Jumaat, Disember 02, 2011

bila kutuk orang...

bila orang kutuk dia, marah. bila dia kutuk orang, "eh, ada ke?". - biarlah diri ini dihina dikutuk, asal hati masih menjaga iman kepada Allah....‎.... dengan tidak mengutuk orang lain.

aku terfikir kenapa zaman 2011 ini sangat penuh dengan cacian, hinaan secara terang-terangan di khalayak ramai. Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung sekarang pun banyak ucapan-ucapan yang tidak sedap didengar. mereka kata di pihak pembangkang yang selalu mengutuk dan memulakan cacian ini. tetapi setakat yang aku tengok (sebab aku tak pernah pergi ceramah politik pembangkang di luar TV), siaran langsungnya yang banyak dihina adalah orang itu, malah mereka sendiri yang memulakan. entahlah, aku semakin jemu dengan cacian dan makian. malahan, aku terasa aku pun sudah terjangkit dengan sikap ini. 


Percaya atau tidak, bila kita asyik melihat perbuatan tidak bermoral ini, akan menyebabkan kita terikut sama secara tidak sedar. banyak benda negatif dipaparkan di kaca TV, sedikit sebanyak mempengaruhi kita. apatah lagi anak-anak remaja, kanak-kanak yang masih belajar ilmu dunia. apakah dengan perkelahian dan balas-membalas tahi ini, akan menyelesaikan masalah dan konflik yang ada?


Apalah sangat parti untuk dipertahankan kalau salah. yang benar, katakan benar, yang salah katakan salah. dan yang lain pun, janganlah menjadi api dalam sekam. menyemarakkan lagi perkelahian dan dendam berterusan. bukannya maksudku untuk berbaik dan bergabung dengan mana-mana parti (sebab pasti ramai yang banyak prasangka dan curiga), tetapi cukuplah dengan kamu yang atas (berkuasa) tidak menghentam, menghina, mencaci sedemikian rupa. kalau nak tarik hati pengundi, janganlah menimbulkan perasaan benci pengundi dengan menghina pihak lawan.


p/s: dengan erti kata lain, kalau nak menang pertandingan rumah tercantik dalam kawasan perumahan kita, janganlah bakar rumah orang untuk pastikan kita menang. tetapi hiaslah dan serikanlah rumah kita dengan sebaiknya. jangan lupa berdoa kepada Allah agar rumah kita boleh menang.


p/s lagi: aku tak tujukan kepada kerajaan atau pembangkang, tetapi aku tujukan kepada semua Yg Berhormat, Yg Berkhidmat dan diri kita sendiri.

1 ulasan:

ainzoo berkata...

sbb tu lh suasana politik semakin memualkan. tak kira pembangkang mahupun kerajaan..


sgt kesal dgn apa yg blaku.

apa agaknya bntuk molekul air yg dh terkena `tempias` kata2 keat&seterusnya diminum untuk membasahkan tekak yang kering selepas acara kutuk mengutuk?
Apa kesan molekul2 air tu untuk badan dlm jgka masa yg pjg?

sighhhh