Direktori

Khamis, Januari 12, 2012

letak mak ayah di rumah orang tua?

terasa sakit hati dengan pandangan dari seorang pendengar radio Hot.fm tentang isu meletakkan ibu bapa di rumah kebajikan orang tua.
bagi aku, penyataan wanita itu sangat kurang ajar.
tetapi aku tidak pasti dengan anda, mungkin pengalaman hidup kita berbeza. jadi ini hanya pandangan aku bahawa penyataan wanita itu sangat melampau dan Hot.fm mengulang-ulang siaran itu. motif diulang berkali-kali?

ayat wanita ini (lebih kurang):
"tidak salah kita nak meletakkan  ibu bapa di rumah kebajikan orang tua, sebab tiada siapa nak menjaga mereka di rumah, sekarang ini kerapkali berlaku kes rompakan dan pecah rumah, jadi lebih selamat meletakkan mereka di sana. lagipun, sama seperti kita menghantar anak di pusat jagaan kanak-kanak, hantar pagi, ambil petang. sebab masing-masing dah berkerja. anak-anak takde komen apa-apa bila kita hantar ke sana. jadi, sama juga dengan ibu bapa kena faham situasi kami, tiada masa sebab kami bekerja. lagipun, di sana, ibu bapa ada kawan untuk berbual dan ada orang jaga. bila balik kerja, kami ambil mereka. saya rasa rumah kebajikan orang tua perlu diperbanyakkan lagi"

tergamam aku dengar dan sangat kurang ajar. ada kah patut dia membandingkan ibu bapa kita dengan hantar anak-anak ke taska? kalau aku jadi mak ayah, dengar anak cakap camni, hancur luluh hati aku. melampau!

bagi aku seorang anak, sesibuk mana pun dia, seharusnya ada perasaan terhutang budi dengan ibu ayah mereka. jagalah mereka, korbankanlah diri untuk kebahagiaan mereka. aku tak sanggup letak orang tuaku di sana. selagi mereka hidup, aku berhutang banyak dengan mereka. 

mungkin juga sebab mereka tak pernah hantar aku ke pusat jagaan kanak-kanak (aku tak pasti anda), mereka menjaga aku setiap saat, masa dan tahun. sehinggalah aku besar ini. kini mereka sudah tua, siapa nak bantu dan jaga mereka? kita.... apatah lagi aku yang anak seorang ini, siapa lagi yang mereka harapkan.

p/s: meskipun siaran ini untuk sesi luahan rasa Hot.fm tapi waras lah. aku jadi tekanan pula dengar Hot.fm. dengar Ikim.fm banyak iklan plak.

3 YangTelahKomen.Anda?:

sheshe berkata...

salam,

Haha. This is my view dear. Kak she tak rase pon die salah. Jangan anggap jadual die sama dengan jadual kita. First, die ad kekangan kerja. Kerja nak tak nak kena masuk awal*bagi yg kerja kerajaan*. Kalau parent die kuat lagi, for sure boleh duk kat rumah je, tp kalau jenis yg da uzur? yes, boleh hire org datang rumah n jaga, tp tak seme orang mampu. Lagi baik letak parent die di tempat yg selamat*ramai org* dr tinggal sorang2 kat rumah.

Kak she tak rase ape yg dia buat salah, sebab niat dia utk kebaikan parent die. kalau itu kurang ajar, stesen radio pon xkan ulang, sebab diowang nak jaga reputasi radio diowang jugak.

Im with her, does not mean I will do the same. Based on her reasons, kakshe cuba letak diri kakshe sebagai dia, bukan sebagai kakshe. Plus die ambil parent die balik, bukan tinggal terus x jaga2.

aimi berkata...

mungkin sbb dia wanita kerjaya.. kehidupan sekarang mmg materialistic skit.. aku tak salahkan si anak.. sebab kekdg husband tak mampu provide keperluan jadi si isteri perlu bantu lelaki.. aku ade satu subject kne kitaorang pilih pasal tajuk sal jagaan orang-orang tua..kitaorang gi 3 tempat jagaan orang-orang tua,, mostly melayu mmg ada yang hantar parent dia kat umah jagaan orang tua tapi cam day care..balik keje dorang amik..mostly dorang takut nak tinggalkan parent kat umah sorang-sorang sebab ada yang da nyayuk.. so mcm2 leh jadi kat umah if biarkan sorang2.. ada tue tnggalkan parent die sbb si ank dia tak berkahwin.. so si ank terpaksa cari duit dalam masa yang sama jaga ibu dia dan dia adalah anak tunggal.. mostly yang hantar bersebab..tapi yang kesian chinese lagi la hantar umah orang tua tinggalkan sana trus n melawat pon jarang2...sangat kesian tgk orang2 tua chinese..

Alif Yusof berkata...

Salam.. ada juga ibu bapa yg suka diletakkan di rumah orang tua. Alasannya, bosan duduk sorang2 kat rumah. hehe..tapi rasanya itu situasi dimana orang tua tu x de jiran2 yg rapat, tambah2 duduk rumah anak ataupun tengah sakit. kalau yang memang aktif pi surau, kenduri kendara, masih sihat nak berjalan-jalan. mereka lebih suka duduk rumah sendiri. Sekadar pandangan. hehe

ImbasanStatusMukaBuku

4 Februari 2012 - Ranking

1. Hilal Asyraf(Official)
Sahabat itu untuk saya mahal.
Kerana itu jika dia terjun ke dalam neraka,
saya sanggup terjun juga untuk mengambilnya semula.

2. Nurul Syamila Marlan
Nak tahu tak? dua perkara yang sangat membuang masa saya dan awak-awak semua??
meh dekat sikit nak bagitau..
dua perkara yg sgt membuang masa ialah MERAJUK dan MEMUJUK!! ahak..

3. Akmal Hisham Abdul Rahim
‎"If you're not careful, the newspapers will have you hating the people who are being oppressed and loving the people who are doing the oppressing." Malcolm X

4. Zanariah Zainal Abidin
‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’

5. Mohd Hassan Che Haat
Mungkin dan berapa puluh kali kita mengutuk makanan, tak rasa apa-apalah... masin sangatla... tawar-hebe lah... lecah la... Tapi kita lupa Saidatina Aisyah RA berkata Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun mengaibkan makanan. Baginda hanya ambil makanan yang mahu dimakan atau meninggalkannya sekira baginda tak mahu makan...

6. Danny Xuan Rong Koh
there are reasons for many things. Did bad stuff and you are all deserved to be verbally slapped. It feels pain to be scolded. Instead of racking up the other mistakes of the opponents, it is better to eat the humble pie and steer clear from repeating the mistakes. Also, be focus and get your work done.

7. Aina Munirah Kassim
You will always see what's wrong when you are right, but you will never see what's right when you are happy doing wrong..