Jumaat, Disember 30, 2011

komen makanan

setiap kali kita beli makanan bungkus atau makan di restoran atau pasar malam, pasti kita akan bertanya pada kawan, "sedap tak makanan tu?"
pasti ada jawapan yang positif dan negatif.
oleh itu, untuk mengelak mengomen makanan, masaklah sendiri ye.

Syafakallah Aiman Cikgu

sewaktu mendengar berita Aiman Cikgu kemalangan, aku terimbau dengan nasibku yang lalu. bagaimana peritnya kesakitan yang dialami. Aku mengambil peluang untuk melawat Aiman Cikgu dengan tujuan untuk menginsafi diriku dan mengingatkan aku akan keperitan yang aku alami dulu. dengan memori yang terimbau ini, akan mengingatkan diri ini, bagaimana aku sangat rapat dengan Allah semasa sakit dulu.
setelah melihat Aiman, hampir menitik air mata aku melihat beliau. sesungguhnya dugaan yang menimpa Aiman lebih hebat dari diriku ini, sesungguhnya Allah amat menyayangi beliau. Maha Hebat Allah atas segala pengaturannya. Aku berlindung kepada Allah, Tuhan semesta alam. sakit merapatkan kita dengan Allah dengan segala keperitan yang ditanggung di atas katil wad. terutama apabila hendak membuang air, itulah saat paling menyeksakan bagiku. melihatkan Aiman yang tabah dan cekal ini, aku sangat sayu..... tak terkata diri ini. 

kenangan lalu terimbau kembali, aku teringat semasa kawan-kawanku menziarahi aku, ada adab yang aku pelajari. adab menziarahi pesakit. aku praktikkan kembali kepada Aiman, agar beliau berasa ada kawan dan sahabat yang sentiasa bersamanya dan memberinya semangat walaupun beliau dalam kesusahan. Aku tidak bertanya bagaimana caranya kemalangan, aku tidak membebankan dnegan pertanyaan yang berat dan serius, hanya memberi kata-kata positif dan membacakan doa di telinganya:

"dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang, aku berlindung dengan kebesaran Allah, dan kekuasaaNya daripada keburukan apa yang aku dapati dan aku takuti. ya Allah hilangkan kesakitan Aiman, tuhan manusia sembuhkanlah, Engkau penyembuh, tidak ada penawar yang menyembuhkan melainkan penyembuh Engkau, yang menghapuskan penyakit. aku memohon kepada Allah yang maha besar, tuhan Arasy yang hebat supaya ia menyembuhkan sahabatku, Aiman"

aku berundur diri dengan ucapan "aku sayang kau, Aiman.". Percayalah, seorang sahabat dalam kesusahan sangat memerlukan sokongan sahabatnya dengan kata-kata yang positif dan penuh kasih sayang.

Rabu, Disember 28, 2011

Lai Ibrahim revert to Islam part5

klik sini untuk cerita sebenar (part4)

Imam menasihati jemaah dan Lai


Lai mengucap dua kalimah syahada

agar ilmu ini untuk semua

rasa macam kurang berilmu.
sekalipun orang di sekeliling berilmu.
tiada orang pedulikan aku. 
mungkin kerna ku kurang ilmu.
kerna itu aku memaksa untuk berilmu.
kelak mereka mencari aku.
agar ilmu ini untuk semua.
berkat ilmu itu bukan untuk sendiri.
tetapi untuk semua.


Jumaat, Disember 23, 2011

Lai Ibrahim revert to Islam part4

[sambung menyambung]
part 3

nama asal beliau ialah Lai Chee Hing berusia sekitar 31 tahun.
memeluk Islam ialah melalui pemerhatian beliau terhadap Islam dan ajakan ayah angkatnya.
beliau mengalami saat yang sukar apabila ditipu kawannya sendiri.
akibat itu, beliau terasa tertekan dan mujur ada ayah angkatnya yang mengambil peluang ini untuk mengajaknya kepada Islam.
anak sulung kepada 3 beradik, yatim piatu dan sangat rapat dengan Pakcik Alif Wong.
mungkin juga ada sebab lain yang menguatkan lagi beliau untuk masuk Islam.
tetapi aku tidak sempat berbual panjang kerana masa yang terbatas.
aku yakin ada lagi hamba Allah di luar sana yang mencari-cari tujuan hidup dan Tuhan mereka, tidak kurang juga yang bergelar muslim turut mencari-cari siapakah dirinya sendiri.
sebab itulah imam berkata kepada Lai, masuk Islam ini jangan lihat pada orangnya, tetapi lihatlah pada Islamnya (AlQuran dan Sunnah), kerana setiap penganut pasti ada yang sedikit terpesong dan mengabaikan tanggungjawabnya. jadi kita ini yang sedar akan tanggungjawab kita kena sentiasa berpegang kepada agama Allah ini (Islam).
semoga mereka berdua memperoleh ilmu sepanjang di Terengganu (ada kelas pengajian yang Pakcik Alif sertai), dan semoga mereka menjadi muslim yang terbaik. Amin.
mukaddimah dari imam surau AlFalah

penerangan dan panduan mengucap 2 kalimah syahadah

ucapan selamat daripada jemaah surau kepada Lai

bersama ayah angkat, Pakcik Alif

tumpang sekaki
tengah memuatnaik (upload) video Lai mengucap dua kalimah syahadah. 

Rabu, Disember 21, 2011

Lai revert to Islam part 3

[hari ini penat sangat.... maaf sebab tangguh-tangguh cerita]

aku dengan pengalaman dan ilmu yang kurang, terasa amat berat untuk menggalas tanggungjawab ini.
namun, ganjarannya sangat besar di sisi Allah berdasarkan niat kita.
aku dengan segera meminta Pakcik Alif pergi ke PERKIM atau mana-mana masjid untuk diislamkan anaknya itu.
terputus hubunganku dengan mereka sebentar.
sedang aku berehat pada Ahad lepas menjelang senja, panggilan daripada Pakcik Alif menyatakan beliau dan anaknya di Bangi.
Surau Al-Falah di Seksyen 6 [atau fasa 1 atau seksyen 16], hampir Maghrib aku bergegas ke sana, tersalah surau dan rupanya surau ini tak pernah aku mampir selama hidup di Bangi. ish3..
setibanya di sana, kelihatan Pakcik Alif sedang berborak dengan seorang pakcik [mungkin menyatakan hasrat nak mengislamkan anaknya]
apabila dia nampak aku, terus dia panggil nama aku. segannya dia panggil aku, lantas aku dekat dan beliau memperkenal dengan Lai, anaknya.
terharu sangat apabila Pakcik melayan aku sebegitu baik, malah sempat lagi beliau meminta aku untuk mengislamkan Lai. tetapi masih ku tolak permintaan ikhlas Pakcik Alif.
maka bermulalah perjalanan hidup baru Lai setelah kami solat Maghrib berjemaah.

[mata memang tak tahan sangat ni... nanti part 4 saya cerita kenapa dia masuk Islam.]
part 4 di sini

Lai revert to Islam part 2

[bersambung kembali... maaf tadi ada seorang kawan lama ajak chat. tak boleh nak fokus menaip.]


Pakcik Alif Wong membaca Alfatihah dengan lambat-lambat (masih belum lancar).
aku melihat kesungguhan beliau, dan yakin beliau sangat memerlukan bantuan aku.
hanya itu yang aku mampu bantu beliau, nak mengajar AlQuran beliau sudah berkerja.
apa lagi yang boleh kita salurkan pahala padanya? duit saja yang termampu...
apalah sangat duit pada diri, jika hanya untuk makan minum untuk perut sendiri.
Pakcik Alif meminta nombor telefonku, dan mungkin kerana itu menjadi penghubung aku dengan dia selanjutnya.

dua bulan berlalu, Pakcik Alif menelefon aku dengan tiba-tiba.
sekali lagi, dari Terengganu, beliau minta sumbangan untuk beliau jumpa anaknya di UKM.
kali ini dalam kesempitan, aku sedikit ragu berkali-kali.
namun, ada ayat yang menyebabkan aku merasa wajib untuk aku bagi sumbangan lagi sekali.
"anak pakcik nak masuk Islam, pakcik nak datang KL jumpa dia"
suatu kewajipan bagi kita untuk meraikan mereka yang ingin memeluk Islam. [betul tak?]

dua minggu lepas, beliau hubungi aku katanya "sudah berada di KL, anak Pakcik nak masuk Islam". Pakcik Alif minta aku untuk mengislamkan anak beliau.

[aduh... ngantuk plak. bersambung leh?]

Lai revert to Islam

Lai kembali memeluk islam dan aku mungkin tak ada kaitan dengan pengislamannya.
Aku hanya menjadi saksi kepada pengislaman Lai. 
Ini semua bermula dengan satu kejadian yang tidak disangka kepada pertemuan aku dengan Lai.

aku percaya dan amat yakin "setiap pertemuan pasti ada sebabnya".
sebab setiap pertemuan ini adalah mengikut aturan Allah.
aku bermula dengan pertemuan dengan Alif Wong di Masjid Solehin, Kampung Teras Jernang, Bangi.
seorang pakcik tua yang meminta sumbangan dari jemaah selepas solat Zohor.
aku berborak dengan dia, dan meminta dia membaca Alfatihah agar aku yakin dia adalah mualaf benar.
Pakcik Alif tanpa segan membaca di hadapan aku, aku menghormatinya.
berkerja di Terengganu datang ke sini untuk meminta sedikit sumbangan dan hendak pulang ke Terengganu.
Namun, biasalah, setiap mualaf yang aku lihat di tepi-tepi masjid meminta sumbangan, antara luahannya tak dapat banyak bantuan untuk kehidupan mereka.
malah, kebanyakan mereka adalah miskin dan pasti mereka ada masalah dengan keluarga mereka.

[..... alamak..... jap ye.]
klik untuk part 2..


Ahad, Disember 11, 2011

tatkala hati resah

tatkala hati resah dan gelisah...
mencari kembali, masa dan rezeki yang hilang...
hilang terbang, entah pergi ke mana...
dengan sekelip mata.

mungkinkah ini akibat kesilapan diri...
yang terlalu mengejar duniawi...
tanpa memikirkan akan keredhaan Ilahi...
berkat masa dan rezeki, terus, berlari pergi.

hanya satu jawapan yang pasti...
dengan kembali kepada Pencipta diri...
agar kembali, memuhasabah dan menginsafi diri...
sebelum takbur memakan hati.

LakaranMusimBunga

Jumaat, Disember 09, 2011

ukhuwah fillah

aku tersentuh melihat video tomato. 
apabila ukhuwah kerana Allah, kita saling mengingatkan kawan dengan ayat AlQuran.
moga kita berukhuwah kerana Allah.
bukan kerana fahaman politik atau ada kepentingan lain.

lebih rela tanggung beban

pasti kita rasa menyesal yang teramat apabila kita telah melakukan kesalahan.
lebih berasa serba salah apabila kesalahan yang kita buat akan melibatkan ramai orang lain.
apatah lagi apabila ia bakal menyusahkan orang lain.
kesimpulannya daripada topik ini ialah, lebih rela tanggung beban daripada menyusahkan orang lain.

apa pandangan anda?

Jumaat, Disember 02, 2011

bila kutuk orang...

bila orang kutuk dia, marah. bila dia kutuk orang, "eh, ada ke?". - biarlah diri ini dihina dikutuk, asal hati masih menjaga iman kepada Allah....‎.... dengan tidak mengutuk orang lain.

aku terfikir kenapa zaman 2011 ini sangat penuh dengan cacian, hinaan secara terang-terangan di khalayak ramai. Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung sekarang pun banyak ucapan-ucapan yang tidak sedap didengar. mereka kata di pihak pembangkang yang selalu mengutuk dan memulakan cacian ini. tetapi setakat yang aku tengok (sebab aku tak pernah pergi ceramah politik pembangkang di luar TV), siaran langsungnya yang banyak dihina adalah orang itu, malah mereka sendiri yang memulakan. entahlah, aku semakin jemu dengan cacian dan makian. malahan, aku terasa aku pun sudah terjangkit dengan sikap ini. 


Percaya atau tidak, bila kita asyik melihat perbuatan tidak bermoral ini, akan menyebabkan kita terikut sama secara tidak sedar. banyak benda negatif dipaparkan di kaca TV, sedikit sebanyak mempengaruhi kita. apatah lagi anak-anak remaja, kanak-kanak yang masih belajar ilmu dunia. apakah dengan perkelahian dan balas-membalas tahi ini, akan menyelesaikan masalah dan konflik yang ada?


Apalah sangat parti untuk dipertahankan kalau salah. yang benar, katakan benar, yang salah katakan salah. dan yang lain pun, janganlah menjadi api dalam sekam. menyemarakkan lagi perkelahian dan dendam berterusan. bukannya maksudku untuk berbaik dan bergabung dengan mana-mana parti (sebab pasti ramai yang banyak prasangka dan curiga), tetapi cukuplah dengan kamu yang atas (berkuasa) tidak menghentam, menghina, mencaci sedemikian rupa. kalau nak tarik hati pengundi, janganlah menimbulkan perasaan benci pengundi dengan menghina pihak lawan.


p/s: dengan erti kata lain, kalau nak menang pertandingan rumah tercantik dalam kawasan perumahan kita, janganlah bakar rumah orang untuk pastikan kita menang. tetapi hiaslah dan serikanlah rumah kita dengan sebaiknya. jangan lupa berdoa kepada Allah agar rumah kita boleh menang.


p/s lagi: aku tak tujukan kepada kerajaan atau pembangkang, tetapi aku tujukan kepada semua Yg Berhormat, Yg Berkhidmat dan diri kita sendiri.

Rabu, November 30, 2011

sudah baca Quran?

sudah baca Quran?
sehari berapa muka surat?
atau sudah hafal?

Khamis, November 24, 2011

cupping therapy again

berbekam adalah sunnah Nabi Muhammad dan tidak popular di kalangan muda mudi zaman sekarang. ini kali ketiga aku berbekam, kali pertama di Hulu Langat, kenalan ayahku. Pasti setiap kali yang pertama, ia sangat menyeramkan dan kerap kali aku terbayang-bayang kesakitannya. Namun, jangkaanku meleset, rupanya berbekam sangat mudah dan tidak menyakitkan.

Kali kedua, aku berbekam di Bandar Seri Putra Bangi. kurang menyelesakan dan agak sakit. Aku kembali semula kepada Pakcik Ramli di Hulu Langat. aku yakin dengan beliau dan sangat profesional. Pakcik Ramli adalah herbalis HPA (syarikat perubatan Muslim terkenal) dan pakar diagnos berdasarkan tapak tangan, muka dan lidah. upah diagnos RM15, sangat puas hati dengan penjelasan beliau dan dapat kesan penyakit-penyakit yang baru nak muncul dalam tubuh kita. 
"ada masalah nak buang air besar ke?" Pak cik Ramli tanya aku. dia tahu berdasarkan diagnos. dan sememangnya aku ada masalah itu. dia cadangkan bekam di 5 tempat dan aku cakap boleh je kalau nak bekam lebih. mungkin dia takut aku tak cukup duit. 1 point bekam RM10. aku buat di bahagian kepala dan belakang. InsyaAllah akan keluarnya darah-darah kotor dan memperbaiki saluran darah tersumbat. Darah kotor aku banyak. mungkin akibat tekanan belajar, kerja dan kemalangan yang lalu. tak rugi bagi kamu untuk cuba.

ni alamat Rumah Sihat ThibbulJawi.  (klik sini)58-1 Jalan lagenda Suria 3, Taman Lagenda Suria. batu 12 Hulu langat. kalau tak pasti, anda ke Sungai Congkak atau Gunung Nuang, akan ada Petronas besar. kat sebelah Petronas ada kedai-kedai. di situlah. cari kedainya. nak nombor telefon? boleh mesej atau komen. 

perempuan nak juga? boleh... ada isteri Pakcik Ramli yang akan buatkan.

p/s: aku saja botak. berat rambut lama dan azam baru. nak semangat!!

mencari perlindungan

ada seorang adik yang mencari perlindungan. perlindungan daripada sebuah keluarga baru. sudikah anda menerima adik ini?

aku mendapat jemputan untuk melindungi adik ini. mencari peluang dan keadaan untuk mendapatkan seseorang yang dapat membantunya tenang dalam mencapai kejayaan di dunia. apatah lagi untuk melindunginya ke akhirat nanti. keluarga pada tika ini tidak mengizinkan adik ini untuk mengulangkaji pelajaran, sehingga dia mencari-cari bilik atau rumah untuk dia menuntut ilmu. aku terkesima. masih ada remaja yang ingin menuntut ilmu sebegini gigih. alangkah seronoknya, kalau aku dapat melindungi adik ini. tetapi.....

sesekali bila terfikir, banyak insan yang memerlukan perlindungan tetapi mereka sangat segan untuk meminta-minta. mungkin juga mereka takut meminta perlindungan yang memerlukan pembalasan. hakikatnya, masing-masing termasuk anda juga mencari perlindungan. sebab itu, kita sentiasa akan mencari perantara untuk kita luahkan sesuatu. yang jelas ialah kawan. kita memerlukan kawan. namun, kawanlah yang akan mencorakkan kita. 

bagaimana pula bagi mereka yang tidak ada kawan. mereka juga akan mencari perlindungan melalui perantara yang ada. jelas, ia adalah Facebook, Twitter dan Blog. terbaru ialah Vlog. termasuk aku juga. anda yang mencari perlindungan, berhati-hatilah memilih kawan. bagi anda yang sering dicari, corakkanlah kawan anda dengan Islam dan Iman kepada Allah.

Rabu, November 23, 2011

Mr. Sensitive

  
rasa macam diri ini semakin menjadi-jadi sensitif.
adakah kerana diri ini keseorangan dan tiada tempat mengadu (Allah tempat utama mengadu) sehingga aku mudah terasa dengan setiap perlakuan dan perkataan orang lain?
perkara paling jelas, usia 23 tahun masih sama sensitif malahan berlebihan sensitifnya.
merasakan tika hampir 3 minggu aku tinggal bersendirian (Umi Abi di Makkah), inilah klimaks cerita diri ini.
terlalu banyak bebanan diri, sehingga aku merasakan tak sanggup untuk belajar atau berkerja. sehinggakan mampu untuk berfikir begitu.

secara jelas aku terfikir kembali selepas menunaikan solat Zohor. kenapa aku harus sensitif kerana hal-hal kecil? kenapa harus aku menangis kerana hal dunia? perlukah perkara ini dipendam-pendam dalam hati? sehingga menjejaskan penampilan dan perlakuan aku? tidak mampu senyum dan asyik bermasam muka?

di usia sebegini, sememangnya banyak cabaran dan tekanan akan melanda diri. Lagi-lagi apabila melibatkan pekerjaan dan pembelajaran. aku kena sedar bahawa diri ini akan memikul jawatan sebagai suami dan bapa. pastinya ia lebih berat dan mencabar. Apalah kalau nak dibandingkan dengan hal sekecil ini. macam budak-budak. biarlah dia buat dan menyusahkan kita, asalkan kita jangan membalas buruk akan dia.

yang jelas, biarlah kita berhempas pulas menjaga perasaan orang, tetapi janganlah sesekali kita melukakan hati orang. meskipun kita penat dan letih melayan sikap dia yang sangat merimaskan, biarlah kita terasa seorang diri dan janganlah kita pula yang menyakitkan hati dia (dengan membalas buruk atau mengumpat tentang dirinya).

Jumaat, November 18, 2011

teori kepimpinan

berbual dengan seorang sahabat tentang kepimpinan.
bukan bual tentang kepimpinan negara yang tidak tercapai tanganku untuk menilai mereka. cukuplah kepimpinan di bawahan.
seperti kata orang, bumi itu bulat. bila kita di atas, pasti, satu ketika kita akan turun juga ke bawah nanti.
pasti kita bermula daripada bawah, dan akan sedikit demi sedikit naik ke atas.
ketika di atas adalah saat yang paling seronok kerana kita nampak segalanya di sekeliling dan di bawah.
namun, andai terlalu leka dengan keseronokan di atas, kita akan terlupa pengalaman kita di bawah dulu.
dan pastinya kita akan kembali ke bawah, namun melalui dua cara. mungkin dengan cara memalukan atau cara yang dihormati.

teori kepimpinan yang aku alami semasa kini ialah teori tekanan dan kekelam-kabutan. atekanan dialami itu biasa bagi seorang pemimpin (baca: ketua), sebab semua sumber idea kepimpinan di dalam otaknya. dan seharusnya idea itu diterjemah melalui mesyuarat kepada semua anak buah di bawahnya. apabila tekanan-tekanan idea ini dialirkan kepada yang lain, seorang pemimpin itu, akan mudah untuk melaksanakan idea itu dengan lebih lancar.

akan tetapi apabila agihan idea tidak disampaikan, malahan ia tertutup dan tidak dibuka pandangan daripada anak buah yang lain, ia akan membuatkan tekanan itu berganda kepada pemimpin tersebut. percayalah, apabila ini terjadi, keputus-asaan akan cepat sangat berlaku semasa ini. terutama apabila pemimpin ini tidak mempunyai kepercayaan kepada anak buah yang lain. sikap ini mungkin kerana takut idea ini tidak akan dilaksanakan seperti apa yang diharapkan. adalah susah bagi seorang pemimpin untuk melakukan seorang diri, sekurang-kurangnya ia memerlukan 3 orang untuk menyokongnya.

Aku yang pernah jadi pemimpin ini, pernah mengalami ini atas faktor ketidak percayaan kepada anak buah lain. nasihatku ialah percayalah anak buahmu, dan terimalah pendapat mereka dan sesuaikan dengan idea kita. jika anda masih tidak percaya dengan anak buahmu, pastikan follow-up (sentiasa tanya) mereka tentang gerak kerja (tetapi jangan memaksa!)

kedua, tentang kekelam-kabutan. tidak banyak aku mahu katakan, cuma, jangan last minute! anda akan kelam-kabut dan akan mengganggu orang lain. apatah lagi last-minute akan menyebabkan orang lain hilang keyakinan dengan diri kita atau idea kita. oleh itu, jom jangan last-minute.

Khamis, November 17, 2011

hormatilah pandangan


hormatilah orang lain sebagaimana kita mahu orang lain menghormati diri kita.
siapa setuju dengan kata-kata ini?

semalam, simposium ada membincangkan tentang masalah kelestarian persekitaran. bagaimana nak ubah mentaliti setiap masyarakat untuk menjaga ekosistem alam ini.
teringat kata-kata daripada Prof Abdul Latiff Mohamad yang mengatakan pemimpin tidak hormat dengan pandangan ahli akademik kecuali jika ada kepentingan.
Prof. tidak mahu bila berlaku kebinasaan, baru nak merujuk ahli akademik.
sebagai contoh di Fukushima, Jepun. (yang letupan nuklear baru-baru ni), bila pemimpin mula mengikut pandangan ahli akademik.

bukan setakat di kalangan pemimpin, kita sebagai manusia (lagi-lagi bergelar muslim) hendaklah menghormati pandangan orang lain. (kecuali yang melampau dan terang jelas bercanggah dari syariat Islam)

Rabu, November 16, 2011

zero waste mentality

"in nature, waste d0es n0t exist at all!" - pr0f. pak sum l0w.
semalam, semasa Simposium Antarabangsa Sains Sekitaran dan Sumber Alam (ISENAR) di Hotel Equatorial, Bangi, aku tertarik dengan satu kata2 daripada Prof. Pak Sum Low ini. anda faham tak??
bayangkan semua yang Allah jadikan di dunia ini, tiada sebarang sampah atau benda sia-sia. dengan erti kata lain, semua benda yang Allah jadikan boleh lupus. contohnya daun layu yang gugur ke bumi, boleh dijadikan sebagai humus dan bermanfaat kepada nutrien tanah. Taik. eh. tahi binatang atau kita, akan ada bakteria atau makhluk yang akan melupuskannya.
namun, apabila manusia mula membangunkan bumi (baca: merosakkan), banyaklah bahan yang tidak boleh lupus atau mengambil masa berjuta2 tahun. termasuk aku jugak yang menggunakan plastik dan botol.
kesimpulannya, kita perlu kembali kepada alam dengan cara mengurangkan sampah atau mentidakadakan sampah. minimization waste or zero waste. bagaimana?

Selasa, November 15, 2011

Rev-UP REVerse Walkathon 2011


I want to invite all of you to this program :
Anda dijemput ke Program Rev-UP REVerse Walkathon 2011 di Stadium UKM.
Sabtu 19 November 2011 jam 8 pagi.

hadiah sangat menarik (lihat poster).
yuran penyertaan RM3 sahaja dan boleh daftar esok 15 November dan 16 November (rabu) di Kafe KUO, KKM dan KPZ.
atau email dulu di sini dan bayar kemudian.
... pendaftaran adalah untuk tempahan makanan.

p/s: tema pakaian digalakkan biru ReVive, hijau atau putih.

contact number: Nabilah 0175898595

REV-UP REVerse WALKATHON 2011 is a programme organised by Botany and friend garden clubs UKM with collaboration with PERMANIS SDN. BHD.

This event aim to increase awareness on the green activities, how our daily lives affect by our action and tighten bonds shared between staffs, students, and others.

8.00 am: Registration
8.30 am: Opening ceremony by Dean of FST, UKM, Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad
Speech by Prof. Emer. Dato' Dr. Abdul Latiff Mohamad
9.00 am: Short breef
9.30 am: "REVerse Walkathon" challenges
9.45 am: Games and booth
11.30 am: Handprinting
11.45 am: Tree planting activities
12.00 pm: Prize and closing


Three ipods and hampers are waiting to be won! Grab this chance by taking part in this green event on Saturday, 19th of November 2011 at UKM Stadium. RM 3 per person. Registration is opened to all Malaysian.

Further details or to participate in this event do contact me
Think green, act green, and together we save our earth

ISENAR 2011

today I will attending to ISENAR or International Symposium on Environment and Natural Resources 2011 in Hotel Equatorial Bangi. I will updating info soon.


Isnin, November 14, 2011

Gempur ReVive UPM

semalam aku telah pergi ke Universiti Putra Malaysia di Kolej Keenam untuk menyaksikan penganjuran Gempur ReVive untuk ReVive Challenge. 

aku datang seawal 8.45 pagi dan majlis telah dimulakan dengan forum mengenai kepentingan air dan minuman isotonik untuk tubuh badan. panelis mereka bukan calang-calang orang iaitu pensyarah sains makanan dan atlet pemanah Malaysia (kalau tak salah Aziera). 
forum

forum dalam bahasa inggeris ini sangat menekankan tentang kepentingan minum air mineral berbanding air minuman Reverse Osmosis. di samping itu, air isotonik adalah terbaik untuk mengembalikan tenaga kepada mereka yang aktif bersukan (bertani dan lain-lain). namun, diingatkan kepada mereka yang tidak aktif, tidak perlu minum isotonik. persoalan lain yang ditimbulkan ialah kelebihan ReVive berbanding jenama isotonik lain. pensyarah ini telah memberitahu ReVive mengandungi Vitamin C dan D untuk diri kita. ini tidak kepada jenama lain.

senaman regangan

taklimat

kawan se UKM

tag kumpulan
aku yang baru pulih untuk berjalan seperti biasa tidak mampu lagi untuk menyertai pertandingan gempur ReVive ini. meskipun hadiah yang menarik RM500 untuk pemenang berkumpulan, namun, aku lebih rela menjaga kaki ku ini. senaman ringan telah dimulakan dan taklimat untuk Gempur ReVive telah dilaksanakan sekitar jam 10 pagi dengan suasana terik pagi. acara yang pertama ialah berjalan menggunakan batu bata sehingga ke garisan penamat, mencari tin ReVive tertulis nombor kumpulan, perang belon dan memanjat dinding (wall climbing). aku hanya sempat memerhatikan sehingga pencarian tin ReVive. siapalah yang agaknya menang?

aku tidak sabar menunggu penganjuran Revive Rev-erse challenge anjuran UKM pada 19 November (Sabtu ini). terbuka kepada umum di Stadium UKM. hadiah nya lebih lumayan untuk individu yang menang. dengan tema penganjuran adalah loving nature (green)..... nak daftar? jom ajak kawan-kawan lain. hubungi saya 0122517488.

LAKARANMUSIMBUNGA
p/s: terima kasih kerana sudi membalas pos ini. semoga kita diberkati Allah

Ahad, November 13, 2011

buat anda bakal SPM


Suasana dewan SPM
kenangan lalu kembali, SPM atau peperiksaan Sijil Penilaian Menengah yang merupakan peperiksaan terakhir buat zaman beruniform (zaman sekolah). pelbagai cabaran sebelum, semasa dan selepas SPM, pasti anda juga ada pengalaman yang hampir sama. terutama semasa menanti keputusan SPM, sangat berkecamuk jiwa.

jadi buat adik-adikku di SMKBBB (Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Jalan 2) dan SMK Jalan Reko dan sekolah lain2, selamatlah menempuh pengalaman yang berharga ini. belajar dan belajar itu penting sebagai usaha, tapi ingatlah penentu kejayaan ialah Allah. jadi jangan terlepas pergantungan dengan Allah. buatlah selalu solat hajat dan solat istiharah (tak reti? rujuklah buku atau buat seperti biasa dan doa bahasa melayu). Doa dengan penuh kesungguhan dan niatkan belajar ini hanya kerana Allah sebab belajar ini ilmu untuk kita berbakti kepada mayarakat terutama yang Muslim (bukan sebab nak dapat masuk Universiti je).
Futsal Adik2 Mteen Kepong
bagi yang tingkatan 4 tahun ini atau lepasan PMR (terutama Nadzmi, Syarraf, Che Amirul dan adik2 MTeen Kepong), jangan lepak la dulu atau berbulan madu. takde makna bulan madu sebelum berkahwin. tak lari jodoh kita bila nak kahwin nanti. yakin dengan Allah agar nanti dapat kahwin dengan perempuan yang lebih baik. tetapi fokus sekarang, belajar kerana Allah. jangan tunggu nak dekat SPM baru nak terhegeh-hegeh buat studi grup dan tanya cikgu (lagi2 cikgu tusyen).

buat2 bekas anak2 murid aku (lagi2 geng Afnan Zamri dan Zairul), selamat memasuki dunia dewasa dan awaslah, duni aini penuh tipu daya. masih perlu dan berharap kepada Allah. jangan lupa tegur cikgu bila nampak dari jauh.
Afnan Zamri (sumber: FB)

LAKARANMUSIMBUNGA
p/s: terima kasih kerana sudi membalas pos ini. semoga kita diberkati Allah


blog wajah baru


adalah dengan ini aku memilih untuk menukar templat blog Lakaran Musim Bunga. aku menukar templat atas beberapa faktor:
  1. hampir setahun aku menggunakan templat berwarna coklat dan ada kebebasan burung. setiap blog yang aktif kena menambah baik mutu penampilan blog. sebagai contoh media TV, pasti anda perasan, pasti ada masa mereka akan mengubah penampilan mereka. ini membuatkan kita lebih tertarik dan bersemangat untuk teruskan menonton TV. aku juga mengharapkan kalian selesa dengan templat baru. boleh komen dan kritik. jadi, aku memilih templat yang penuh kehijauan, kerana hijau itu menenangkan minda aku. anda pula bagaimana? kalau alergi dengan hijau, beritahu aku segera.
  2. merasakan terganggu dengan muzik radio ILuvIslam yang autoamatik dalam blog yang lalu. sebelum ini aku hanya meletakkan gajet ini sebagai manual untuk anda dengar, jika bosan. Namun, ia sangat menganggu, sehinggakan aku terpaksa tutup radio dulu setiap kali hendak menulis. jadi aku mengambil keputusan untuk membuang gajet ini.
  3. aku tidak bercadang untuk meletak gajet AlQuran, tetapi setelah aku buang gajet radio ILuvIslam, aku terfikir apakah muzik yang menenangkan agar tidak bosan. teringat AlQuran, pengisi hati. aku pun mencari gajet di dalam Google.com, dan aku ketemu gajet yang bersesuaian dengan tema hijau blog ini. semoga ia bermanfaat untuk anda. jika blog saya makin berat sila maklumkan ye.
  4. FanPage Lakaran Musim Bunga. saja buat untuk anda yang tidak kenal aku. jangan add aku di Facebook profil sebab dah penuh. (mesti poyo je budak ni). 
  5. banner baru dikemaskini dengan lakaran bunga ciptaan Allah yang sangat indah.

LAKARANMUSIMBUNGA
p/s: terima kasih kerana sudi membalas pos ini. semoga kita diberkati Allah

Selasa, Oktober 18, 2011

iklan boleh percaya ke?

aku ragu-ragu dengan iklan ini. sebab itu aku bertanyakan adakah iklan ini boleh dipercayai?

ada keratan akhbar.
akhbarnya adalah dari majalah hiburan URTV oleh Mama Juwie.

tiada laman web tetapi hanya nombor telefon. apa pandangan anda? adakah iklan ini benar, atau cubaan menipu?