Khamis, November 24, 2011

mencari perlindungan

ada seorang adik yang mencari perlindungan. perlindungan daripada sebuah keluarga baru. sudikah anda menerima adik ini?

aku mendapat jemputan untuk melindungi adik ini. mencari peluang dan keadaan untuk mendapatkan seseorang yang dapat membantunya tenang dalam mencapai kejayaan di dunia. apatah lagi untuk melindunginya ke akhirat nanti. keluarga pada tika ini tidak mengizinkan adik ini untuk mengulangkaji pelajaran, sehingga dia mencari-cari bilik atau rumah untuk dia menuntut ilmu. aku terkesima. masih ada remaja yang ingin menuntut ilmu sebegini gigih. alangkah seronoknya, kalau aku dapat melindungi adik ini. tetapi.....

sesekali bila terfikir, banyak insan yang memerlukan perlindungan tetapi mereka sangat segan untuk meminta-minta. mungkin juga mereka takut meminta perlindungan yang memerlukan pembalasan. hakikatnya, masing-masing termasuk anda juga mencari perlindungan. sebab itu, kita sentiasa akan mencari perantara untuk kita luahkan sesuatu. yang jelas ialah kawan. kita memerlukan kawan. namun, kawanlah yang akan mencorakkan kita. 

bagaimana pula bagi mereka yang tidak ada kawan. mereka juga akan mencari perlindungan melalui perantara yang ada. jelas, ia adalah Facebook, Twitter dan Blog. terbaru ialah Vlog. termasuk aku juga. anda yang mencari perlindungan, berhati-hatilah memilih kawan. bagi anda yang sering dicari, corakkanlah kawan anda dengan Islam dan Iman kepada Allah.

Tiada ulasan: