Ahad, Januari 15, 2012

Al-kisah Hanzalah ep.4: dingin senja

Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:
  1. kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak.Janganlah terasa ye.
  2. kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah.bersabarlah dan ingatkan penulis.
  3. digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
  4. maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
  5. semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
  6. ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai).jadikanlah ia untuk keuntungan bersama(nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com
Koleksi Al-Kisah Fatih
klik - episod 5: pertemuan


Koleksi Al-Kisah Hanzalah
ep.1: gegak
{klik sini}
ep.2: gesa-gesa {klik sini}
ep.3: berdentum
{klik sini}


episod 4: dingin senja

Hanzalah menggulung wayar,  menyimpan mikrofon dan menutup suis PA sistem dewan di dalam bilik berkunci khas. Hanzalah keluar daripada bilik PA sistem di belakang pentas, mengunci tombol pintu kayu dari dalam. 
"alamak, aku tiada kunci pintu besi?"
Hanzalah terpandang mangga terjuntai di pintu besi itu.
"huh, mujur Cikgu Farid tidak mengetap mangga pagar besi bilik ni"
sunyi sepi di ruang utama dewan, bunyi dentuman pintu sudah tiada.
'mungkin mereka sudah balik' bisik hati Hanzalah.
Hanzalah segera mengetap mangga bilik PA sistem dan turun dari pentas.
beliau segera mencapai beg di sebelah TV karaoke dan terus berlari ke pintu tengah dewan.
hanya 80 langkah sahaja Hanzalah perlukan, jarum jam sudah menunjukkan waktu berkumandang azan Maghrib.

"hmmm... dah masuk Maghrib, balik lewat lagi aku kali ini"
"baik aku lepak surau An-Nas dulu"
Hanzalah terus mengunci pintu dewan dan menuju ke pondok pengawal berhampiran pagar utama sekolah.
Tiada pengawal duduk di situ juga tiada di persekitaran pintu masuk, mungkin pengawal sedang meronda sekolah.
Langit yang kejinggaan hampir menggelap menjadi hitam.
Basikal Hanzalah terkunci rapi di sebelah pondok pengawal, rutin harian Hanzalah berkayuh pergi dan pulang ke sekolah.
pergi pagi seawal pagi, balik sehening malam.
kayuhan Hanzalah menembus dingin senja yang hampir malam ke surau An-Nas di atas bukit.
dingin senja masih tidak mampu untuk menghilangkan keringat yang keluar hasil kayuhannya.
Azan surau mulai kedengaran dengan zikir dan "Allahu akbar, Allahu akbar.........."

bersambung ke ep.5: ragam PA sistem {klik sini}


Tiada ulasan: