berbekam adalah sunnah Nabi Muhammad dan tidak popular di kalangan muda mudi zaman sekarang. ini kali ketiga aku berbekam, kali pertama di Hulu Langat, kenalan ayahku. Pasti setiap kali yang pertama, ia sangat menyeramkan dan kerap kali aku terbayang-bayang kesakitannya. Namun, jangkaanku meleset, rupanya berbekam sangat mudah dan tidak menyakitkan.
Kali kedua, aku berbekam di Bandar Seri Putra Bangi. kurang menyelesakan dan agak sakit. Aku kembali semula kepada Pakcik Ramli di Hulu Langat. aku yakin dengan beliau dan sangat profesional. Pakcik Ramli adalah herbalis HPA (syarikat perubatan Muslim terkenal) dan pakar diagnos berdasarkan tapak tangan, muka dan lidah. upah diagnos RM15, sangat puas hati dengan penjelasan beliau dan dapat kesan penyakit-penyakit yang baru nak muncul dalam tubuh kita.
"ada masalah nak buang air besar ke?" Pak cik Ramli tanya aku. dia tahu berdasarkan diagnos. dan sememangnya aku ada masalah itu. dia cadangkan bekam di 5 tempat dan aku cakap boleh je kalau nak bekam lebih. mungkin dia takut aku tak cukup duit. 1 point bekam RM10. aku buat di bahagian kepala dan belakang. InsyaAllah akan keluarnya darah-darah kotor dan memperbaiki saluran darah tersumbat. Darah kotor aku banyak. mungkin akibat tekanan belajar, kerja dan kemalangan yang lalu. tak rugi bagi kamu untuk cuba.
ni alamat Rumah Sihat ThibbulJawi. (klik sini)58-1 Jalan lagenda Suria 3, Taman Lagenda Suria. batu 12 Hulu langat. kalau tak pasti, anda ke Sungai Congkak atau Gunung Nuang, akan ada Petronas besar. kat sebelah Petronas ada kedai-kedai. di situlah. cari kedainya. nak nombor telefon? boleh mesej atau komen.
perempuan nak juga? boleh... ada isteri Pakcik Ramli yang akan buatkan.
p/s: aku saja botak. berat rambut lama dan azam baru. nak semangat!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan