Direktori

Jumaat, Disember 30, 2011

Syafakallah Aiman Cikgu

sewaktu mendengar berita Aiman Cikgu kemalangan, aku terimbau dengan nasibku yang lalu. bagaimana peritnya kesakitan yang dialami. Aku mengambil peluang untuk melawat Aiman Cikgu dengan tujuan untuk menginsafi diriku dan mengingatkan aku akan keperitan yang aku alami dulu. dengan memori yang terimbau ini, akan mengingatkan diri ini, bagaimana aku sangat rapat dengan Allah semasa sakit dulu.
setelah melihat Aiman, hampir menitik air mata aku melihat beliau. sesungguhnya dugaan yang menimpa Aiman lebih hebat dari diriku ini, sesungguhnya Allah amat menyayangi beliau. Maha Hebat Allah atas segala pengaturannya. Aku berlindung kepada Allah, Tuhan semesta alam. sakit merapatkan kita dengan Allah dengan segala keperitan yang ditanggung di atas katil wad. terutama apabila hendak membuang air, itulah saat paling menyeksakan bagiku. melihatkan Aiman yang tabah dan cekal ini, aku sangat sayu..... tak terkata diri ini. 

kenangan lalu terimbau kembali, aku teringat semasa kawan-kawanku menziarahi aku, ada adab yang aku pelajari. adab menziarahi pesakit. aku praktikkan kembali kepada Aiman, agar beliau berasa ada kawan dan sahabat yang sentiasa bersamanya dan memberinya semangat walaupun beliau dalam kesusahan. Aku tidak bertanya bagaimana caranya kemalangan, aku tidak membebankan dnegan pertanyaan yang berat dan serius, hanya memberi kata-kata positif dan membacakan doa di telinganya:

"dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang, aku berlindung dengan kebesaran Allah, dan kekuasaaNya daripada keburukan apa yang aku dapati dan aku takuti. ya Allah hilangkan kesakitan Aiman, tuhan manusia sembuhkanlah, Engkau penyembuh, tidak ada penawar yang menyembuhkan melainkan penyembuh Engkau, yang menghapuskan penyakit. aku memohon kepada Allah yang maha besar, tuhan Arasy yang hebat supaya ia menyembuhkan sahabatku, Aiman"

aku berundur diri dengan ucapan "aku sayang kau, Aiman.". Percayalah, seorang sahabat dalam kesusahan sangat memerlukan sokongan sahabatnya dengan kata-kata yang positif dan penuh kasih sayang.

0 YangTelahKomen.Anda?:

ImbasanStatusMukaBuku

4 Februari 2012 - Ranking

1. Hilal Asyraf(Official)
Sahabat itu untuk saya mahal.
Kerana itu jika dia terjun ke dalam neraka,
saya sanggup terjun juga untuk mengambilnya semula.

2. Nurul Syamila Marlan
Nak tahu tak? dua perkara yang sangat membuang masa saya dan awak-awak semua??
meh dekat sikit nak bagitau..
dua perkara yg sgt membuang masa ialah MERAJUK dan MEMUJUK!! ahak..

3. Akmal Hisham Abdul Rahim
‎"If you're not careful, the newspapers will have you hating the people who are being oppressed and loving the people who are doing the oppressing." Malcolm X

4. Zanariah Zainal Abidin
‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’

5. Mohd Hassan Che Haat
Mungkin dan berapa puluh kali kita mengutuk makanan, tak rasa apa-apalah... masin sangatla... tawar-hebe lah... lecah la... Tapi kita lupa Saidatina Aisyah RA berkata Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun mengaibkan makanan. Baginda hanya ambil makanan yang mahu dimakan atau meninggalkannya sekira baginda tak mahu makan...

6. Danny Xuan Rong Koh
there are reasons for many things. Did bad stuff and you are all deserved to be verbally slapped. It feels pain to be scolded. Instead of racking up the other mistakes of the opponents, it is better to eat the humble pie and steer clear from repeating the mistakes. Also, be focus and get your work done.

7. Aina Munirah Kassim
You will always see what's wrong when you are right, but you will never see what's right when you are happy doing wrong..