melangkah ke surau seri tanjung malam ini.
azan isyak telah berkumandang, hampir 5 alunan azan serentak daripada surau yang berbeza.
indahnya berjalan dalam samar-samar malam, dengan kaki bertongkat lambat-lambat.
terlihat anak-anak kecil duduk berkumpul dengan rakannya berbual, pakcik-makcik mulai masuk ke dalam. orang muda dewasa turut ansur tiba di surau.
kali ketiga aku berkunjung ke surau ini di bulan Ramadhan, ternyata separuh jemaah kurang berbanding awal Ramadhan.
hmmm... "kenapa makin kurang?"
sebab aku ada agaknya.
"sebab tu orang makin kurang"
kalau aku tiada kunjung surau ini, pasti penuh jemaahnya.
"kenapa kata begitu?" sebab semua jemaah yang hilang pergi berjemaah ke tempat lain.
"mungkin?"
begitu juga semalam, aku tidak kunjung ke surau, mungkin ramai yang datang semalam.
dan aku pula kunjung ke masjid lain.
"oh, macam shift jemaah la ni" shift = pertukaran.
pertukaran yang tidak dirancang.
macam orang kerja kilang, ada yang shift malam ada yang shift petang.
"yang pasti tempat itu takkan takde orang, kan?"
aturan Allah sangat cantik.
Isyak selesai dan kini terawih.
selepas 4 rakaat, surau seri tanjung berehat dengan pengisian ilmu.
aku mula melunjur kaki tanda lenguh kaki yang hampir sembuh.
aku tidak pasti nama ustaz ini dan "adakah beliau penduduk seri tanjung juga?"
hadis yang dibacakan tidak sempat ku catatkan dengan nombornya. sayang sungguh.
hanya yang sempat aku rakamkan ialah:
[amal kita terikat dengan lima. iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram]
maksudnya di sini, dalam setiap tingkah laku dan perbuatan kita, kita perlu pastikan hukum perbuatan kita. kalau wajib dan sunat, teruskan amalan itu.
haram dan makruh, tinggalkanlah.
harus, terpulang pada kita.
sangat bermakna maksud ini, kadangkala kita tak fikir semua ini.
"kita?"
hmm.. mungkin aku je kot.
[puasa ini seperti perisai]
ustaz tu terus masuk topik lain (mungkin ada kaitan dengan hadis yang dibaca terlebih dahulu, tapi aku tak dengar)
ustaz bercerita tentang puasa itu seperti perisai, dan ustaz ulas satu contoh yang sangat kena batang hidungku.
contoh terbaik:
[macam kita dalam keadaan berwuduk, kita nak isi minyak di Petronas. kita bukan main menjaga wuduk kita agar tidak bersentuh tangan dengan cashier perempuan...]
masa ni aku tak faham cerita lagi....
[...tapi bila kita tak ada wuduk, kita tak kisah pun bersentuhan dengan cashier perempuan]
sentap!
[macam tu jugaklah puasa, puasa ini sensitif. bila bulan puasa kita bukan main menjaga amalan dan ibadah kita. sentiasa awas dengan amal kita dengan 5 tadi. tapi bila bukan bulan Ramadhan, terus lupa dan buat2 tak reti dengan 5 ini]
sentap bertubi-tubi!
ustaz terus masuk cerita pasal syurga dan bau kasturi.
masa ini mata lelap.
terjaga sekejap, kisah minyak wangi beralkohol dan jenama lain.
oh.... sangat letih hari ini.
p/s: letih dalam sentap!
3 ulasan:
ini data ustaz ini:
beliau ialah Hj Muhamad Husaini Bin Hj Muhamad Mukhtar
dr Tmn Seri Melor
Darul Quran, Jakim (Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Qira'at)
Institut Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Cairo (B.A.(Hons) Pengajian Al-Quran & Al-Qira'at)
IPG Pendidikan Islam, Bangi (Diploma Pendidikan Al-Qira'at & Tarannum)
Sarjana Pendidikan Al-Qira'at,UKM
Maklumat Kerjaya
2000-2001: Tour Leader (Free-Lance)
2003-2007: Guru Khas Al-Quran, KPM
2010-Kini: Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Nilai Dan Akhlak, Bhgn Pendidikan Islam, KPM, Cyberjaya
Beliau ada seorang anak OKU.
ei?apsal aku taktau ko eksiden. Abg ruzi takda sebut lak.Da ok ke belum. Sabarlah, sesungguhnya Allah nak bg hadiah masa ramadhan. Bagi nikmat sakit sebelum nikmat sihat agar kita betul2 ingat dan bersyukur bila sihat nanti:)
Catat Ulasan