Isnin, Januari 02, 2012

bahana email palsu bank

suatu fakta dan kisah benar yang perlu anda tahu "abaikan email palsu perbankan!"
setiap orang yang melayari internet pasti ada membuka email. setiap hari, setiap minggu, setiap sebulan atau setahun sekali pun, hari ini anda wajib untuk 'mark as spam' atau 'delete forever' email yang ada meminta anda menyemak akaun bank online atas faktor penambahbaikan atau masalah teknikal. jangan layan dengan email ini. ini contoh email palsu daripada Maybank2u.

email palsu daripada Maybank2u.
[klik gambar ini untuk lihat lebih jelas]
aku pernah kerap kali terima email daripada CIMBClicks dan Maybank2u (meskipun aku tak pernah buka akaun Maybank2u) malahan email daripada World Bank. sangat mengarut. aku kerapkali mendengar kes penipuan sebegini dan aku selalu abaikan. namun, aku menjadi celik apabila penipuan ini berlaku pada seseorang yang aku kenal. Allah telah takdirkan ini berlaku (dengan meyakini pasti ada petunjuk dan hikmah di sebalik kejadian ini). mungkin kita selalu 'spam' tetapi entah bagaimana kita terleka dan alpa, kita ditakdirkan untuk melayan email ini. Allah Maha Bijaksana dalam pengaturan hidup hambaNya.

jika anda dapat lihat dalam email tersebut, Maybank2u meminta untuk klik link di bawah atas masalah yang berlaku dalam akaun. seseorang yang ku kenal (Encik A) telah mengikut arahan pada email itu dan muncul akaun Maybank2u palsu (sebijik sama! dengan akaun Maybank2u sebenar.). ini akaun palsu.


akaun Maybank2u palsu

ini akaun sebenar Maybank2u:

akaun Maybank2u sebenar
seperti biasalah, kita masuk akaun kita. ada:
username: Encik A
password: ******

lepas tu dia minta nombor TAC yang diterima dalam handphone kita. lantas Encik A taip dalam:
TAC: *******

urusan selesai. lantas, Encik A menerima SMS daripada Maybank2u (sebenar), bahawa Encik A membuat transfer kredit RM >1K. lantas, berlakulah kisah dukacita atas mangsa rompakan siber ini. kita sudah berjaga dan berhati-hati dengan diri dan harta kita, namun, kadangkala kuasa Allah segalanya. Sedarlah kita, adanya insan kejam dan tamak harta, sanggup dia menyusahkan dan menindas orang yang sangat memerlukan sumber kewangan ini untuk keluarganya, hutangnya dan dirinya. 

Oleh itu, sahabat-sahabatku, janganlah kita menindas orang-orang (susah, kaya, sederhana atau sesiapa sahaja), janganlah cuba menindas! syukuri dengan nikmat yang ada. jangan mencari duit haram untuk kepuasan nafsu sendiri! takutlah Allah dan bertaubatlah segera! semoga Allah mengampuni dosa kita dan semoga Allah melapangkan hati dan rezeki Encik A di dunia dan di akhirat!

macamana nak tahu akaun maybank2u palsu atau tidak? atau perbankan lain? 
1. Bank tak pernah hantar email kepada pelanggannya.
2. lihat URL yang anda buka, adakah sama dengan akaun bank online sebenar?


URL Maybank2u perompak

URL Maybank2u sebenar sah di Malaysia.
Ya Allah lindungilah kami daripada pemimpin, kumpulan dan individu penindas! selamatkan kami dunia akhirat.

3 ulasan:

ticher ina berkata...

Takutnya...
Xpena dpt emel dr maybank atau apa2 online banking...
Tp kalau yg kata legal notice dpt duit lah apa lah selalu lah
Moga terlindung...
huhu...

Tanpa Nama berkata...

Biasa dpt email2 mcm tu..siap jd pewaris jutawan tu.. huhu tp delete je. haha

Unknown berkata...

[1] Ticher ina:
sebenarnya berita pasal penipuan internet ni dah banyak, cuma kadangkala kita ni macam ambil endah tak endah. tapi bila dah terkena kat batang hidung sendiri. aduhai, sakitnya bukan kepalang. hanya berdoa yang kita mampu untuk mengelak terkena fitnah, penipuan sebegini.

[2] Alif Yusof:
yup. macam Encik A ni pun dah buat spam, tapi entah camne boleh terkena juga. Allah maha kuasa.