mampukah aku membantu mereka?
apakah aku mampu untuk merubah dunia seperti salehudin ayubi??
apakah jiwaku bersih seperti beliau?panggilan jihad sentiasa terngiang-ngiang di telingaku.subhanallah, menderitanya aku jika aku tak menyahut cabaran jihad ini.
pedih jiwa ini kerana tidak disucikan.
apakah perlu untuk aku tangguh-tangguhkan lagi??
kafir dan yahudi, memijak2 kepala kita. apakah kita terus tersenyum?
jiwaku tak tenteram.
aku perlu segerakan proses penyucian diri.
doakan aku sahabatku sekalian.
moga kalian bersamaku jua..

[proses pertama- melihat keagungan Allah sewaktu pendakian di gunung angsi pada esok hari]

Sabtu, Januari 24, 2009

masih musykil, curiga dan ragu

"musykil, curiga, ragu"

musykil...
kenapa setiap kali kita termenung.
kita tersedar. dan...
kita tak tahu apa yang kita menungkan. aku musykil.

curiga...
apabila kita lihat seseorang.
dari kejauhan akan rasa sesuatu.
apakah yang aku rasa itu? aku curiga.

ragu...
aku ragu bila aku senyap.
tiada siapa menegurku.
aku ragu. apakah aku perlu mulakan?

aku banyak kali fikir.
apakah dalam kehidupan ini, kita amat sukar untuk mengenali diri sendiri?
aku masih musykil, curiga dan ku ragu.

Khamis, Januari 22, 2009

padah minum ais

"sikap ingin mencuba sekali, memberi kesan yang amat mendalam"

setelah hampir 7 hari menyepi.
pasti ramai nak tahu isu PRK kampus di UKM.
maaf aku tak sempat untuk menukil di sini.
mohon rujuk di aspirasi  atau GM

hari ni, aku kembali dengan tajuk yang pelik.
apa kepadahnya?
untuk makluman setelah hampir 3 tahun, aku menolak dan berpuasa dari minum ais.
syukur, meskipun payah dan berat cabarannya.
bermula di tingkatan 5 kalau tak salah, aku suka minum holick ais..
kadang air bandung.. uish.. sedap sungguh.
tapi aku ada dengar sahabat ni, dia kata minum ais tak elok untuk badan.
ia bukannya beri kesegaran, tapi sebenarnya melemahkan badan kita lagi!
terus aku kaji, dan analisa. rupanya benar.
memang aku kurangkan minum ais. tapi kadang telan juga aiskrim.
yela, umi beli aiskrim wall's. takkan nak buang pulak..
makanla jugak.. dengan terpaksa.. huhu..
tapi aku kuatkan azam, "umi, takyah beli dah. robe taknak makan aiskrim"
proses ini mengambil masa 2 tahun untuk aku selesa dengan tak minum ais.

aku teringat tahun lepas, aku ada show (berlakon), sekali aku makan aiskrim.
terus sakit tekak. selamatla sempat sihat.
kalau tak hancur show aku.
kejadian ni kembali lagi, aku terpengaruh dengan ABC.
nampak menarik. tengah hari pulak tu.
aku fikir, hmm... sekali sekala apa salahnya.
air liur dah meleleh di pipi. dengan seronoknya aku makan ABC.
syukur, sedap.

esok pagi aku bangun. terasa panas anak tekak..
terus aku capai air minuman. minum seminum minumnya.
tak hilang juga.. makin panas anak tekak.
bahangnya amat menyakitkan.
aku terus beli strepsil. oh.. berkurang sikit. 
tapi lepas 2 jam.. dia panas balik.
hanya Allah je yang tau, apa aku rasa.
serik bukan kepalang. adakah ais ni ada bakteria!!
suara aku maco agak berubah.. lagi2 esoknya aku kena selesema..
pasti ada aliran yang cuba keluar dari lubang hidung.
susah aku nak fokus belajar!

[sengsara aku berkurangan, setelah 5 hari, sesungguhnya semua ni percubaan dari Allah swt. adakah kita bersyukur kepadanya atau tidak?] 

Rabu, Januari 14, 2009

aduhai mahasiswa

"oh mahasiswa"

pilihan raya kampus menjelang lagi.
meskipun aku belum pernah berpengalaman mengundi pada PRU malaysia.
tapi PRK di UKM memang dah macam PRU malaysia.
esok tarikh pengundian. adakah pro-mahasiswa menang?
atau pro-universiti menang sekali lagi?

sekali lagi aku mengambil jalan tengah.
bersikap non-partisan memudahkan aku untuk berdakwah dan menasihati orang lain.
apabila kita berparti, agak sukar bagi orang yang berlainan parti untuk menerima kita.
anda setuju??
sikap keterbukaan calon/individu fanatik ini tertutup dek kegilaan dan kesayangan terhadap parti.

aku tak menafikan kebaikan keberadaan mereka dalam sistem pemerintahan/ pilihan raya ini.
tetapi, atitud/ tingkah laku mereka amat menjengkelkan.
membabi buta menyalahkan orang lain tanpa usu periksa.
aduhai mahasiswa.
bangkitlah. pilihlah mereka yang mempunyai atitud yang baik dan islami.
pilihlah mereka yang dapat menentukan kita ke jalan yang diredhai Allah.
aduhai mahasiswa.
jika mereka kedua2nya, sama tingkahlaku dan adabnya.
kita tiada pilihan lain.
jangan bertindak bodoh dengan duduk bilik dan rosakkan undi.
undilah juga. tapi undilah yang kurang membawa kerosakan/kesengsaraan pada kita.

aduhai mahasiswa.
bila lagi kita mahu belajar saja?
bila lagi kita mahu periksa saja?
bila lagi kita mahu bersuara pada masyarakat?
bila lagi kita mahu berbakti kepada negara dan agama?
cukuplah hedonisme. cukuplah hiburan.
jom kita agungkan kembali ilmu. terutama ilmu agama.
ingatlah.. tanpa pemimpin yang berjiwa ilmu dan asyik leka dengan hiburan.
kelas entah ke mana. rosaklah juga kita.
cukuplah sahabat sekalian. ayuh kita fikir mana baik untuk kita selepas ini.

ps: sahabatku berjiwa islam dan berjiwa ilmu. aku yakin padanya. sokonglah dia.
umum tahun 2: nombor 1,2,3,4
umum tahun 3: nombor 1, 5,8,10
fst tahun 2: nombor 2 dan 4
fst tahun 3: nombor 1.

yang lain terserah pada anda. ingat! aku bukan pembangkang atau kerajaan.
tapi aku menyokong yang boleh membawa mahasiswa ke arah budaya ilmu.

[maaf.. aku bukan tak menyokong anda. tapi, berubahlah untuk menegakkan hak mahasiswa: iaitu membudayakan budaya ilmu. aku sedia berdamping dengan mu.]

Selasa, Januari 13, 2009

blog ayahku

"segan nak heboh.. tapi benda baik, apa salahnya heboh"

jangan bagitau kat ayah aku tau.
hehe, ayah aku dah lama dalam bidang penulisan ni.
banyak dah buku, beliau terbitkan.
yang terbaru (2006) buku kesempurnaan solat terbitan e-media.
aku ada la tolong bantu2 taip sikit2. hehe.
dulu, ayah aku editor majalah dewan agama dan falsafah.
tapi sejak DBP ambil alih, tak pegang dah majalah tu.
majalah tu pun lesap. sedih je. mungkin pengisiannya agak tinggi.
sekarang editor di sinar harian bahagian pahang.

sedih pulak bila dengar, ayah nak bersara.
aku panggil dia abuya. hehe.
jadi atas minat dia nak menulis dan tertarik dengan blog.
aku pun tolong abuyaku buat blog.
ini blog dia. lawatlah ye..
http://www.baei.blogspot.com/
harap pengisian di dalamnya baik untuk kita semua.

ps: abuyaku tanya, camne nak bagi lawa blog? aku pun blur... sebab aku punye blog pun tak lawa. huhu.
apapepun, yang penting pengisian. betul tak?? hehe.

[salam kerinduan, di PTSL UKM, jam 6.40 petang, selasa 13jan09]

Sabtu, Januari 10, 2009

hidup ini umpama bahtera

"kadangkala kapal dipukul ombak kuat, ribut kencang dan kadang2 tenang"

teringin amat aku berkongsi bersama kalian.
agak lama aku menyepi (sehari tak pos), rindu rasanya.
semalam, aku pergi ke rumah ustaz razali bersama sahabat2.
selepas isya' kami ke rumah ustaz, di jalan 2.
alhamdulillah cuaca baik.
aku datang ke arah ustaz untuk bersalam.
ustaz macam tak mengendahkan, pelik aku.
aku hulurkan tangan, dia cuba capai tanganku.
terus dipeluk. rupanya ustaz kurang nampak.
rabun tua agaknya. aku yang kali pertama, senyap saja. segan..
kami hari ni, membaca tafsir surah yunus.
ayat 22 kalau tak salah.
tafsiran yunus 22 dan 23 melalui buku tfsir azhar oleh dr hamka.

ayat ini membicarakan tentang kapal.
kapal yang belayar di lautan.
sewaktu mula belayar, biasalah, gembira dan seronok.
andai badai melanda, ribut menderu.
pasti kegelisahan dan keresahan timbul dalam diri kita.
amat menakutkan dan kita terpaksa menempuhnya.
kembali reda, kita gembira dan seronok kembali.
sama juga perihal di darat.
dalam perjalanan kita, pasti akan ada halangan yang membantutkan.
begiu juga kehidupan kita. banyak masalah yang meresahkan dan mendukacitakan kita.
tapi masa itulah, kita akan ingat Allah.
bila Allah selesaikan masalah kita, apakah kita bersyukur?
apakah kita ingat Allah lagi?
begitulah bahtera kehidupan.
dalam bahtera kehidupan ini, Allah menyeru kita agar ikhlaskan diri dalam apa saja masalah kita tempuhi.
ingatlah Allah sentiasa.
jangan segan dan malu untuk memohon kepada Allah.
ingatlah Allah maha penyayang dan pengampun.
harapkan Allah sentiasa, bukannya harapkan manusia dan makhluk semata2.
ingat Allah sentiasa bersama kita, hanya kita yang tak sear kehadiranNya.

nak join kelas ni?? email saya- aliflamrabayaain@gmail.com
[di rumah ustaz razali, jalan 2 bangi, jumaat jam 9malam]

pening tentang madu

"jom kawan2 kita amalkan madu"

seringkali aku musykil. ni madu asli atau tidak? aku amat tercari2 madu yang asli.
kerana madu adalah makanan nabi, juga penyembuh segala penyakit. kalau dah campuran, tak tulen, mana mujarab lagi.
aku sekarang amalkan madu asli HPA. syukur.

sewaktu merayau2, aku terjumpa satu artikel tentang madu.
saya paste disini:

pos asal:
Saya sertakan tips utk membezakan madu asli dan tiruan. Antaranya :
1. Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus (label di botol seharusnya ditulis sukrosa)
2. Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu
3. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.
4. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus, ia seperti tali kerana ada daya graviti. Manakala madu biasa akan terputus-putus.
5. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.
6. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.
7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan
8. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.


[di blog bawang goreng, jam 8.50pagi, sabtu pagi yang indah]

Rabu, Januari 07, 2009

ada apa dengan PRK?

PRK is pilihan raya kampus? lagi 10 jam lagi bakal bermula di UKM.
apa yang menarik?
soon.. i will post it

ratapan palestin

"Wahai Akhifillah, 
Beritahu Aku,
Bilakah Kau Akan Marah?
Jika Milik Kita Yang Suci Dihina,
Dan Tempat Kita Dihancurkan,
Dan Kau Tidak Menjadi Marah?Jika Sifat Perwira Kita Dibunuh,
Dan Kehormatan 
Kita Diinjak-Injak,
Dan Dunia Kita Berakhir,

Dan Kau Tidak Menjadi Marah?
Jadi Beritahu Aku,
Bilakah Kau Akan Marah?
Jika Sumber Bumi Kita Dirampas,
Dan Institusi Kita
 Diruntuhkan,

Dan Masjid-Masjid Kita Dihancurkan,
Dan Masjid Al-Aqsa Dan Al-Quds Kita Tetap Dirampas,
Dan Kau Tidak Menjadi Marah?

Jadi Beritahu Aku,
Bilakah Kau Akan Marah?

Musuhku, Atau Musuhmu,
Menghina Kehormatan,
Darahku Dijadikan Mainan Oleh Dia,
Dan Kau Jadi Penonton Permainan."

Ahad, Januari 04, 2009

jom boikot lagi

"impak besar ke kalau boikot?"

ada kawan aku SMS semalam.
sejak kebelakangan ni ramai jugak yang mesej ttg keganasan di palestin.
agak sayu aku baca. dan ada juga SMS minta buat hajat dan doakan kesejahteraan umat Islam.
aku bersyukur kepada Allah, masih 
ramai muslim yang sedar penindasan muslim di palestin adalah perkara yang amat serius.

aku khuatir, mungkin ramai yang dah buat solat hajat dan berdoa.
tapi apakah mereka tahu mereka mampu menolong umat islam di sana?
meskipun kita jauh dari palestin, tapi ada suatu cara yang kita mampu umat islam di sana.
apa cara?
boikot!!

kalau kita lihat isu nabi muhammad dikarikaturkan, bagaimana kita berusaha 
bersungguh2 untuk memboikot produk belanda.
lihat betapa kecutnya perut manager2 syarikat belanda.
sehinggakan mereka pun mengutuk tindakan gilbert (betul ke nama dia?) tu.
apakah kita tak boleh lakukan perkara yang sama??
jom kita boikot lagi produk amerika dan israel.

ni senarai yang aku dapat. (yang lain, sila search internet)
  • kotex
  • danone
  • mcD
  • maggi
  • the sun
  • coca cola
  • nestle
  • starbuck
  • tommyhilfinger
  • kitkat
  • carrefour
  • garnier
  • disney
  • ambipur
  • johnson n johnson
  • kleenex
  • hugo boss
  • apatah lagi rokok !! 
jadi, jomla boikot.
[di rumah.. jam 8.45 pagi. ahad 4jan09]

ulasan pandangan tun M ttg PPSMI

ULASAN PANDANGAN TUN MAHATHIR TENTANG PPSMI




Ole-Ole Dari Beijing
Dr AwangPandangan Tun Dr. Mahathir dalam Wacana Dilema Melayu anjuran GAPENA baru-baru ini bahawa PPSMI patut diteruskan tidaklah memeranjatkan kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksananya. Tun masih dengan dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila telah membuat keputusan.

Isunya ialah bahawa hujah Tun merupakan hujah yang tergelincir daripada hakikatnya. Dalam laporan Bernama, Tun mengatakan bahawa PPSMI penting agar anak-anak Melayu menguasai sains dan matematik dan sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Ketika Tun membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian yang dibuat yang menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan sains dan matematik dalam kalangan pelajar Melayu (jika benar anak-anak Melayu begitu lemah  dalam kedua-dua subjek itu) disebabkan oleh pengajarannya dalam bahasa Melayu. Kita malah sebenarnya telah melahirkan ribuan sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu.

Adakah Tun bermaksud bahawa Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang digubal dan dilaksanakan oleh Kerajaan sejak merdeka merupakan dasar negara yang silap? Jika benar, adakah kesilapan itu patut diatasi dengan suatu keputusan yang bersifat ad hoc, dengan membuat keputusan pada tahun 2002 dan terus melaksanakannya pada tahun 2003?

Tun menekankan bahawa bahasa Inggeris patut dijadikan bahasa penghantar sains dan matematik kerana bahan ilmu kedua-dua bidang itu banyak tertulis atau terbit dalam bahasa Inggeris. Fakta itu tidak cukup kuat untuk kerajaan mengetepikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sains dan matematik kerana bahasa Inggeris itu sendiri asalnya hanya bahasa vernakular, bukan bahasa yang diturunkan dari langit sedia sempurna. Sebelum bahasa Inggeris menjadi bahasa besar, orang Eropah bergantung pada bahasa Latin dan bahasa Perancis dalam bidang ilmu, pentadbiran, undang-undang dan ekonomi. 

Demikianlah maka bahasa Melayu perlu diberi waktu untuk menjadi mantap semula sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Amat malang halnya apabila kita sendiri tidak mempunyai perancangan dan kesediaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, dan cukup sekadar puas hati menyaksikan bahasa Melayu menjadi bahasa percakapan, seperti yang dibanggakan oleh Tun tentang kebolehannya menggunakan bahasa Melayu walaupun belajar di sekolah Inggeris. Kita perlu membedakan taraf bahasa ilmu daripada bahasa perhubungan sehari-hari jika kita mengimpikan bahasa Melayu menjadi bahasa besar pada masa hadapan. Tentulah aib bagi bangsa Melayu yang berhasrat menjadi bangsa besar di dunia tetapi hanya memiliki bahasa perhubungan sehari-hari dan untuk hal ehwal ilmu dan budaya tinggi terpaksa menggunakan bahasa asing.

Hujah Tun bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset. Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat atau bangsa merupakan dua hal yang sama sekali berbeda. Maka itu tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun. Namun, PPSMI bukan program pemelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada bangsa kita dalam bahasa asing!
Pada hakikatnya, orang Arab yang mempelajari dan menguasai bahasa Greek ialah para sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab.

Hal yang sama dilakukan oleh bangsa-bangsa Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu bangsa Barat tidak menggunakan bahasa Arab untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri. Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia. Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita yang ditumpangkan dalam Soyuz Rusia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa perlepas. Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa-rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi tersebut!

Tun turut menggunakan contoh yang silap apabila mengatakan bahawa buku panduan atau manual telefon bersel yang dicetak dalam bahasa Inggeris oleh pengeluar menyebabkan ilmu sains yang diajarkan dalam bahasa Melayu menjadi tidak berguna. Bukankah buku panduan itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau pelajar kita yang diajar dengan baik bahasa Inggerisnya dapat memahami buku panduan dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin Tun belum pernah melihat adanya telefon bersel yang panduannya ditulis dalam bahasa Melayu pada perisian telefon itu sendiri! Pokoknya, apabila sesuatu bangsa berilmu, bahasa sumber ilmu itu bukanlah masalah yang besar.

Sebagaimana pendukung PPSMI yang lain, Tun mengulang lagu lama bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik bukan langkah meminggirkan bahasa Melayu. Namun, dengan terang di hadapan mata kita bahawa apabila bahasa Melayu akan hanya berfungsi pada sekitar 40 peratus atau kurang di sekolah dan sekitar 30 peratus atau kurang di IPT, maka amat jelas bahawa bahasa Melayu memang terpinggir dan tidak berperanan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

Pada hemat saya, manfaatkanlah pepatah kita yang berbunyi “Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan”. Kita belum pun sesat sehingga di hujung jalan, maka tidaklah sulit untuk kembali ke pangkal jalan, iaitu melaksanakan semua program pembangunan negara dengan berlandaskan dasar-dasar negara yang telah difikirkan, dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya selama ini. Usahlah kita mengalami nasib “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Ingatlah juga kata orang tua-tua “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Prof. Dr Awang Sariyan
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia – China
Universiti Pengajian Asing Beijing

25 November 2008

Sabtu, Januari 03, 2009

email: oh indonesia

ni rujukan email yang saya peroleh untuk pos saya dulu

Mungkin ada yang perasan tentang perkara ini dan ada yang belum perasan dimana sebuah Negara jiran kita yang diberi nama Indonesia telah Berjaya menjelajah Negara kita walaupun mereka tidak secara reality.

Apa yang saya maksudkan disini ialah kita telah banyak menerima apa-apa yang dating daripada Negara tersebut, secara jelas kita boleh lihat darisegi hiburan, berapa peratus anak-anak muda yang suka kepada lagu-lagu tempatan hinggakan timbul isu lagu dalam Negara kurang laku, Sampaikan kebanyakkan penyanyi kita juga banyak meniru gaya artis-artis dari Indonesia.

Itu dari sudut hiburan biasa, tidak kurang juga pengaruh kepada hiburan islamik seperti nasyid. Nasyid kita sekarang sudah terlalu jauh lari dari fungsi sebenar nasyid kerana mereka lagu mereka lebih kurang dengan lagu-lagu biasa. Tetapi penasyid-penasyid dari Indonesia masih mengekalkan nagu-lagu dakwah dan ketuhanan walaupun mereka membawa dalam pelbagai bentuk seperti Rap, Rock, dan sentimental.

Para ilmuan-ilmuan juga banyak merujuk kitab-kitab daripada Negara itu kerana intipatnya mudah difahami dan Negara itu yang mula-mula menterjemah kitab arab kepada bahasa Indonesia dan ia menjadi rujukan kepada para pelajar mahupun cendikiawan.

Dari segi serangan pemikiran juga tidak kurang hebatnya kerana Negara itu juga merupakan pengamal Islam Liberal yang pernah diperjuangkan oleh IFC kat Malaysia ini. Islam Liberal ialah satu fahaman dimana Islam mengiktiraf kesaksamaan kesemua agama. Contoh dalam satu keluarga bermula dari Ayah,mak hingga ke anak bongsi masing-masing beragama berlainan.

Ada satu lagi perkara yang sentiasa dirujuk dan dikaji ialah sejarah Wali Songo 9orang. Wali songo merupakan kumpuan pendakwah yang menybarkan agama Islam dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakan cara alat muzik, wayang kulit, nyanyian, tarian, silat dan berdakwah biasa seperti yang kita selalu tengok.

Selain dari perkara diatas kita juga banyak bergantung kepada sumber manusia daripada Negara itu, sekarang kia boleh lihat warga Negara kita membanjiri Malaysia yang bekerja dalam pelbagai sector pekerjaan yang memerlukan keringat yang besar sebagai contoh kuli membuat bangunan seperti KLCC, KL Tower itu semua jasa mereka…he..he… sebab apa? Jawapan nya ada 2 sahaja antara rakyat kita semuanya sudah pandai dan belajar tinggi atau pun yang belajar tak pandai tetapi memilih pekerjaan yang ada “Class”.

Sama-samalah kita renungkan Negara itu juga yang kita pandang rendah, dan dari Negara itu juga yang kita ambil seperti penulis artikel ini. Saya orang Malaysia tetapi saya menceritakan kehebatan dan keburukan Negara INDONESIA…….