aku mengharapkan dapat menukilkan artikel bersempena Ramadhan bermula hari ini 15 Sya'ban sehingga 15 Syawal 1432Hijrah. semoga aku dan sahabat2 bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.
ramadhan1: separuh Sya'ban [memohon agar hati yang keras menjadi lembut]
ramadhan2: taubat Abu Lubabah [memohon agar taubat diterima sebelum menghadapi Ramadhan]
ramadhan3: masih muda remaja
umurku sudah 24 tahun, aku di alam dewasa awal.
menoleh ke belakang, zaman remaja telah pun berlalu.
mengenang di awal penanggungan amalanku, aku masih tidak mengerti.
merasa hidup masih muda remaja begitu membosankan.
hidup masih tidak bebas dengan sesi persekolahan yang memenatkan.
merasa hidup ini tidak sabar menjadi dewasa.
dewasa yang dapat membebaskan diri daripada tekanan pembelajaran.
seumpama ulat bulu yang tidak sabar keluar dari kepompongnya untuk menjadi rama-rama.
kini setelah hampir 10 tahun penanggungan amalan, aku berasa beban dosa melebihi amalan pahalaku. menoleh ke belakang sangat memeritkan, cemburu melihat masa yang telah dibazirkan.
kisah remaja Islam pada zaman para sahabat sangat mengujakan.
cemburu melihat mereka yang masih muda remaja telah menguasai dunia.
tetapi aku dulu yang masih muda remaja tidak mampu menguasai apa-apa.
tatkala membaca majalaha terbaru keluaran Telaga Biru, GenQ isu perdana.
ruangan salafus soleh oleh Ustaz Umar M.Noor sangat memberi makna.
Quote:
[masa muda memang sangat baik untuk apa sahaja. sebab pada masa ini minda masih jernih, hafalan masih kuat dan tubuh makin sihat. jika seorang pemuda menginginkan ilmu, maka dia dapat meraihnya lebih mudah berbanding orang-orang yang sudah tua.
Abdullah bin Abbas, seorang sahabat Nabi pernah berkata: " tidaklah Allah memberikan ilmu kepada seseorang melainkan pada masa mudanya. seluruh kebaikan dimiliki oleh para pemuda." itu sebabnya, tokoh-tokoh islam terdahulu tidak pernah mensia-siakan satu saat pun daripada masa mudanya. para remaja pada zaman Nabi sangat giat menyumbang untuk agama dan umat Islam.]
aku sudah terlewat untuk kembali muda remaja. masih teringat aku pada usia remaja, banyak idea yang datang menerjah.
yang paling jelas, hampir tiap bulan aku mengemas bilik dan mengubah kedudukan bilik.
aku seolah-olah mencari suatu keadaan bilik yang kondusif dan tenang buatku.
apatah lagi di sekolah, banyak idea untuk aku manfaatkan.
idea untuk belajar, idea untuk mengawal pelajar ponteng, idea untuk menambah baik pengawas.
idea yang orang lain tak fikir. tapi kini, idea aku seakan buntu.
aku mengambil masa yang lama untuk fikir idea-idea baru.
aku sedar, aku sudah terlewat untuk menjana idea baru untuk Islam.
malahan, daya hafalan aku pun semakin lemah.
alangkah rugi, aku tidak memanfaatkan masa mudaku untuk menghafaz AlQuran.
ditambah lagi, cemburu kepada adik-adik yang masih remaja, memanfaatkan laman Youtube.com untuk berdakwah.
melihat Vlog mereka yang mendapat sambutan.
alangkah beruntung adik-adik remaja ini memanfaatkan Vlog untuk Islam.
untuk aku yang sudah dewasa awal, berasa segan untuk membuat benda yang sama.
apalah lagi yang aku boleh buat untuk mengembalikan zaman muda remajaku?
Ramadhan yang semakin hampir mungkin ada jawapannya.
membersihkan diri kembali daripada noda dan dosa agar aku kembali ke zaman sebelum akil baligh yang lama.
mungkin kedut dan jerawat di wajahku tidak kembali tegang dan cantik.
tetapi, cukuplah dengan hati yang kembali bersih dan suci.
agar kelak, selepas Ramadhan berakhir nanti, aku dapat mencorak diriku kembali.
mencorak diri kembali masih muda remaja.
dengan semangat baru seorang Muslim, insyaAllah aku akan memanfaatkan ruang dan peluang diri untuk menebus masa yang telah berlalu.
bersambung....{klik sini ramadhan 4}
Tiada ulasan:
Catat Ulasan