setiap detik dan masa yang sedang dilalui adalah untuk kita manfaatkan. sentiasalah mencari peluang dan ruang untuk menambah bakti diri. paling mudah, amalkan senyuman di wajah, pasti tersinggah di mata, lantas, ternukil di hati.
Khamis, Julai 21, 2011
pening tarikh kiamat
adalah seorang junior yang pening-pening tentang hal ini.
Adakah hadis ini sahih ?? di mana sumbernya ??
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)
aku dah banyak kali dapat mesej pasal tarikh kiamat, ala-ala macam teka-teki, teka-tekuk.
kadang sampai bosan dengan orang yang asyik pening-pening dengan tarikh kiamat.
1. 2012 itu ramalan orang kafir. malah telah difilemkan. adakah benar? ~ sedangkan Nabi Muhammad pun tak tahu bila tarikh kiamat, inikan pula mereka yang kafir. abg hanya berpendapat bahawa filem ini 2012 adalah MUNGKIN agenda yahudi/kafir untuk melakukan sesuatu yang buruk pada tahun 2012. PELBAGAI KEMUNGKINAN, mungkin mereka akan meyerang palestin lagi? atau lain2. dengan kata lain, filem tu macam metafora untuk agenda mereka. itu andaian abg sahaja.
2. persoalan tarikh ni betul atau tidak. CONTOH ye. kalau sekarang adalah bulan JANUARI 2011. andai abg dapat ramalan 21 mac 2011 abg akan kemalangan dilanggar kereta, apa yang abg akan buat?? adakah abg akan tak bawa motor haritu? atau abg jual motor abg? atau abg naik lori??? pasti abg akan melakukan apa sahaja untuk mengelak kemalangan tu kan? - tetapi hal kiamat mana boleh kita elak. kalau dah ditakdirkan. jadi buat apa kita asyik gelabah dengan tarikh yang tak tentu betul?
3. sebenarnya tak penting tarikh. yang penting persediaan kita. kalau kita asyik takut dengan tarikh2 ni, sampai bila? sebab tu Allah tak beritahu tarik kematian kita dan tarikh kiamat agar kita sentiasa berhati2 dalam setiap langkah kita. sebab kematian itu tiba2. kiamat itu pun tiba2. abg kemalangan haritu pun tiba2. huhu...... dah la tak yah pening dengan tarikh. peninglah dengan persediaan kita yang belum cukup. maaf. Waallahualam. maaf kalau ada kesilapan tolong tegur, saya pun masih lemah.
p/s: aku pun pening, tapi pening camne nak tambah ilmu dan tingkatkan iman. ada cara??
ada orang kata, "berkawanlah dengan sahabat-sahabat yang baik"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan