Ahad, Ogos 07, 2011

kerja dengan berkaki 4

kaki kanan, kaki kiri, kaki tongkat kanan, kaki tongkat kiri. jumlah semua kaki empat.
dua tongkat disemat pada pangkal lengan (ketiak).
kaki tongkat kanan dan kiri melangkah dahulu serentak.
kaki kanan menyusul dan badan sedikit kedepan.
kaki kiri mengikut dan badan pun terikut sama.


alangkah nikmat dahulu berjalan dengan kaki dua.
hanya ada dua cara untuk berjalan dengan kaki dua.
kini dengan kaki empat aku ada empat cara untuk maju setapak.
alhamdulillah aku semakin mahir melangkah dengan kaki empat.
meskipun empat bulan, aku hanya menyendiri di rumah.
dengan keberkatan Ramadhan, aku cuba kembali muncul.
muncul dengan azam baru untuk kembali bekerja.

alkisah peristiwa kemalangan pada 21 Mac 2011 pasti sudah anda maklum?
boleh rujuk [klik sini]
aku hanyalah pelajar sarjana yang berkerja sambilan kontrak dengan pensyarah.
Research Asistant bagi menyokong yuran perbelanjaanku di UKM.
aku terasa sangat terkilan tidak dapat bekerja sepanjang tempoh sakit.
bayangkan 4 bulan tanpa ke makmal dengan lambakan kerja kajian aku.
ditambah lagi dengan seminar dan kerja2 yang sepatutnya aku lakukan.
sangat terkilan, tapi sentiasa membaca Quran untuk menenangkan diri.
sentiasa Redha dengan Allah akan musibah ini.
sentiasa juga aku mengatakan, "Allah masih sayang aku, mujur hanya patah kaki, bukan mati"
"mungkin inilah balasan dosa aku yang lalu"
dosa? apa dosa aku?

dosa itu ada yang kita sedar ada yang tidak.
ada yang aku tahu dan ada yang aku buat tak tahu.
percayalah diri ini sentiasa ada dosa.
ingat balik apa dosa yang telah kau lakukan sebelum ini.
pasti ada.
"status facebook?, datang lewat ke makmal?, malas buat kajian?, buat umi abuya sakit hati?, malas baca alQuran?, tak datang usrah?, tak ziarah sahabat?, janji tak ditepati?, bawa motor laju sehingga menyusahkan orang lain?, parkir motor salah tempatnya? pijak semut?, tak basuh akurium ikan?, lupa siram pokok?, tak update blog?"
oh............. banyaknya dan pasti banyak lagi.

ambil berkat Ramadhan untuk bersihkan diri.
ambil berkat Ramadhan untuk tebus kerja kembali.
ambil berkat Ramadhan untuk perbaiki ibadah sendiri.

biarlah pangkal lenganku sakit, biarlah berkaki empat, biarlah lenguh melangkah, asalkan aku perbaiki kesilapan yang lalu dan sedar diri.

1 ulasan:

hana syakira berkata...

semoga tabah menjalani Ramadhan ye, Abg Robe'... ^^