"berhati-hati dalam menulis ye, jangan sampai menyakitkan hati orang"
gementar juga nak tulis pasal BERSIH.
tetapi tangan ini harus dikuatkan untuk aku berkongsi pandanganku.
jadi kepada 234 pembaca setiaku di blog ini, janganlah lari.
aku mengharapkan pandanganku ini tidak cenderung pandangan politik.
bersih lagi...
buat kali yang kedua.
aku dapat tahu BERSIH dirancang pada bulan April.
dan aku sangka akan diadakan 9Jun2011. rupanya aku salah tarikh.
patutlah aku rasa macam pelik, terlalu senyap pada bulan Jun.
media langsung tidak menyentuh hal ini.
aku ingat mungkin isu bersih akan disenyapkan lagi seperti BERSIH 1.0.
pandangan aku?
aku menghormati kedua-dua belah pihak. tetapi tidak yang ketiga.
aku menghormati orang yang nak pergi berdemonstrasi. ada sebabnya.
aku juga menghormati orang yang membantah demonstrasi. ada sebabnya.
tetapi aku tidak faham dengan orang ketiga.
mereka membantah tetapi mereka pun nak berdemonstrasi.
jika orang ketiga ini adalah pihak neutral, mereka tidak sepatutnya buat kedua-duanya.
ini akan merumitkan keadaan lagi.
maaf bagi mereka yang berpihak kepada orang ketiga. tetapi aku cakap benar.
maaf aku yang cetek ilmu sejarah dan ilmu politik.
tetapi berdasarkan ceramah yang aku dengar di YT.
ceramah tentang orang ketiga yang mengambil kesempatan di sebalik kehuru-haraan. {klik sini}
pencetus kepada perpecahan umat Islam. {sambungannya klik sini}
(betulkan aku jika aku salah)
kisah pembunuhan Khalifah Uthman Ibn Affan dan tercetus fitnah di zaman Khalifah Ali Ibn Abu Talib.
kisah selanjutnya.... [baca sendiri dan tanya ustaz2, sebab aku bukan arif]
kesimpulannya:
kisah ini dimulakan oleh orang ketiga yang ambil kesempatan dan seterusnya fitnah tersebar.
semoga kita dilindungi Allah daripada fitnah2 sebegini.
bersih lagi...
aku masih kecil pengalaman dalam hidup ini.
sebab itu aku menghormati pihak yang menyokong dan membantah BERSIH 2.0.
aku menghormati pandangan mereka:
1. sokong = mereka merasakan perlunya ada Pilihanraya yang telus (ada orang kata ada muslihat lain). mungkin ~ bagi mereka mungkin sudah tiba masanya untuk pimpinan lain yang menerajui pimpinan negara. bukan cuba-cuba. tetapi ini berdasarkan ketidakadilan yang telah berlaku. Wallahualam.
2. bantah = mereka merasa Malaysia akan jadi seperti di Mesir, Libya, Syria dan Yaman jika BERSIH diteruskan. mereka takut Malaysia akan jadi kacau-bilau dan sumber rezeki akan tertutup buat mereka.
namun ada juga 'sekam dalam padi' yang menyebar fitnah merata-rata.
memecah-belahkan kedua-dua belah pihak ini.
nak tulis contoh tapi aku rasa semua tahu. jadi tak mau tulis [search sendiri kat Google.com]
eh, tulis sikitlah - parang yang dijumpai di tempat2 demonstrasi.
betul ke daripada pihak BERSIH atau ada orang yang saja-saja letak situ?
huhu.. seram aku nak bayang kesan fitnah orang 'baling batu sembunyi tangan'.
bukan setakat dalam isu ini sahaja, malahan isu politik yang lain jugak.
hmmm... tidak seharusnya benci-membenci itu tercetus.
ada pandangan yang memberi alternatif lain sebelum pihak BERSIH 2.0 kata nak tukar di Stadium Merdeka.
{klik sini}
antara yang aku setuju, buat di stadium atau letak bendera tanda kempen BERSIH 2.0 di kereta.
aku juga pernah terbayang, kalau berdemo dengan kereta. semua bikin sesak di Kuala Lumpur dan bunyikan hon tanda protes. tetapi memang idea aku mentah dan ngarut.
apapepun, bersamalah kita kembali kepada ajaran Islam.
bersetuju dengan pendapat orang ini {klik sini}
antara pandangan beliau ialah:
[turun dengan penuh ketakwaan, keimanan, keberanian dan pengorbanan yang tinggi..
berakhlaklah ketika berhimpun..
berakhlaklah dalam perkataan..
betulkan niat kalian, untuk maslahah ummah, bukan lagi kepentingan2 peribadi..]
sekianlah... saya mohon maaf jika ada kesalahan kata, mohon ditegur.
p/s: tukar perkataan demonstrasi kepada amanstrasi.
4 ulasan:
sebagai pengakhiran, aku berkongsi kata-kata Prof. Uthman Muhammadiy dalam bual bicara TV Al-hijrah, BICARA.
beliau berkata bahawa menegur pemimpin kena berhikmah dan beradab.
sebagaimana Nabi Musa menegur Firaun.
boleh rujuk surah Naziat ayat 17-25, firman Allah:
"Pergilah kamu kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas,dan katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan).Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?"
aku rasa pendapat kau bernas. pihak ketiga sepatutnya bukan mengeruh keadaan. tapi pendamai
terima kasih lynn.
salam.
sangat tak suka dengn isu bersih ni..di FB penuh dgn mcm2 kutukan..video yg mgutuk org sana sini..
lebih baik jika berbalik kpd ajaran islam...fikir yg tbaik utk diri kita sbg seorang islam dan menerajui negara dgn acuan islm..
utuk mgutuk, fitnah, benci-membenci xde gunanya..yg rugi, org islam n mlyu sendiri
just pendapat~
Catat Ulasan