Isnin, Julai 18, 2011

ramadhan2: taubat Abu Lubabah

aku mengharapkan dapat menukilkan artikel bersempena Ramadhan bermula hari ini 15 Sya'ban sehingga 15 Syawal 1432Hijrah. semoga aku dan sahabat2 bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.
ramadhan1: separuh Sya'ban


ramadhan2: taubat Abu Lubabah

hati ini sentiasa berbolak-balik, bagaimana aku harus menetapkan hati ini.
seperti bola yang bulat di atas air. dengan air sedikit berolak.
apatah lagi air yang berombak-ombak, pasti bola itu tidak tetap kedudukannya.
pastilah hati ini juga sentiasa terumbang-ambing.
andai hati ini seperti bola yang diletakkan di tengah padang yang rata.
pasti bola itu diam statik.
pasti hati ini sentiasa ingat kepada Allah dan beriman kepadaNya.
di padang yang rata pun boleh jadi bola itu berbolak-balik kembali.
ditendang ke sana-sini.
wahai hati......

Abu Lubabah, aku masih jahil dalam ilmu sirah.
alangkah seronok menjadi seorang yang fakih sirah nabawiyah.
pasti dia arif dengan kejadian yang menimpa Abu Lubabah ini.
insyaAllah aku akan berusaha untuk mendalami ilmu sirah ini.
agar hati ini terasa denkat dengan kehidupan Nabi Muhammad yang lalu.

dalam keadaan berbaring aku mencapai buku Fathi Yakan.
buku yang bertajuk 'golongan yang tercicir'
pelbagai kisah orang tercicir di jalan Allah, dan ada yang sempat bertaubat.
antaranya Abu Lubabah.
boleh klik blog ini {kisah abu Lubabah}
aku membaca lagi....
adapun ayat yang melepaskan Abu Lubabah dari dosa ialah firman-Nya dalam at-Taubah:102
[“Dan (ada pula) orang-orang yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampurbaurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan yang lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang”.]

tersentuh aku...
Allah itu maha pengampun dan penerima taubat.
alangkah indah kalau dapat menghadapi Ramadhan tanpa dosa-dosa yang lalu.
bayangkan dengan ganjaran yang hebat di awal, pertengahan dan akhir Ramadhan kita lalui seolah-olah orang yang suci hatinya.
bagaimanalah agaknya perasaan itu?
seperti bola yang kotor terkena lecak yang sudah 11 bulan tidak dibasuh.
tiba-tiba, hari nak main bola baru terhegeh-hegeh nak basuh, mestilah kelam-kabut.
dan pastinya bola itu tak cantik untuk dibawa ke padang bola.
alangkah bagus, kalau dapat sebelum permainan, kita basuh terlebih awal, jika masih kotor, kita masih ada beberapa hari lagi untuk mencuba cara lain untuk cuci.
tapi....

bagaimana nak tahu hati tu bersih dari dosa yang lalu?
adakah Allah beritahu ke telinga kita, bahawa Allah sudah menerima taubat kita?
Ya Allah, sesungguhnya kau maha pengampun dan penerima taubat.
akanku usaha untuk tidak terlibat lagi dengan dosa yang lalu dan aku akan sentiasa meminta pengampunan daripadaMu.

Tiada ulasan: